39 | CBA

137 22 5
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

"Ni air Yasin. Minum kerap kerap. Dalaman abang tu tak kuat lagi. In Shaa Allah kalau beramal selalu, dapat pulih balik." Tiga botol mineral berisipadu 1.5l dihulurkan kepada Jungkook. Jungkook mengangguk lalu menyambut botol itu. Aisyah bersalaman dengan ibu dan ayahnya.

Selepas beberapa minit berborak, mereka masuk ke dalam kereta. Serentak mereka melepaskan keluhan sebelum memandang sesama sendiri. Jungkook mengukir senyum.

"Alhamdulillah. Semuanya dah berakhir kan?" Aisyah juga senyum.

"Alhamdulillah, syukur."

"Abang harap, lepas ni kita boleh hidup macam biasa. Dah tak ada gangguan semua."

"Aamiin, In Shaa Allah."

"Terima kasih, sayang. Sebab sayang sanggup bertahan dengan abang. Abang sendiri tak jangka benda ni akan berlaku."

"Apa abang cakap macam ni pulak? Saya sayang abang, mestilah saya sanggup buat apa saja." Jungkook menatap wajah Aisyah lama.

"Eh, dahlah tu kita. Berdrama dekat sini, bila nak sampai?" Jungkook mula menghidupkan enjin. Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah Haji Iskandar. Aisyah senyum nipis. Sungguh, dia bersyukur kerana segalanya telah berakhir. Cuma, mereka masih belum menjumpai siapa yang menjadi dalang kepada semua ini.

Atau, adakah ini baru saja permulaan kepada segala-galanya?

__________🐰🤍__________

Aisyah tersedar dari tidur. Dia memandang sebelah. Jungkook tiada di tempatnya. Atau lebih tepat, dia tiada di dalam kereta tersebut. Dia kemudian memandang luar. Dekat mana ni? Dia langsung tidak pernah sampai ke situ. Matanya kemudian menangkap satu bangunan yang amat familiar. Dia menenyeh mata beberapa kali untuk memastikan dia tidak salah melihatnya.

"What in the actual- Isn't that KLCC?!" Aisyah menekup mulut. Dia tidak pasti dia sedang berada di mana pada ketika ini. Tetapi, dia yakin dia tidak salah lihat. Menara berkembar itu kelihatan agak jauh daripada kedudukannya sekarang. Seketika kemudian, pintu di bahagian pemandu dibuka dari luar menampakkan Jungkook yang baru sahaja hendak masuk ke dalam kereta. Lelaki itu tersenyum ke arahnya sebaik saja dia menutup pintu.

"Suka tak?"soal Jungkook.

"Suka apa abang ni?"

"Rumah baru kita." Terlopong mulut Aisyah ketika Jungkook menayang gugusan kunci di depannya.

"Rumah baru?!"jerit Aisyah. Jungkook menekup telinganya sambil ketawa kecil.

"Wo wo wo. Sayang, chill. Janganlah jerit. Sakit telinga abang."

"Ok, ok. Saya mintak maaf, tapi rumah baru?! Abang biar betul?"

"Iyalah sayang. Habis tu, ni kunci apa? Nampak macam kunci mainan ke?" Lidah Aisyah kelu. Tidak mampu berkata apa.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now