08 | CBA

171 28 1
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

"Jadi ada sesiapa nak tanya soalan?"soal Jungkook sambil melihat sekelilingnya jika ada yang ingin bertanya.

"Baiklah. Saya harap pembentangan saya dan Aisyah dapat memberi kefahaman kepada kamu semua tentang tajuk ini. Sekian daripada kami berdua. Terima kasih."ujar Jungkook. Dia kemudian memberi senyuman kepada Sir Edrian. Terangguk-angguk kepala pensyarah itu sambil tangannya menulis sesuatu di atas kertas.

"Baiklah, berikan tepukan semua. Setakat ini, pembentangan daripada kumpulan mereka berdua adalah yang paling terbaik di antara yang terbaik. Bagus! Saya suka cara kamu berdua terangkan. Tajuk yang awak dapat ni tajuk yang paling banyak topiknya tapi awak berdua dapat masukkan semua dalam slide ini tanpa tertinggal satu pun. Saya bagi full mark untuk kumpulan awak berdua." terang Sir Edrian panjang.

Jungkook menekup mulutnya tanda tidak percaya.

Full mark? Jarang sekali anak Jeon nak dapat full mark sesenang macam ni.

"Terima kasih, sir."kata Aisyah dan Jungkook serentak lalu mereka kembali ke tempat masing-masing.

"Aisyah! Did you hear that? Full mark wehh!" Jungkook menjerit kecil. Kalau jerit kuat-kuat nanti ada yang kata mereka terlebih bangga pula.

"Hm, oklah tu."Aisyah berjalan ke tempat duduknya. Tiada masa mahu melayan perangai kebudak-budakan Jungkook.

Jungkook berhenti menjerit. Senyuman yang tadinya terukir di bibirnya, kini mati.

"Dia marah aku lagi ke?"bisik Jungkook perlahan sambil matanya memandang Aisyah yang sudah berada di tempat duduknya. Jungkook mengatur langkah ke mejanya. 

Aku sanggup sujud depan kau kalau itu akan membuatkan kau maafkan aku, bisik hati Jungkook.

__________🐰🤍__________

"Aisyahhh!! Tunggu la aku!" Laju Jungkook berlari mengejar Aisyah yang semakin jauh ke hadapan. Mata-mata orang yang memandangnya diabaikan. Apa yang penting sekarang ni, dia perlu selesaikan masalahnya dengan Aisyah. Aisyah yang dengar panggilan Jungkook hanya buat endah tak endah.

"Aisyah tunggu la kejap!!! Ish kau tepilah!" Mujur sempat Jungkook mengelak daripada terlanggar sekumpulan pelajar lelaki yang berkumpul di tengah-tengah jalan itu. Jika tidak, malang nasibnya nanti.

Aisyah berhenti melangkah.

Mamat ni nak apa lagi? Tak habis lagi ke memalukan aku depan orang? Terpekik sana sini.

Aisyah menoleh dan serta-merta tubuhnya kebelakang apabila Jungkook secara tiba-tiba bersujud di hadapannya. Orang ramai yang berada di situ mula berbisik sesama sendiri. 

Ya Allah, kenapalah dia ni suka memalukan aku depan orang..

"Jungkook! Awak buat apa ni? Bangunlah!"Aisyah menjerit perlahan sambil menarik kakinya jauh dari kepala Jungkook. 

"Aku takkan bangun kalau kau tak nak dengar apa yang aku cakap."kata Jungkook sambil badannya masih lagi berada dalam posisi bersujud. 

"Awak bangun." Tegas Aisyah mengarah sambil kakinya perlahan menguis tangan Jungkook. Bukan tendang ye.

"Tak nak."

"Ok fine, saya dengar awak nak kata apa. Tapi please Jungkook, bangun dari situ. Malulah orang tengok awak bersujud depan saya ni."

Jungkook pantas bangun dari bersujud apabila Aisyah berkata sebegitu. Hatinya berasa tenang selepas dapat mendengar suara Aisyah. Lelaki ni memang sah tergila-gilakan Aisyah.

"Awak nak apa lagi?"soal Aisyah dingin. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia malas bercakap dengan Jungkook.

"Kau marah aku lagi ke? Aku mintak maaf. Masa aku tengking kau tu, aku betul-betul tak ada niat. Sumpah aku tak sengaja."

Aisyah tergelak kecil mendengar permohonan maaf daripada Jungkook. Jungkook pula berkerut dahi melihat Aisyah ketawa.

'Apa yang lawaknya?' Jungkook menyoal sendiri.

"Senangnya awak mintak maaf. Awak tahu kan video pasal awak dengan saya tu dah viral satu Malaysia? Awak rasa semudah tu je ke saya boleh maafkan awak? Maruah keluarga saya, dah tercalar disebabkan awak tau. Awak malukan saya di depan orang ramai, Jungkook!" Suara Aisyah mula meninggi.

"Aku betul-betul hilang kawalan masa tu. Tolonglah, Aisyah. Aku tahu aku salah. Aku tahu. Kau bagitau je apa yang kau nak aku buat supaya kau maafkan aku. Tolong? Aku merayu dekat kau sangat-sangat. Tolong maafkan aku." Bersungguh-sungguh Jungkook merayu agar Aisyah memaafkannya. Ego Aisyah terlalu tinggi. Susah untuk dia membuat keputusan pada waktu ini.

"Awak cakap apa? Awak sanggup buat apa saja? Betul?" Pantas Jungkook mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Aisyah.

"Baiklah. Kalau macam tu, awak jangan jumpa saya lagi dah. Saya rasa awak dah baca surat yang saya kirim sekali dengan makanan awak tu beberapa hari yang lalu."

Jungkook tercengang.

"No!" Jungkook cepat-cepat membantah.

"Aik? Tak setuju pula? Awak nak apa sebenarnya ni?"

"Tolonglah, Aisyah. Jangan buat aku macam ni. Sampai kena jauh dari kau ni dah kenapa? Ni dah melebih ni."

"Eh! Suka hati sayalah. Awak yang cakap saya boleh buat apa je kan?"

"Aku tau. Tapi janganlah sampai macam ni syarat kau untuk maafkan aku. Tolong la fikir benda lain. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang aku buat dekat kau. Tolong, Syah..."

"Nantilah saya fikir. Saya masih tak boleh lupakan apa yang awak buat dekat saya sejak hari pertama kita berjumpa lagi. Awak hina keluarga saya. Apa awak rasa kalau keluarga awak kena hina? Awak rasa apa yang ibu dan ayah saya rasa bila diorang dapat tau pasal semua ni?"

Jungkook mengemam bibir. Kata-kata Aisyah berjaya membuatkan Jungkook rasa bersalah. Dia sedar yang dia telah melampaui batas. Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nasi sudahpun menjadi bubur. Tiada apa yang dapat dia lakukan untuk menebus kesalahannya.

Andai masa itu boleh diputar...

"Kalau awak tak ada apa nak cakap lagi, saya pergi dulu. Saya ada banyak kerja lagi ni. Saya dah tak ada hutang apa-apa dengan awak. Jadi TOLONG, jangan cari saya. Saya dah penatlah Jungkook. Penat. Awak tak penat ke? Tak penat memalukan saya?"  Jungkook menunduk memandang lantai. Baru hari ni nak menyesal. Selama ni tak pernah pula dia fikir pasal perasaan Aisyah. 

Aisyah berlalu pergi dari situ meninggalkan Jungkook seorang diri setelah tiada jawapan keluar dari mulut Jungkook. Dia bukanlah seorang yang kuat berdendam dan tak memaafkan orang lain.

Dia sebenarnya sudah lama melupakan apa yang Jungkook lakukan kepadanya. Cuma mulutnya enggan mengeluarkan kata-kata itu. Jika tidak, mungkin mereka berdua sudah lama bergelak tawa pada ketika ini. Hanya kerana egonya yang tinggi menggunung membuatkan hubungannnya dan Jungkook semakin renggang.

TBC

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now