22 | CBA

176 24 10
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Aisyah termenung ke luar tingkap kereta.

"Akak cintakan Abang Kook?"

Soalan yang diajukan kepadanya tadi terngiang-ngiang dalam kepala. Dia buntu memikirkan jawapan.

Cinta?

Cinta??

Cintakah dia kepada Jungkook?

Memang dia tidak dapat menafikan yang dia pernah menaruh perasaan terhadap Jungkook sewaktu mereka masih di universiti. Tapi itu hanya sekadar suka.

Tapi cinta?

Adakah dia cintakan Jungkook?

Dia sendiri tidak pasti.

Jika tidak, mengapa dia menerima lamaran Jungkook tempoh hari?

Lamunan Aisyah terhenti apabila dia rasa seperti ada tangan sedang merayap di atas pehanya. Dia pandang ke bawah dan dia lihat tangan kanannya sudah digenggam Jungkook. Lelaki itu menarik tangannya lalu belakang tangannya dikucup sekilas. Aisyah memandang ke arah Jungkook pula. Lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Matanya fokus memandang jalan.

Hati Aisyah berdebar.

Jangan buat hal wahai hati.

Tangannya masih berada dalam genggaman Jungkook. Dia menggenggamnya erat seperti tidak mahu melepaskannya. Aisyah hanya membiarkan lelaki itu.

"Sayang ok?" Jungkook menyoal.

"Nampak macam tak ok ke?" Soalan dibalas soalan.

"Abang tak nampaklah, sayang. Gelap. Tapi abang dapat rasa. Sayang ok tak ni?"

Sayang..

Sayang, sayang, sayang.

Dia sayang aku ke?

"Awak, rumah jauh lagi ke?" Aisyah cuba menukar topik.

"Jauh lagi, sayang. Tadi nak datang sini pun sayang rasa jauh kan? Balik pun mestilah jauh. Lagipun rumah saya jauh dengan rumah umi jadi lagi bertambahlah jauhnya."

Apa complicated sangat ayat dia ni?

"Sayang kenapa tukar topik ni? Something wrong ke? Hm? Cuba bagitau abang."

"Mak awak tak sukakan saya."

Jungkook diam. Jadi inilah masalah yang mengganggu fikiran isterinya sekarang.

Aisyah dapat rasa Jungkook mengeratkan lagi genggaman tangannya.

"Sayang, jangan dilayan sangat mama tu. I'm sure that one day she will accept you. Sayang tunggu je, ok?"

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now