07 | CBA

189 24 10
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

"Aisyah pergi dulu, umi, abi! Assalamualaikum!" Aisyah menjerit sambil berlari ke ruang tamu. Kunci keretanya dicapai. Sekelip mata dia berada dalam kereta.

"Fuh! Aisyah, you can do this! Kau mesti bayar balik duit tu. Goodluck, Aisyah!  Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah semoga segala urusanku hari ini dipermudahkan. Aamiin..." Aisyah menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia menghembusnya perlahan-lahan. Enjin kereta dihidupkan dengan Bismillah. 

Keretanya dipandu ke McDonald's berhampiran kampusnya. Marah macam mana sekalipun dia terhadap Jungkook, dia tetap perlu melunaskan janjinya.

"...Ish, saya nak belanja ni. "

"Aku nak McD..."

Itupun sebab dia terlepas cakap je. Kalau tak memang dah lama dia biar.

Kereta Aisyah masuk ke dalam lorong pandu lalu.  

"Jap, kalau aku beli pun, nak beli apa je? Aku mana tau dia suka makan apa. Hmm..." Hanya ada beberapa kereta sahaja yang menggunakan lorong pandu lalu pada pagi itu. Jadi sempatlah Aisyah membuat keputusan tanpa membuat orang lain tertunggu-tunggu.

"Beli jelah apa-apa pun." Dia menurunkan tingkapnya sebelum membuat pesanan.

__________🐰🤍__________

Beg kertas yang berada di sebelahnya ditatap.

"Ya Allah, semoga apa yang aku beli ni menepati citarasa mamat tak guna tu." Aisyah menghidupkan enjin keretanya. Bukannya apa. Saja matikan.

Dia kemudian menekan pedal minyaknya. Keretanya meluncur laju. Dia perlu segera sampai ke kampusnya. Masih ada lagi 40 min sebelum waktu Sir Edrian. 

Ugh! Nak kena bercakap dengan mamat tu jugak la nanti, desis hati Aisyah.

Selepas hampir 5 minit mencari parking, Aisyah mematikan enjinnya. Sampul berwarna coklat yang berisi duit berjumlah RM6k yang tersimpan dalam beg tangannya, diambil. Jangan tanya mana dia dapat duit tu.

Sampul itu kemudian dimasukkan ke dalam beg kertas makanan itu. Aisyah mengunci keretanya dan berjalan masuk ke dalam kampusnya.

Dia perlu mencari seseorang yang dapat membantunya mengirim duitnya kepada Jungkook. 

Masuk sahaja dia ke dalam kampusnya, Aisyah segera bergegas ke bilik kuliahnya. Matanya melilau mencari kelibat rakan Jungkook. Lelaki yang seringkali dia lihat bersama dengan Jungkook.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now