17 : Trust him.

Comincia dall'inizio
                                    

"Mama baca apa tadi?" Aju Hana tatkala dia perasaan tiada sebarang buku berdekatan. Bulat - bulat mata bundarnya menatap wajah mama. Dia pelik. Mama cakap dengan siapa? Tadi mama membaca apa? Jampi ke? Mama nak tukar Hana jadi batu macam Tanggang ke?

"Zikir."

"Zikir tu apa mama?"

"Bacaan untuk ingat Allah."

"Kenapa kita kena ingat Allah?"

"Sebab Allah sentiasa ingat kita."

"Kenapa kita kena zikir?"

"Sebab bila kita tengah sedih, zikirlah yang pujuk kita"

"Macam mana dia pujuk kita? Macam mama peluk Hana ke?"

"Lagi hebat." Hidung Hana dicuit. Segala persoalan Hana dijawab dengan tenang dan dalam bahasa mudah agar senang si kecil faham. "Sebab bila kita zikir, Allah bagi ketenangan dalam hati."

Mulut Hana membentuk bulatan. Jarinya bergerak mengikut sulaman yang terlakar di telekung mama. Walaupun begitu, sesi soal jawabnya tidak tamat lagi. Rasa ingin tahunya tidak dipuaskan.

"Macam mana nak zikir, mama?"

"Banyak cara dia, sayang."

"Yang mana Allah paling suka?"

"Ikut mama okay? SubhanAllah..."

Hana berhenti bermain dengan corak itu. Dia mengulang sebutan mamanya. "SubhanAllah."

"Walhamdulillah."

"Walhamdulillah" Sepatah - patah Hana berusaha mengikut bacaan mamanya.

"Wa la ilaha illahallah."

Berkerut dahi si kecil pabila bacaan yang lebih panjang itu bagaikan sukar untuk dirinya sebut. Namun dia gigihkan juga. "Wa la ilaha illahallah?"

Mama Hana tersenyum menandakan kejayaan Hana menyebut kalimah itu.

"Wallahu akbar."

Lagi sekali si kecil tertanya. Ini macam yang selalu orang laungkan dari surau. Mama kata, itu namanya azan.

"Wallahu akbar."

Maha Suci Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada yang layak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar.

Dibawa rapat dada Hana ke tubuhnya. Kepala anaknya itu dilentokkan atas bahu. Hana dapat rasakan degupan jantung mamanya yang berombak laju. Deruan nafasnya bagaikan cuba menyatakan sesuatu yang besar maknanya. Sesuatu yang penting.

"Nanti besar, apa - apa jadi Hana jangan lupa Allah tau. Selalu sabar tau buah hati mama ni?"

Hana tersengih - sengih. Suka kalau dia digelar buah hati mama. Dia mengangguk persis burung belatuk.

"Kalau Hana sedih, cari Allah. Hana marah, cari Allah juga. Kalau Hana gembira pun jangan lupa cari Allah."

"Kenapa? Mama kan ada." Hana pantas menyembamkam muka pada leher mamanya yang berbalut. Dia merangkul leher itu erat tidak mahu lepas.

Bahagian belakang badannya diusap. "Mama tak sentiasa ada."

Terdiam Hana. Dia berdiri atas peha mamanya lalu memberikan tatapan tidak mengerti.

"Tapi Allah selamanya ada. Dekat sini." Dada Hana dicucuk. "Even when we think we have nothing, we still have Allah. And Allah is everything."



































TEARSBREAKERDove le storie prendono vita. Scoprilo ora