Bab 1

90.6K 2K 56
                                    

Ryna membetulkan lilitan shawl di kepalanya.Tiba-tiba ada satu perkara menerjah dalam kepalanya.Sesuatu yang dia lupa!

"Ya Allah! Aina suruh aku datang ambik dia harini .Ya Ampun.Macam mana boleh terlupa ni." tangan kirinya menepuk dahi bertubi-tubi.
Pantas jarinya mendail nombor telefon milik Aina.Dah laa tengah memandu.Kalau kena saman polis ni,memang lunyaiii kau nyahhh!

"Hello Aina,Kau kat mana ni weh? Kau jangan merayap mana-mana.Aku on the way nak gi ambik kau ni.Sorry sangat Aina.Aku tak teringat langsung yang kau nak tumpang aku harini."

"Asal kau kalut sangat ni? Lek lek luu. By the way sorry weh,tadi niat memang nak tumpang kau.Tapi dah alang-alang abang aku nak gi kerja. Aku tumpang dia la."sayup-sayup jawapan daripada Aina.

Ryna menepuk dahinya.

"Asal kau tak cakap esok aje? Kau tahu tak,aku sampai tak sempat nak breakfast?Aku sempat capai karipap aje sebijik. Kau rasa? ".Ryna mula menyindir.Tangannya segera memutuskan talian. Takda masa sangat nak bebel kau sekarang!Sekilas dia memandang jam di dashboard.Mati ! Lagi setengah jam.Pagi-pagi macam ni memang sah-sah jalan jem.Adummakkk.

Kena patah balik la ni?Uwaaaaaa.Mama!!

"Si Aina ni pun satu,Kalau dah tumpang orang lain, text laa aku cakap sepatah,ni tak langsung.Tup-tup bila call,dah sampai kolej."mulutnya tidak henti membebel.

Habis lambat nak pergi kelas.Huh!
Setelah selama 15 minit sesak dalam jalan jem, akhirnya sampai lah jua Si Pemandu gila bernama Ryna.

"Alright ,dah sampai.So now.Kena cari parking " mata Ryna melilau lilau mencari parking yang masih kosong.

" Alhamdulillah,dah dapat".Tanpa melihat kiri dan kanan.Ryna terus keluar dari kereta.Dia hanya menekan button kunci di pembuka pintu kereta.Kakinya segera melangkah menuju ke dewan kuliah! Dah la lewat masa kelas pensyarah singa tu.Kakinya makin laju melangkah.Tangannya pula ligat memastikan buku entah-entah ada yang tertinggal.Kalau tertinggal memang rancangannya untuk stayback untuk siapkan assignment terpaksa dibatalkan lah.Tiba-tiba terasa kepalanya dihempap sesuatu.Aduhhh!

Dia berpaling ke arah sesuatu objek yang keras macam batu tadi.Ya Ampun! Aku langgar orang ke tadi? Mati Ryna mati .

"Woiii" jerkah lelaki itu mematikan lamunan Ryna.

"Sorry, my bad."Ryna menunduk.Takkan masa sekarang ni pun sempat lagi nak bergaduh siapa yang nak kena mintak maaf.Tak tak.Eh? Buku mana buku?

Ya ampun!berterabur pulak dah.Dah la masa tinggal aje lagi 3 minit.Pantas dia duduk mencangkung lalu mengutip buku-bukunya yang berterabur.

Usai mengutip buku-buku.Dia kembali berdiri di hadapan pemuda tadi.Dia terpaksa mendongak walaupun dia sudah memakai high heels. Apa jadah tinggi sangat sampai lenguh tengkuk duk dongak. Heh!

"Sorry terlanggar awak tadi. My bad.Oke,awak pun takde luka or what. So, I got to go .Bye."

Baru sahaja kaki Ryna melangkah hanya beberapa langkah.Kedengaran lelak tadi memanggilnya.

Nak apa lagi. Adumak aii dah la tengah lewat. Nak taknak kena jugak pusing belakang. Silap hari bulan dia rempuh dengan kereta mampus!

Lambat-lambat Ryna menoleh.

"Lain kali,jalan pandang depan.Bukan tengok buku.Harap muka je cantik.Lain kali pakai otak.Dah tahu tengah berjalan,pandang depan" mendatar sahaja sindiran dari mulut lelaki itu. Pergh! Ayat makan dalam.

"Hello! Awak panggil saya semata-mata nak sindir saya? Are you sure?"Ryna mengangkat keningnya.

"Yess." jawab Lelaki itu sedikit sombong. Dia mendakap tubuh.

"Apa masalah awak haa? Kan saya dah cakap saya lambat nak ke kelas. Kalau nak suruh saya bayar untuk parking awak ni. Boleh je. Cakap nak berapa ribu. Tapi..kalau awak nak ajak saya gaduh. Sorry bukan sekarang ya encik?" tutur Ryna lembut. Dalam lembut ada geram tahu?

"Kau tanya aku apa masalah? Masalahnya,kau langgar aku.Kau faham tak?And kau siap ambik parking aku! Mana adab kau ha?"

"Ya Allah ujian betul di pagi hari Ahad ni. Nak tumpang tanya lah kan. Saya ke awak yang takde adab? Saya dah minta maaf kan?Yang duk kutuk saya ni awak tahu? Bukan saya. Jadi,Apa lagi awak nak? "

"Bajet alim betul." Cebik lelaki itu.

"Terpulang lah encik. Nah duit seratus ringgit. Claim parking encik yang saya kebas tadi tu. Saya anggap masalah ni dah settle."
Ujar Ryna dengan menghulur dua not bernilai 50 ringgit.

"Settle untuk kau bukan aku."

"I don't care" jawab Ryna kemudia mula melangkah menuju ke bilik kuliahnya.

"Erghhh!" .Lelaki itu menyepak tayar keretanya.Bengang.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now