03 | CBA

241 37 11
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Mata Aisyah memandang sekeliling perpustakaan itu. Dia sedang mencari kelibat rakan kuliahnya. Dia perlu bertanya kepada mereka tentang perkara yang dibincangkan oleh Sir Edrian semalam.

"Ha tu diorang." Kaki melangkah mendekati meja yang diduduki beberapa orang gadis di bahagian hujung perpustakaan itu.

"Hai semua."sapa Aisyah.

"Oh hai Aisyah!"balas Syifa.

"Aisyah nak tanya ni. Pasal Sir Ed semalam. Sir bincang pasal apa eh? Setahu Aisyah, Sir nak buat partner project eh?"soal Aisyah. Gadis berkaca mata bulat yang sedang khusyuk membaca buku mula mengangkat kepalanya.

"Partner project? Ohh yang tu. Sir kata project tu kita kena buat presentation."jelas gadis berkaca mata bulat yang bernama Riana itu.

"Tapi pasangan tu kitorang dah bahagikan semalam."sampuk gadis ketiga iaitu Ezra.

"Dan semua dah cukup. Memang takde orang yang tak ada pasangan."sambung dia lagi.

"Hah? Jadinya saya dengan siapa?"soal Aisyah.

"Hmm betul jugak kan." Syifa terdiam sejenak.

"Tak apalah nanti kita tanya Sir Ed."balas Riana.

"Baiknya korang semua. Thank you sangat sangat!" ucap Aisyah terharu. Mana nak cari kawan baik macam ni zaman sekarang ni.

"Tak ada apalah! Kita kan kawan!!" 

__________🐰🤍__________

"Ok everyone! Masing-masing dah ada pasangan betul? Jadi kamu semua boleh mula berbincang. Ingat ya! Kerja kumpulan ni akan diambil kira untuk markah final ni juga! Jadi, do your best!" Semangat Sir Edrian berkata-kata. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi di meja guru yang tersedia. Kertas kerja dibelek-belek sebelum dia menandanya.

Pelajar mula bergerak ke tempat pasangan masing-masing. Riuh tidak terkata suasana di dalam bilik itu. Sesekali Sir Edrian mengangkat kepala melihat pelajar-pelajarnya berbincang. Seketika kemudian, dia terpandang seorang pelajar perempuan berjalan mendekati mejanya.

"Hi sir,"sapa Aisyah.

"Yes Aisyah? What can I help you?"

"Urmm sir... saya tak ada pasangan untuk kerja kumpulan ni. Macam mana ya? Atau saya perlu buat seorang diri?"

"Tak ada pasangan?  Pelik. Bukan bilangan pelajar dalam ni angka genap? Sepatutnya cukup."

Aisyah diam seribu bahasa. 

Ya Allah, bantu hamba-Mu ini.

"Sirr!!" Sir Edrian mengangkat kepala apabila seseorang memanggilnya.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now