Bab 2

48.6K 1.5K 11
                                    

" Weh Ryn,asal lambat sangat datang kelas harini? Nasib pensyarah singa kau tu datang lewat harini tahu?"Aina yang baru tersedar kehadiran Ryna dengan keadaan tercungap-cungap, menegur.

Ryna tidak memberi apa-apa respon. Aku lambat sebab kau lah.Ergh,nak je aku cakap camtu.Kan terasa pulak hati minah ni.

Tiba-tiba Elin mengeluarkan gosip yang entah timbul sejak bila membuatkan Ryna menayangkan muka toya.

"Ryn,kau tahu tak?Pensyarah singa kau tu syok kat Cik Rita?"Lagaknya seperti makcik-makcik kampung yang selalu hebohkan cerita. Geram je aku tengok. Nak je aku tenyeh mulut dia ni dengan cili.

"Aku takde masa laa nak layan gosip-gosip murahan ni"cewaaahhh gosip murahan kauu.

"Asal ngan kau ni Ryn? Dari tadi moody semacam jer" tanya Elin.Serentak itu,Aina mengangguk mengiyakan soalan Elin.

"Aku tengah panas hati dengan mamat tadi tu,selamber badak dia je sound aku camtu,ingat aku kebulur sangat nak langgar dia package nak rebut parking dia tu? Harap aku tengah terdesak parking je time tu. Padahal berbuih mulut aku duk minta maaf." bebel Ryna.

Aina dan Elin saling berpandangan.Aina tengok Elin.Elin tengok Aina.

"Eh jap-jap.Mamat mana nih?" tanya Aina.

"Entah-entah mamat tu minat kat kau kot" tembak Elin.Sorry,Elin ni memang macam tu.Merenyam sikit.

"Tak payah nak merepek lah".

Selama 40 minit waktu kelas Pensyarah singa,maka tamat lah waktunya.Hukhuk.Seperti kebiasaan,lepas tamat je waktu kelas.Memang muka diorang bertiga akan ada di cafe.Sampai sahaja di cafe,mereka bertiga memesan minuman yang sama.Senang!

Ryna mengeluarkan handphonenya dari handbag. Begitu juga dengan Aina. Hanya Elin sibuk membaiki rambutnya.Minah ni memang! Asyik Ryna ralik bersama dunia whatsApp dia. Terdengar namanya di panggil.
Dia mengangkat kepala. Kemudian tunduk dan kembali ke dunia whatsAppnya. Malas mahu melayan.

"Ryn,Aina .Tengok mamat tu,Handsomenya weh." .Elin menongkat dagunya.

"Ryna!! Tengok laaa .Aina!Sampai hati korang kan,tak layan aku.".

"Emmmmm"jawab Ryna dan Aina .Malas! Dah masak dengan perangai minah ni sorang!

"Tengok lah!" .Suara Elin sudah naik nyaring.Sebelum dia jadi singa betina.Baik aku tengok je lah.

Ya Ampunnn!

Ryna memalingkan mukanya ke arah lain.

"Handsome kan?" tanya Elin.

"Boleh la"jawab Aina ringkas.Padat.Tepat.
Kemudian Aina kembali dengan Handphonenya.

"Kau Ryn?"

"Ha ah,boleh la." .Memang takde sebab lah kan nak cakap dia tak handsome.Dengan baju kemeja lipat lengan sampai siku.Rambut on point.

"Eh Ryn,asal kau nampak gelisah je?" .Elin yang perasan akan perubahan Ryna bertanya.Serentak itu ,Aina mengangkat mukanya memandang Ryna.

"Errr...Kalau kau nak tahu.Dia la yang aku panggil mamat kerek tadi.

"Hah! Biar betul ? Habis tu,kau takde rasa berdebar ke or macam waaaaa .Takde?" soal Elin siap pakej dengan gaya.

"Tak langsung.Menyampah ada la."

"Hahahahaha,nampak tak perbezaan Ryna dengan Elin? Adeh".Aina sudahpun bantai gelak.

Ryna dan Elin menjeling.

"Jom shopping?" Cadang Elin.

"Are you sure? Semalam plan nak siapkan assignment sama sama. Gebang lah korang!" Ryna mencebik.

"Tarikh kita kena hantar bila? Aku lupa" soal Aina kemudian menyedut airnya.

"Next week" balas Ryna ringkas.

"Halah! Sempat sangat pergi shopping dulu" laju sahaja Elin bersuara. Bab hasut suruh shopping memang Elin nombor satu!

"Yelah yelah" jawab Aina dan Ryna serentak.


Mereka bertiga jalan beriringan masuk ke dalam Mall.

"Weh korang! Aku nak masuk kedai buku Popular kejap.Nak cari novel" ujar Ryna sambil  menunjuk ke arah Popular.

Sementara menunggu Ryna memilih novel untuk dibelinya,Aina dan Elia berlalu ke kedai make up. Setelah membeli beberapa barangan yang telah habis digunakan, mereka berlalu masuk ke Popular kembali. Dari jauh sudah kelihatan Ryna yang sedang mengheret bakul.

"Mak Aii! 6 biji novel kau borong"tegur Elin.

"kau tahu-tahu je laa kawan kau sorang ni.Dalam seminggu tak sah kalau tak baca novel"Tambah Aina.

"Amboi ,cik kak dua orang tepi aku ni,sedap nampak mengutuk aku?" Sindir Ryna.

"Tak mengutuk pun,mengata sikit je" Seloroh Aina kemudian diikuti gelak tawa Elin.

Ryna hanya menjeling.Menyampah!

Selepas keluar dari kedai buku Popular.Mereka menuju ke sebuah kedai yang penuh dengan blouse yang mengikut trend terkini dan sesuai bagi wanita yang bertudung seperti mereka bertiga.Eh salah.Berdua.Tolak Elin. Tolak tolak . Debush!

Setelah membayar blouse yang sudah pun berkenan di hati.Tiba- tiba Elin bersuara,
"Weh, jom tengok wayang nak tak? Dah lama kita tak tengok wayang" Elin mengujarkan pendapatnya. Lagipun memang betul. Sudah lama mereka bertiga tidak menonton wayang. Ke mall asyik-asyik untuk shopping.

"Kau nak tengok cerita apa??"soal Aina.

"Isyarat Cinta??" Elin Dan Aina angguk tanda setuju. Alang-alang dah lama tak tengok wayang. Kita kasi onz sajaa!

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now