18 | CBA

162 24 8
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Jungkook menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu dan melangkah keluar dari perut kereta. Rumah di hadapannya dipandang lama.

Luas jugak rumah ni, fikir Jungkook.

Dia memandang sekeliling sebelum masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Dia cuba mencari kelibat sesiapa di sekitar rumah itu namun tiada seorang pun yang dijumpainya. Dia berdiri di hadapan pintu masuk dan memberi salam.

"Assalamualaikum."

Tiada sahutan. Jungkook menarik nafas dalam. Tangannya dipandang sekilas sebelum dia memberi salam buat kali yang kedua.

"Assalam-

"Ye bang? Abang cari siapa ni?" Seorang pemuda berkopiah putih menyapanya dari tepi. Tubuhnya terhinjut tatkala pemuda itu menyapanya.

"Ini rumah Siti Aisyah Sufina kan?"soal Jungkook kepada pemuda itu. Lelaki itu memandang wajahnya seketika sebelum menjawab.

"Haah. Betullah tu. Abang ni siapa ya?"

"Nama abang, Hadzrel. Muhammad Hadzrel. Adik ni siapa?"

"Saya adik Aisyah lah. Abang nak jumpa Kak Aisyah ke? Akak tengah tidur kat dalam."

"Tak, abang tak nak jumpa dia lagi. Boleh abang nak jumpa dengan mak ayah adik? Ada perkara yang nak dibincangkan."

Sufi terpandang tangan Jungkook yang seperti sedang menggenggam sesuatu. Kotak cincin.

Sufi mengangguk perlahan.

"Kejap ya."

__________🐰🤍__________

"Makcik, pakcik, saya datang sini ada hajat." Wajah Haji Iskandar dan Hajah Zaharah dipandang sekejap sebelum dia mengeluarkan kotak cincin yang dipegangnya dari tadi.

"Saya kawan lama Aisyah masa di universiti. Kami ambil course yang sama dan start daripada situ kami berkenalan. Saya dah lama sukakan anak makcik dan pakcik. Saya pernah luahkan perasaan saya kepada dia tapi dia tolak sebab masa tu saya belum beragama Islam. Jadi harini, saya datang untuk masuk minang anak pakcik dan makcik, Aisyah. Saya harap makcik dan pakcik setuju."

Hajah Zaharah memandang suaminya di sebelah. Bahu lelakinya dicuit sedikit. Haji Iskandar menoleh ke arahnya.

"Macam mana? Saya okey je." Hajah Zaharah menyoal meminta pandangan daripada suaminya yang masih terpinga-pinga. Haji Iskandar memandang Jungkook semula.

"Kamu mualaf ya Jungkook?"soal Haji Iskandar.

"Ya, pakcik."

Haji Iskandar menarik nafas panjang.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now