30 | CBA

118 20 0
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Jungkook menggenggam erat tangan Aisyah yang sedang memandang ke hadapan. Dia memandang sekeliling. Entah bagaimana dia boleh tersesat masuk ke dalam kereta ini pun dia tidak tahu. Apa yang penting sekarang, ke mana Aisyah mahu membawanya?

"S-Sayang... K-Kita nak pergi mana?" Tergagap-gagap dia mengajukan soalan kepada Aisyah. Aisyah menoleh memandangnya sekilas sebelum memandang ke hadapan semula.

"Jap eh.." Aisyah memusing stereng. Seketika kemudian, handbrake ditarik.

"Okey! Kita dah sampai. Jom!" Aisyah menanggalkan tali pinggang keledar. Jungkook memandang bangunan-bangunan yang berada di hadapannya. Cuba mencari tempat yang dimaksudkan oleh Aisyah.

"K-Kita nak pergi mana ni sayang.." Aisyah tidak menjawab lagi.

"Abang, ikut je saya okey?"pujuk Aisyah cuba meyakinkan Jungkook. Jungkook mengangguk. Dia menanggalkan tali pinggang keledarnya lalu pintu kereta dibuka. Aisyah keluar dari kereta dan bergegas mendapatkan Jungkook. Tubuh lelaki itu dipapah hingga mereka masuk ke dalam sebuah bangunan. Jungkook mendongak memandang papan tanda bangunan itu.

Klinik Dr. Airil

Mata Jungkook membuntang.

__________🐰🤍__________

"Sayang! Abang tak nak! Sayang tolonglah, abang tak nak jumpa doktor!" Jungkook menjerit di dalam klinik itu. Dua orang jururawat yang mengurus bahagian pendaftaran memandang mereka berdua sambil menahan tawa.

"Sayang, tolonglah sayang. Jangan buat abang macam ni." Aisyah hanya mengabaikan Jungkook yang sudah terduduk di atas lantai. Dia menghampiri kaunter pendaftaran untuk mendaftar.

"Saya nak jumpa dengan doktor. Suami saya ni dah dua hari muntah-muntah."beritahu Aisyah kepada salah seorang jururawat yang bertugas.

"Ok, boleh. Nama suami puan?"

"Muhammad Hadzrel Mikhael bin Abdullah." Jururawat itu mengangguk sambil tangannya ligat mencatat.

"Okey. Puan boleh tunggu dulu sementara kami panggil ya?"

"Okey, terima kasih." Aisyah berterima kasih. Dia menarik lengan Jungkook yang masih terduduk di atas lantai merengek.

"Abang, jom kita duduk dulu. Malulah nurse ni tengok awak macam ni. Menangis tak tentu hala. Jom." Jungkook bangun. Dia memeluk Aisyah erat lalu kepalanya diletakkan di bahu Aisyah yang berlapik tudung. Dia menangis.

"Sayang, abang tak nak jumpa dengan doktor." Teresak-esak dia merayu kepada Aisyah untuk membatalkan perjumpaannya bersama doktor.

"Abang, abang tak boleh macam ni. Nanti abang lagi teruk. Tolonglah ikut saya jumpa doktor. Kali ni je. Lepas ni kita tak datang dah." Jungkook menggeleng sambil kepalanya disorokkan di bahu Aisyah. Malulah orang tengok tengok.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now