"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung.
"Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya.
Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba.
"Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya.
"Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya.
"Ye ada apa Izz?"
"Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya.
"Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz.
"Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi.
"Kita batalkan perkahwinan ni?"
"Kenapa?"
"Rose dah balik."
Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya.
Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni.
P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪
P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
Prak!
"My phone!"
"RIP for your phone."
"Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?"
"What? Not my problem, dude."
Bermula dengan pertemuan yang tidak dijangka itu, berakhir dengan sebuah perkahwinan. Daripada stranger, kepada husband and wife.
"What? Kahwin? Gila ke?" - Rayyan Louise
"Entahlah. Saya tak tahu. Benda ni terlalu pantas dan mengejut untuk saya. Saya takut andai perkahwinan ni memusnahkan hidup saya sendiri. Saya tak kenal Tuan Rayyan macam mana. Saya tak tahu latar belakang hidup dia. Saya tak tahu apa-apa pasal dia. Macam mana nak kahwin?" - Arya Safiyya
Perkahwinan yang bukan atas dasar cinta, tetapi kerana akur dengan permintaan seseorang.
"Mata tu lain kali pandang depan. Dari dulu aku perhati je tau. Suka sangat melanggar orang. Lepasni nak langgar apa lagi?"- Rayyan Louise.
"Lepasni langgar apa? Oh, lepas ni saya nak langgar pintu hati tuan, biar roboh. Senang saya nak masuk dalam hati tuan nanti. Boleh?"- Arya Safiyya
Inilah, kisah mereka. Si gadis Melayu. Si jejaka Itali. Si gadis ceria, si jejaka dingin. Dua manusia yang mempunyai perwatakan yang berbeza. Bagai langit dan bumi.
Saban hari ada saja telatah dan kenakalan si gadis untuk menarik perhatian daripada suaminya yang dingin itu. Berjayakah dia mencairkan hati beku suaminya itu?
Her hot love melt his ice heart.