32 | CBA

116 20 6
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Aisyah memegang lengan Jungkook dan membawanya masuk ke dalam rumah mertuanya. Setelah hampir sejam dia memandu, akhirnya mereka sampai juga ke rumah keluarga Jungkook.

Jungkook memegang kepala. Kepalanya mula berpusing. Demamnya masih belum kebah. Dia masih belum menjumpai penawar yang dapat menyembuhkan penyakitnya sejak minggu lepas lagi.

"Jungkook sayang!" Puan Jeon terkedek-kedek berlari ke arah Jungkook lalu tubuh Jungkook dipeluk erat. Aisyah yang berada di sebelah hanya diabaikan.

"Mama,"panggil Aisyah sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Jeon memandangnya jijik. Tangan Aisyah dibiarkan tidak bersambut. Dia memandang Jungkook di hadapannya sambil mengukir senyuman lebar. Sesekali rambut anaknya diusap. Dahinya berkerut apabila tangannya tersentuh dahi Jungkook.

"Kenapa dahi Jungkook panas ni, sayang? Jungkook demam ke?" Jungkook menggeleng.

"Tak ada apalah mama. Demam sikit je ni. Nanti hilang la tu."jawab Jungkook. Puan Jeon tercengang. Dia memandang Aisyah di sebelah lalu bahu Aisyah ditampar kuat. Jungkook terkejut. Cepat-cepat dia menahan lengan ibunya tetapi ibunya menepis.

"Kau buat apa hah sampai anak aku demam panas macam ni?! Kenapa kau tak jaga anak aku elok elok! Hey, kau kalau tak boleh jaga anak aku elok elok macam mana aku bela dia daripada dia kecik sampai ke besar, baik anak aku ceraikan kau je! Menyusahkan! Ada isteri tapi macam tak ada! Kau ni memang tak reti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kan? Ada hati nak kahwin dengan anak aku ni! Sedarlah sikit kau ni tak layak berdamping dengan anak aku! Dahlah miskin! Tak ada rupa pulak tu! Kau kahwin dengan anak aku semata-mata nak kikis harta dia je kan?" Aisyah tertunduk memandang lantai. Air mata perlahan menitis jatuh ke lantai. Dia tidak mampu membalas apa-apa kerana dia perlu hormat kepada ibu mertuanya.

"Maa! Apa ni? Mana ada dia tak jaga Kook! Dia jaga lah! Mama jangan nak tuduh dia sembarangan boleh tak!"bidas Jungkook. Sakit pula hatinya mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh ibunya terhadap isterinya. Puan Jeon memandang Jungkook dengan riak wajah terkejut.

"Oh! Jungkook nak bela perempuan ni pulak lah ya?! Habis tu apa yang mama cakap semua Jungkook nak lawan? Sejak bila Kook pandai lawan cakap mama ni? Mama tak pernah tau, ajar anak mama melawan cakap mama macam ni. Ni mesti perempuan tak guna ni yang ajar Kook kan? Mama dah agak. Hei perempuan! Kau tinggalkan anak aku cepat! Makin buruk perangai anak aku ni asyik ikut telunjuk kau!" Dahi Aisyah ditunjal-tunjal. Jungkook cuba menghalang tetapi pandangannya mula kabur. Dia memegang kepalanya sambil mengerang perlahan sebelum dia jatuh pengsan di situ.

"Abang!"

"Jungkook!"

__________🐰🤍__________

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now