17 | CBA

169 23 27
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Jungkook duduk bersila di hadapan rakan-rakannya. Siapa lagi kalau bukan Haikal and the geng? Cuma kali ni hanya Haikal dan Syafiq yang menemaninya. Zarfan dan Hakimi sedang sibuk membantu para ahli masjid mengebumikan jenazah di hujung kampung.

"Alif, Ba, Ta, Sa."

"Haip! Bukan Sa! Tsssssa" Haikal menunjuk lidahnya yang berada di antara gigi atas dan gigi bawahnya.

"Sa?" Syafiq menggeleng.

"Tsa, Jungkook. Tsa."

Jungkook mengeluh lalu merungut.

"Betul la aku kata! Sa! Apa yang salahnya!"

"Salah tu. Cuba kau tengok kedudukan lidah aku bila aku sebut." Haikal sekali lagi menunjuk ke arahnya.

"Tsa?"

"Yes! Boleh pun! Ok seterusnya."

"Alif, Ba, Ta, Tsa, Jim, Haa."

"Haa, kau punya Ha tu salah. Dia sepatutnya Ha pedas, bukan Haa gulung."jelas Syafiq. Jungkook mengerut dahi.

"Ha pedas? Apa benda pulak tu?"

"Kau perhatikan dua Ha aku ni. Satu, Ha. Satu lagi, Haa. Dapat beza?"

"Ooo. Ha?"

"Pandai! Cepat kau tangkap. Bagus bagus."

Jungkook menutup Iqra' di hadapannya membuatkan Haikal dan Syafiq memandang tepat ke arahnya.

"Sadaqallahul Azim." Jungkook berkata sebelum tersenyum sambil menunjukkan riak wajah tidak bersalah kepada dua orang rakannya.

Haikal dan Syafiq serentak menggeleng. Tahu sangat dengan perangai Jungkook ni.

"Laparlah, cendol jom."ajak Jungkook.

"Amboi kau! Mengaji malas! Makan nombor satu!" Haikal menggeleng lagi.

"Hehehe. Balik ni aku practice sendirilah dekat rumah. Jomlah cendol. Aku belanja." Syafiq pantas bangun selepas mendengar tawaran Jungkook.

"Kalau kau belanja, aku on!" Jungkook dan Syafiq high-five.

"Syafiq!" Haikal mendengus sambil memeluk tubuhnya. Syafiq tersengih sebelum dia menarik tangan rakannya supaya bangun.

"Bukan senang Jungkook nak belanja! Peluang jangan dilepaskan!"

Mereka bertiga berlari keluar dari surau itu. Mujur tiada orang di dalam surau tersebut. Jika tidak, nahaslah mereka. Haikal pasrah. Apa nak jadilah dengan dua orang rakannya ini.

__________🐰🤍__________

"Jungkook, nama Islam kau apa?" Jungkook yang sedang menghirup cendol daripada mangkuknya terbatuk kecil. Dia mengambil sehelai tisu yang tersedia di atas meja itu dan mengelap mulutnya.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKOn viuen les histories. Descobreix ara