01 | CBA

584 68 14
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Aisyah membetulkan tudungnya di hadapan cermin sebelum dia keluar dari biliknya.

"Aisyah! Kamu dah bangun ke belum? Dah lambat ni!" Lantang Hajah Zaharah menjerit memanggil nama anaknya.

"Dah umi! Lagi sikit je ni!"balasnya.

Aisyah keluar dari biliknya dan bergerak ke dapur. Kelihatan kedua ibubapanya sedang duduk menjamah sarapan di meja makan.

"Ha Aisyah, mari makan dulu. Jamah sikit nanti perut tu kosong pulak dalam kelas."panggil ayah Aisyah, Haji Iskandar.

Dengar sahaja ayahnya memanggil namanya, Aisyah segera mengambil tempat duduk. Laju tangannya mencedok bihun goreng yang berada di dalam mangkuk kaca itu. Masakan ibunya mana pernah mengecewakan. Rugi jika tidak menjamah walaupun semulut.

"Pelan pelan la Aisyah oi. Umi tau kamu lambat tapi jangan sampai gelojoh macam tu. Nanti tersedak tiba-tiba, tak ke naya tu?"

Aisyah hanya tersengih memandang ibunya. Bihun yang berjaya disuap ke dalam mulutnya dikunyah.

Haji Iskandar menggeleng melihat perangai anak daranya. Macam mana nak jadi bini orang kalau makan pun tak senonoh macam ni?

"Ni anak teruna awak tu mana perginya? Tak makan sekali?"soal Haji Iskandar kepada Hajah Zaharah.

"Sufi? Hmm saya pun tak pasti, bang. Pukul 7 tadi ada je di rumah saya nampak. Tapi sekarang hilang ke mana entah."

"Alah abi ni. Macam tak tahu si Sufi tu. Rajin sangat pergi tengokkan pusat rawatan dia. Semenjak dua menjak ni, dia kata ramai betul orang datang minta rawatan dekat situ,"celah Aisyah.

"Dia kan ada ramai pekerja? Kenapa dia pulak yang sibuk?"soal ayahnya.

"Mana Aisyah tahu. Okeylah umi, abi. Aisyah pergi dulu eh? Dah lambat sangat ni. Nanti sampai dekat sana dah pukul 8:30 pula."

"Yalah. Bawak kereta elok-elok ya? Kang tak sempat pula abi nak ada cucu,"seloroh Haji Iskandar.

Aisyah tersenyum kelat.

PAP

Satu tamparan hinggap di bahu Haji Iskandar.

"Apa benda abang merepek ni? Dah, Aisyah pergilah. Jangan layankan sangat abi kamu ni. Memang kerjanya cakap benda merapu je."kata Hajah Zaharah kepada anaknya sambil menjeling tajam ke arah suaminya.

"Baiklah umi, abi. Jangan risau ya? Aisyah pandai jaga diri." Tote bag diambil dan kerusi yang didudukinya disorong ke bawah meja.

Kedua tangan ibubapanya disalam sebelum dia meminta diri.

"Bye umi, abi. Asalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Selepas beberapa minit, bunyi enjin kereta Aisyah hilang dari pendengaran mereka berdua.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now