"Really? Thank you. I'm also believe you will be a good 'man' in the future." Balas Farisya ramah setelah meletakkan cangkir di atas piring lapik.

"I agree. You kena tolong carikan I calon untuk my future wife. Tapi I nak sama macam you yang cantik, cerdik, pandai baking dan ganas." Seloroh Daylon dengan ekspresi bersemangat. Manakala Xavier sudah menjeling tajam memerhati tindak tanduk sepupunya yang berubah watak. Sebaliknya Farisya menunjukkan minat.

"Yes why not, but you need to stop hooking up with the women around you." Bidas Farisya dengan senyuman.

Daylon berdecit di bidas tenang oleh Farisya.

"Their who come willingly to me. I tak boleh tolak my one night stand." Selamba tanpa berselindung.

"That's why I don't trust you."

Dia tidak kalut dengan ungkapan terbuka daripada Daylon kerana dia sudah lali dengan sikap terbuka orang barat. Pengalamannya tinggal di negara barat sudah membuatkan dia sedar perbezaan gaya keterbukaan dalam perbualan.

Mimik terkejut ditayangkan di raut muka Daylon. Telapak tangan kanannya di letakkan di atas dadanya. "You dah patahkan hati I, Farisya."Kedengaran nada sedih terluah.

"Stop teasing her." Keras Xavier sambil menjeling tajam. Dia tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerjanya. Melihat gerak geri tubuh Daylon berbasah basi dengan Farisya telah berjaya menganggunya.

"Bist du neidisch?" Daylon memberi senyuman sinis. (Kau cemburu ke?)

Mendengus kasar Xavier. Terus tabletnya ditutup sebelum dia bangun berlalu keluar dari ruangan ini. Wajah Farisya langsung dia tidak endah untuk memandang.

Manakala Farisya diam tidak cuba untuk menghalang. Kerana dia tahu kejadian malam tadi terlalu secara tertiba-tiba. Dia turut tidak sedar apa yang merasuki dia malam tadi. Sedar-sedar Xavier melepaskan mengerang kecil.

Daylon melihat wajah Farisya yang masih leka memandang ke arah pintu. Lantas berdehem kecil menarik minat gadis di hadapannya.

"So, I dengar you akan tinggal di Varnhagen." Nada yang dibawa Daylon berubah mendatar seiring dengan eksperi wajah yang serius.

Farisya mengangguk kecil sambil memandang Daylon tenang tanpa berkata apa-apa. Memikirkan diri Farisya yang bakal berpindah mengikut Xavier pulang ke Jerman tidak dapat dia bayangkan kehidupan di suasana baharu. Bukan itu sahaja, dia mengikuti Xavier tanpa dia tahu apa-apa maklumat tentang diri Xavier.

"What kind of facial expression are you showing? Excited or confused. Maybe regreted?" Duga Daylon dengan senyuman meleret.

Sebelah kening Farisya dinaikkan. Menafsirkan tuduhan meluru Daylon.

"Regreted? No! Cuma rasa misteri." Nafi Farisya dengan gelengan kecil sebelum meluahkan perkara yang terlintas difikirannya.

"Misteri?" Kali ini giliran Daylon pula yang mempamer ekspresi hairan.

"Yelah, Xavier ajak I ikut dia ke Varnhagen. Tapi sedikit pun dia tak pernah ceritakan tentang diri dia kepada I. Dan, memang I sendiri yang bersetuju nak ikut dia tapi sampai bila I nak tinggal dengan orang I tak tahu apa-apa latar belakang dia." Perlahan. Kemudian Farisya melarikan pandangannya ke arah lain.

Daylon mengangguk kecil sedang memahami apa yang gadis muda di hadapannya ini luahkan. Dia tidak menyalahi Farisya jika gadis itu mula berasa sangsi terhadap sepupunya. Malah sewajarnya Farisya untuk berasa begitu. Manakan tidak gadis itu mahu terus diam tinggal bersama dengan orang Farisya sendiri tidak cukup kenali sebelum ini.

Daylon menghela nafas perlahan lalu menyandarkan tubuh pada kerusi sambil menatap Farisya di hadapnnya.

"Jadi sekarang ini you teringin nak tahu siapa Xavier? Dia kerja apa? Apa yang dia buat? Dan siapa latar belakang keluarga Knightley?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now