31 | CBA

114 19 2
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Aisyah masuk ke dalam bilik bersama dengan mangkuk bubur. Suaminya masih belum bersarapan. Selepas menunaikan solat Subuh, dia terus tidur sehinggalah sekarang.

Aisyah mengerut dahi apabila katilnya kosong. Dia meletakkan mangkuk bubur di atas meja sebelum berjalan ke bilik air. Mungkin Jungkook sedang muntah lagi, fikirnya.

"Ya Allah, abang!" Aisyah cepat-cepat masuk ke dalam bilik air tatkala terpandang Jungkook yang sedang duduk di atas lantai. Kepalanya diletakkan di lutut sambil dia meramas rambutnya.

Aisyah bertinggung di sebelahnya. Baju lelaki itu basah kuyup. Entah apa yang dibuatnya semasa Aisyah sedang berada di dapur. Aisyah menyentuh perlahan belakang badan Jungkook.

"Abang, abang kenapa ni?" Aisyah terkejut apabila Jungkook mengangkat kepala. Matanya merah dan berair. Wajahnya pucat lesi. Bibir Jungkook kering dan menggelupas kerana kekurangan air. Ada sedikit cecair merah di hujung bibirnya. Rupa Jungkook pada waktu ini teramatlah mengerikan di mata Aisyah.

Aisyah menyentuh dahi Jungkook. Panas. Panas sangat. Jungkook pula sudah berapa hari tidak mandi. Ada saja alasan yang diberi apabila Aisyah ingin memandikannya.

"Abang, abang demam ni. Kita masuk dalam ya? Abang baring dekat katil. Jangan duduk dalam bilik air macam ni. Kotorlah abang nanti."pujuk Aisyah. Jungkook memandangnya dengan mata yang kemerahan.

"Sayang, kenapa abang jadi macam ni? Apa salah abang sampai abang jadi macam ni?" Aisyah tidak mampu menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Dia sendiri buntu. Pergi berjumpa dengan doktor, doktor cakap tak ada apa. Bukan sekali dia cuba berjumpa dengan doktor. Lima kali. Lima klinik telah dia pergi dan kelima-lima doktor yang berurusan dengannya memberitahunya hal yang sama. Tiada apa-apa masalah dengan badan Jungkook. Sakitnya tidak dapat dikenal pasti.

"Abang, abang kuat kan? Hari tu abang cakap semua ni ujian daripada Allah kan? Jadi, abang kenalah tahan."

"Tapi, kenapa? Kenapa Allah uji abang macam ni? Abang tak kuat, sayang. Abang tak kuat." Aisyah senyum kecil. Rambut Jungkook yang serabai dikemaskan menggunakan tangan.

"Allah, takkan pernah menguji hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah uji abang macam ni, sebab Allah tahu. Allah tahu abang mampu hadapinya. Jadi, abang jangan putus asa okey? Saya kan ada. Kita sama-sama cari penawar untuk abang. Ya? Sekarang ni, abang demam. Abang kena banyak berehat. Kalau abang cukup rehat, abang cepat sembuh. Kita masuk dalam, saya suap abang makan ya? Abang mesti lapar kan?" Jungkook mengangguk. Sudah dua hari dia tak menjamah apa-apa kerana tidak selera. Makanan yang dimakan semuanya akan dimuntahkan semula jadi dia mengambil keputusan untuk tidak makan langsung buat beberapa hari. Tetapi sama sahaja ceritanya. Makan atau tidak, dia tetap akan muntah sepanjang masa.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now