12 | CBA

159 24 7
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Aisyah membelek baju-bajunya yang tergantung rapi di dalam almari. Satu per satu bajunya diambil lalu ditilik. Dia buntu mahu memakai baju apa untuk pertemuannya dengan Jungkook malam ini. Sudahlah dia baru pulang dari kenduri saudara belah ibunya. Baru saja dia ingin merebahkan diri di atas katil, dia segera berpatah balik masuk ke dalam bilik air apabila teringatkan janji temunya.

Jika diikutkan hatinya, dia mahu saja menolak pelawaan Jungkook untuk membelanjanya kerana lelaki itu sudah banyak kali membawanya ke kedai makan. Kedai makan kegemarannya pula tu. Tambahan pula, mereka sepatutnya berjumpa pada petang tadi namun disebabkan Aisyah perlu menghadiri kenduri kahwin pada waktu itu, mereka berdua mengambil keputusan untuk berjumpa pada malam ini saja.

Itupun tidak lama. Ayahnya hanya membenarkan dia keluar hingga pukul 9.00 malam sahaja kerana bimbang terjadi apa-apa yang tidak diingini kepada dirinya. Aisyah tidak membantah dan hanya akur dengan keputusan ayahnya. Yang penting dia tidak diselubungi rasa bersalah kerana perlu menolak ajakan Jungkook. Sudah banyak kali dia cuba memberi sebab kenapa dia susah untuk menolak ajakan Jungkook sedangkan hubungan mereka hanyalah sebatas kawan yang tiada menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Jam yang melekat di dinding dikerling sekilas. Aisyah cepat-cepat menukar baju apabila jam telah pun menunjukkan pukul 7.20 malam. Lagi 5 minit waktu Maghrib akan masuk jadi dia perlu segera menunaikan solat. Cepat dia siap, cepat dia sampai, cepatlah dia balik.

Usai menunaikan solat Maghrib, Aisyah menyarung tudung bawalnya yang tersidai di kerusi. Awning tudungnya terbentuk dengan sekali cuba sahaja membuatkan Aisyah tersenyum puas.

"Terima kasih wahai cik tudung kerana telah memberi kerjasama pada malam ini." Aisyah bercakap sendiri lalu dia keluar dari biliknya.

__________🐰🤍__________

Selesai memarkir kereta, Aisyah berjalan ke kedai makan yang telah diberitahu Jungkook. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam kedai itu, matanya menangkap seseorang sedang menggamitnya. Dia berjalan ke arah meja tersebut dan mengambil tempat duduk di hadapan Jungkook.

"Urm awak dah lama sampai ke? Maaf kalau saya lambat."

"Tengok jam kau sekarang."arah Jungkook. Aisyah mengerut dahi. Tanpa banyak soal, dia hanya menurut arahan Jungkook. Jam di telefon menunjukkan tepat jam lapan malam.

"Pukul berapa?"soal Jungkook. Aisyah tidak menjawab sebaliknya dia menghalakan telefonnya di hadapan wajah Jungkook.

"Kita janji haritu pukul berapa?"soal Jungkook lagi. Aisyah mengetap bibir.

"L-Lapan malam."

"So?" Aisyah memandang Jungkook hairan.

"Kau tak lambat la Aisyah oii. Tak payah nak risau sangat. Dah kau order cepat apa kau nak makan." Buku menu yang terletak di atas meja ditolak ke arah Aisyah.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now