Bab 7

15.8K 531 17
                                    

"Baby, sini!" Mona memanggil Hamdi datang kepada mereka. Muka Darleena masih tidak lepas daripada terkejut. Couple? Sejak bila? Kenapa dia tak tahu pun sebelum ni? Dia memandang mereka bertiga yang kini melihat dia dan Mona.

"Mon, kau study sini ke?" Tanya dia kurang senang.

"Tak la. Aku datang sini sebab nampak kau. Kau tak suka aku kat sini ke? Atau....aaaaar, aku tahu. Kau mesti tak nak jumpa dia kan. Aku faham, aku faham." Susah payah Darleena menidakkan tapi Hamdi dan dua lagi sudah sampai di rak mereka.

"Eh, Leena pun ada. Ingat Mona sorang tadi. Tak rehat ke?" Darleena diam membelek buku. Kertas periksa tadi dijadikan alas untuk duduk.

"Kat lain la yang. Darling ni, kalau dah study tak nampak orang dah. Eh, kak Rose, Izz. Study sekali ke?" Rose mengangguk sementara matanya cuba melihat di sebalik rak kerana terselindung oleh Hamdi.

"Okay. Leena kalau nak join, datang la meja kitorang eh." Hamdi sekali lagi berbasa basi tapi Darleena masih mendiamkan diri, konon fokus kepada buku.

"Ha tengok. Dia dah dalam dunia dia la tu. Kita cakap apa bukan dia dengar. Jom, rehat tak lama." Mereka berdua mendahului mencari meja. Rose yang mengikut mereka sempat mencuri pandang Darleena yang mata tak lepas memandang buku.

Selang beberapa minit selepas itu, Darleena melepaskan nafas berat. Sukar dia menerima kenyataan Izz akhirnya bersama Rose. Kenapa Rose nak student bermasalah macam Izz?

"Mengeluh nampak. Susah ke baca buku terbalik?" Terkejut dia apabila tiba-tiba ditegur. Oleh Izz. Dia memandang keadaan bukunya. Memang betul terbalik. Malunya dia rasa. Tapi dia tetap mendiamkan diri.

"Aku dengar keputusan matematik kau boleh hari ni. Macam mana?" Darleena mengunci mulutnya. Matanya masih lagi melihat isi buku.

"Wei, kau pehal? Aku tanya ni!" Dia berusaha untuk tidak bercakap dan akhirnya usahanya berhasil apabila loceng tamat rehat kedengaran. Bergegas dia mengambil kertas dari bawah punggungnya dan bangun untuk ke kelas.

"Wei, aku tanya ni!" Dia melepasi Izz dan berlalu. Dia tak nak lagi berharap pada Izz. Tugasnya sekarang belajar. Bukan nak bercinta, habiskan duit mama je yang kerja siang malam.




"Tak balik lagi ke Mona?" Tanya Darleena apabila dia sudah mula berkemas dan Mona cuma duduk di mejanya.

"Tunggu Hamdi kejap. Kelas dia patut dah habis dah ni." Darleena mengerling ke kelas Hamdi.

"Oh, kelas Cikgu Kamisah tu. Dia kan memang selalu lepas keluar lambat. Tunggu je lah." Selesai mengemas, dia mengangkat beg dan berpaling ke arah Mona sekali lagi.

"Aku balik dulu eh."

"Kau balik terus ke ni?" Darleena diam sekejap. Rasanya pagi tadi mama ada cakap dia lambat sikit.

"Lepak lib dulu kut. Mama aku lambat sikit ambik hari ni." Mona mengangguk dan dia pun bergerak pergi.

Di pusat sumber, dia mengeluarkan kertas matematiknya semula. Dia nekad belajar math dan membetulkan semula jawapan yang salah.

"Berapa kali aku nak ajar, soalan tu bukan jawab macam tu!" Seperti terngiang suara marah Izz kepadanya, dia mengangkat muka dan terkejut sekali lagi apabila melihat Izz di bercekak pinggang di hadapan rak.

"Bila sampai?" Dia bertanya tapi tidak dipeduli, sebaliknya Izz menyambar kertas soalannya, tidak sempat Darleena ingin menyembunyikan.

"C je kau dapat, lepas aku susah payah ajar kau?" Diam menunduk Darleena. Dalam hatinya marah. Sekurang-kurangnya berjaya dapat C.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now