06 | CBA

181 30 0
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Aisyah dengan longlai melangkah masuk ke dalam rumahnya. Percaya atau tidak? Hampir 40 minit dia duduk di dalam kereta dan menangis. Matanya sudah merah membengkak.

Dia perlu segera masuk ke dalam biliknya. Keluarganya tidak boleh melihat dia dalam keadaan sebegini. Jika tidak, pasti bertubi-tubi soalan keluar dari mulut masing-masing.

Cepat-cepat Aisyah berjalan ke biliknya. Jam di dinding telahpun menunjukkan pukul 7:00 malam. Namun seorang pun daripada ahli keluarganya tidak kelihatan dimana-mana.

Ah! Itu semua tak penting. Yang penting dia perlu segera mandi kerana bila-bila sahaja azan Maghrib akan berkumandang. Badannya sudah melekit selepas seharian bergelumang dengan peluh.

Tudung dibuka dan diletakkan di atas katil sebelum tangannya mencapai tuala yang tersidai di ampaian. Pintu bilik dibuka dan spontan langkahnya mati tatkala matanya ternampak ayahnya yang berada betul-betul di hadapan pintu biliknya.

"A-Abi..."

"Aisyah baru balik?"soal ayahnya.

"H-Haah. Baru nak mandi ni."

"Kenapa balik lambat? Maghrib baru nak balik, pergi mana?" Aisyah menelan liur. Aduh! Macam mana boleh tak sempat ni?

"Aisyah jumpa kawan tadi. Kitorang bincang pasal project final year ni."

"Habis, ni apa?" Aisyah tergamam apabila ayahnya memainkan sebuah video di dalam telefon pintarnya.

"... Cuba kau bagitahu apa yang kau tak puas hati! Aku ingatkan kau bertudung labuh ni hati baik! Tapi rupanya? Busuk hati! Kau memang perempuan tak guna! Kau kalau hidup menyusahkan orang, baik kau pergi mati!"

"Puas? Puas hati awak luahkan semuanya? Sampai semua orang yang ada dekat sini awak bagitahu yang saya buat itu ini. Puas malukan keluarga saya? Awak ingat ya Jungkook, awak fitnah-fitnah saya, awak hina keluarga saya, satu hari nanti giliran awak pulak di tempat saya. Masa tu awak akan rasa apa yang saya rasa bila keluarga saya dihina..."

Video tersebut dimatikan. Aisyah menggigit bibir. Dia tidak menyangka kuasa Internet begitu pantas menyebarkan videonya di laman media sosial. Bagaimana dia hendak menceritakan segalanya kepada ayahnya?

"Aisyah tak nak explain dekat abi?"soal ayahnya nada sedikit kecewa.

__________🐰🤍__________

"Macam tu la ceritanya, abi. Aisyah minta maaf kalau abi kecewa dengan Aisyah. Mesti abi malu kan dapat anak macam Aisyah." Dia cuba menahan sebak. Jika dia lebih berhati-hati semasa mengalihkan buku Jungkook tadi, pasti semua ini tidak akan berlaku.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now