Bab 48

14.9K 445 15
                                    

"So, Aafie dengan perempuan hari tu macam mana? Apa progress dah sekarang?" Gembira Madam Lini untuk mengetahui perkembangan Aafie. Aafie bukan mudah untuk minat kepada seseorang. So, mana yang dah melekat tu memang susah nak lupa.

"Kitorang cuma kawan la tokma." Aafie nampak tidak berminat bercakap tentang hal ini. Dia lebih suka menonton tv dari bercakap pasal hal ni.

"Ei, kalau kawan takkan la Aafie sampai bawak datang family occasion? Kan?" Aafie diam. Dia masih lagi menonton rancangan kartun upin ipin. Madam Lini berasa geram kerana terang-terang Aafie tidak menghiraukan dia. Dia mengambil remote dan menukarnya kepada cerita hindustan.

"Tokmaaaa, Aafie tengah tengok tadi kan? Lagipun Aafie tak minat bollywood. Asyik nyanyi tukar baju je." Dia tersenyum sinis.

"So what? Tokma suka hindustan. Tokma suka cerita ni, hero dia si Aamir Khan tu hensem." Nak tak nak, Aafie membuka mata dia luas-luas, melayan cerita hindustan.

"Takde progress ke?" Aafie menarik dan menghembuskan nafas sebelum berpaling melihat tokmanya.

"Takde. Nampaknya dia ada.... masalah. Dan disebabkan masalah tu, dia jadi jauhkan diri dari Aafie. Aafie dah cuba, tapi dia yang tak nak, tak payah la." Madam Lini mengeleng beberapa kali.

"Lelaki apa macam ni ni? As a man, sepatutnya Aafie kena fight kalau betul Aafie suka dia. Kalau dah kena hint macam tu, terus putus asa, sampai bila la tak kawin. Kalau boleh tokma tahu, masalah apa tu? Kalau kamu tahu?"

Aafie terdiam seketika. Boleh ke dia bagitahu tokma? Macam buka aib orang ke ni? Dia rasa macam tak. Lagipun, sepanjang dia hidup, antara dia dengan tokma tak pernah ada rahsia.

Tokma pun sentiasa tahu apa yang baik untuk dilakukan. Hmmm, maybe dia akan bagi hint je dekat tokma. Tak faham jugak, nak buat macam mana lagi.

"Rahsia apa???!!" Terkejut dia apabila tokma tiba-tiba menyergah. Dia sedikit melatah sehingga keluar ayat 'dia putus tunang' dari mulutnya.

"Tokmaa! Jangan la kejutkan Aafie!" Madam Lini ketawa kecil melihat reaksi Aafie.

"Aafie ni, muda-muda dah melatah. Kamu tu yang bukan main lambat nak jawab. Dia putus tunang kamu kata? Aafie cakap betul-betul, Aafie ke penyebab diorang berdua putus?"

"Mana ada tokma! Tokma ingat Aafie dah takde kerja nak rosakkan hubungan orang?"

"Habis tu, Aafie tahu dari mana ni?"

"Aafie datang pejabat dia, terdengar dia gaduh dalam fon dengan ex tunang dia." Madam Lini mengangguk.

"Nasib baik. Kalau tokma tahu kamu orang ketiga, tokma tak kasi, tokma tak nak tolong. Ingat baik ke putuskan hubungan orang nak bina masjid ni."

"Tak tokma, bukan salah Aafie. Sekarang ni, dah masuk beberapa minggu.... kut, dia elak Aafie. Macam tak nak je."

"Alah kamu ni pun, kalau tokma pun tokma elak dari jumpa kamu. Yelah, baru berapa minggu putus tunang, takkan esok tu dah nak jumpa laki lain? Apa kata keluarga dia, orang sekeliling dia. Kan tak elok tu." Aafie masih tidak faham.

"Lepas tu macam mana sekarang tokma? Aafie kena tunggu lagi ke ni?" Madam Lini mendiamkan diri sekejap, berfikir.

"Tokma tak kisah pasal tunggu tu. Sekarang ni yang penting, nak ke tak....... Tokma ada idea." Barulah Aafie nampak agak ceria sedikit.

"Idea apa tokma?" Madam Lini tersenyum panjang. Walaupun dia sudah tua, otaknya masih tidak tua. Dia tahu macam mana nak buat.











Sedang dia mengangkut barang-barang dibeli masuk ke rumah, satu kereta berhenti di depan rumahnya. Aafie keluar dengan senyuman yang comel. Hampir saja Darleena terbuai, tapi dia cepat-cepat menyedarkan diri.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now