CHAPTER 1

36.7K 783 14
                                    

Sebuah trak pikup 4x4 Mitsubishi Triton kelihatan berlegar berdekatan sungai di kawasan sebuah kampung. Jalan kecil itu agak terpencil dan hanya terdapat beberapa buah rumah sahaja.

"Rasanya tempat ni okey..cepat keluarkan dia. Aku takut nanti orang nampak, mampus kita."

"Apasal kita kena buang dia di sini? Takde tempat lain ke?"

"Kat sini lebih selamat. Bos takkan tau kita buang kat sini. Lagipun tempat ni jauh dari tempat kita kan."

"Dah..dah..jangan buang masa. Lagi cepat kita uruskan dia, lagi cepat kita boleh balik. Korang nak ke kalau dia sedar? Mati kita kalau dia tahu siapa yang aniaya dia."

Bicara empat orang lelaki asing di malam pekat dan pastinya niat mereka bukanlah baik. Mereka mengangkat seseorang yang tidak sedarkan diri lalu dihumbannya insan yang malang itu ke dalam sungai.

Selesai melunaskan tugas yang diamanahkan maka keempat bajingan tersebut segera beredar dari situ. Wajah kelegaan terpancar setelah mereka dapat melunaskan kerja kotor mereka. Apa yang pasti mereka amat gembira jika mendapat habuan yang lumayan setelah selesai tugas tersebut.

Noor Dahlia menunggang motosikal dengan perasaan gembira apabila balik dari kerja malam ini. Maklumlah hari ini hari gaji maka dia dapat membeli makanan yang enak buat dirinya. Sekotak ayam KFC elok terletak di dalam bakul motorsikal Kriss buruknya eh teruklah author ni..kata la motor lama barulah sedap sikit dengar.

Kucing kesayangannya si Luna bolehlah makan Whiskas minggu ini, kalau tidak asyik makan ikan rebus saja. Hei! Luna jangan mengada eh..ikan pun dah mahal sekarang tau. Dahlia menyanyi kecil ketika melalui jalan kecil itu sebelum sampai ke rumah.

Hendak buat macam mana dah nenek buat rumah di hujung kampung terpaksalah Dahlia menetap di situ. Lagipun Dahlia adalah pewaris rumah pusaka itu setelah kematian neneknya setahun yang lalu. Dahlia sebatang kara sekarang tanpa ibubapa yang menjaganya.

Ibubapa? Dia tidak pernah mengenali siapa ibubapanya kerana dia ditinggalkan kepada nenek Bibah sejak dia bayi lagi. Dia hanya mengenali nama ibubapanya hanya melalui sekeping surat beranak yang ditinggalkan kepada nenek Bibah.

Nenek Bibah pula langsung tidak mahu menceritakan mengenai ibubapanya. Entah hidup entah mati tetapi Dahlia yakin kedua orangtuanya masih hidup kerana nenek Bibah tidak pula menunjukkan kubur kepadanya. Setelah dewasa Dahlia pasrah dan sudah lelah untuk bertanya lagi dan akhirnya dia juga membisu sehinggalah nenek Bibah menutup mata.

Dahlia terpaksa bekerja untuk menanggung dirinya sendiri. Dia bernasib baik kerana dapat diterima kerja sebagai cashier di sebuah kedai serbaneka di pekan berdekatan. Kerja itulah yang dia boleh dapat sementelah keputusan SPM yang kurang memberangsangkan.

Apabila ditanya kenapa keputusan SPMnya teruk sangat, dia hanya menjawab...masa ambil result, dia terlewat sampai di sekolah jadi semua A dapat kepada calon awal, yang tinggal hanya B, C dan D. Sebab itu dia hanya dapat sedikit A, selebihnya dia dapat B dan C sahaja.

Sejak mendapat jawapan sebegitu, tiada siapa yang mahu bertanya kepadanya lagi. Itulah Dahlia yang punya banyak alasan untuk diberikan. Tapi orang kampungnya tahu dia tidak berjaya kerana menjaga neneknya yang sakit sehingga mengabaikan pelajarannya.

Walaupun dia suka cakap merapu tetapi dia amat disayangi oleh penduduk kampung kerana sikap ringan tulangnya. Sentiasa menolong penduduk kampung yang susah walaupun dia sendiri kurang kemampuan. Dia tidak pernah berasa susah kerana rezekinya sentiasa ada.

Dalam perjalanan pulang, dia bertembung dengan ketua kampung. Tok Yahya ketua kampung Kampung Kekabu Sebatang, menahan Dahlia apabila terserempak dengan Dahlia.

"Assalamualaikum tok, tok dari mana ni?" Sebelum sempat Tok Ya menegur, Dahlia pantas menegur Tok Ya.

"Waalaikumsalam Lia. Tok dari rumah Cu Nab, anak dia masuk hospital. Tu yang tok pi tengok kut-kut dia perlukan apa-apa. Boleh tok tolong."

"Laa Timah sakit nak bersalin ka?"

"Haah...Fizi pi hantar tadi. Nasib baik Fizi cuti, kalau tak jenuh juga tok nak hantar."

Mendengar nama Fizi, Dahlia senyum senang. Crush dia sejak dari sekolah. Suka dalam senyap saja kerana dia tidak berani hendak meluahkan perasaan kepada Fizi. Takut diolak Fizi, buat malu saja.

"Eh! Fizi balik cuti ke tok?"

"Adoi Dahlia!...kan tok dah bagitau tadi Fizi cuti. Gelabah sangat sampai tak ingat apa tok kata tadi. Tau la hang suka kalau Fizi balikkan."

"Mana ada! Apa tok ni..malulah Lia."

"Bukan tok tak tau..hang suka Fizi lama dah. Tok pinang Lia naa untuk Fizi."

"Eh! Tok jangan buat malu Lia. Tok tau ka Fizi suka Lia? Nanti Fizi kata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong."

"Sekilas ikan dalam air tok tau ikan puyu atau ikan keli."

"Dah la tok, kita dah lari dari topik asal dah. Lia nak singgah rumah Cu Nab la, nak tengok dia perlukan apa-apa tak."

"Eloklah tu. Eh! Awat Lia balik lambat ni. Bukan shif Lia dah lama habis?"

Hebatnya tok ketua, jadual kerja Dahlia pun dia boleh tahu. Sebab itu anak buah tok ketua sangat sayangkannya kerana sifat prihatinnya yang tinggi. Setelah habis bercakap dengan tok ketua, Dahlia meneruskan perjalanan ke rumah Cu Nab. Cu Nab merupakan jiran terdekatnya.

Dahlia menjenguk Cu Nab yang kini tinggal keseorangan setelah anaknya Fatimah dimasukkan ke hospital kerana sudah sampai masa untuk bersalin. Suami Fatimah, Jali menemani Fatimah di hospital. Setelah bersembang sedikit sebanyak dan memastikan keselamatan Cu Nab terjamin barulah Dahlia kembali ke rumah dengan senang hati.

Lelaki yang dihumban ke dalam sungai tadi tersedar dari pengsan. Mungkin air sungai yang sejuk macam ais itu menyedarkannya. Dia tercungap-cungap, mengambil nafas yang hampir putus. Air deras membawanya laju sehingga dia terkapai-kapai mencari sebarang benda untuk dicapai.

Dia akhirnya terhantuk kuat di sebuah batu. Dia terus memegang erat batu tersebut supaya badannya tidak lagi hanyut dibawa arus deras. Perlahan-lahan dia mengumpul nafasnya sambil bertahan di tepi batu itu. Setelah dia mendapat kembali tenaganya, dia cuba menapak ke tebing sungai.

Dengan susah payah dapat juga dia merapat ke tepi sungai. Dia melepaskan lelah sekejap sebelum dia mencari jalan keluar. Suasana yang gelap kelam menyukarkan dia untuk mencari jalan keluar. Lagipun dia tidak tahu di mana dia berada.

Dia menyusur perlahan-lahan mencari jalan keluar. Tubuh badan yang penuh luka menyukarkan dia untuk berjalan pantas. Sebelum dia dihumban ke dalam sungai, dia dibelasah terlebih dahulu sehingga hampir putus nyawa. Mujur Allah masih memberi peluang kepadanya untuk meneruskan hidup.

Dia bertekad untuk membalas dendam jika dia dapat keluar dari musibah ini. Tapi sebelum itu dia perlu selamatkan diri dari hutan ini dulu. Dia menarik senyum apabila dia ternampak satu denai yang menuju ke jalan. Segera dia mengikuti denai itu dan setelah puas dia kerabat tebing, dia ternampak jalan di depan mata.

Dia melonjak badan naik dan setibanya di atas jalan dengan tidak semena-mena...

Sktreettttt!!!!

Bummm!!!!

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now