Bab 42

10.6K 413 42
                                    

Nia berulang alik ke depan dan ke belakang. Dia ketika itu menunggu Fizz pulang ke rumah. Date dia dan Darleena terpaksa habis dalam masa sekejap saja. Kerana dia tidak senang duduk.

Adakah pisang akan berubah dua kali kah? Cukuplah hanya seorang anaknya yang menyakiti hati budak perempuan kesayangannya itu. Dia sudah pun merasa serba salah kepada Nani kerana merayu dia diberi peluang, memberi Darleena kepada Fizz pula kali ini. Dan juga serba salah kepada Darleena sendiri.

"Masalah apa pulak kali ni? Yang awak duk pusing-pusing satu tempat ni? Pening saya tengok." Syad yang sedang di meja makan menanggalkan spek matanya melihat Nia.

"Pasal Izz lagi ke?" Dia berhenti sekejap dan mengeleng.

"Tak bang, kali ni pasal Fizz. Dia..." Baru hendak menjelaskan, bunyi kereta Fizz kedengaran di luar rumah. Syad dan Nia saling memandang.

Nia berasa berat hati untuk berkongsi dengan suaminya. Kalau Syad tahu yang Fizz macam ni, teruk la anaknya akan dimarahi. Syad juga sepertinya, malu dengan sifat Izz. Jadi mereka berdua tidak mahu benda yang sama berulang.

"Assalamualaikum." Syad dan Nia sama-sama menjawab salam.

"Fizz ke mana hari ni?" Straight to the point terus.

"Kerja la ma. Takkan pergi main bola pulak." Fizz cuba berlawak tapi Nia langsung tidak menghiraukannya.

"Selain daripada tu?" Fizz memandang papanya tapi Syad mengangkat kedua bahu. Dia pun tidak tahu kenapa isterinya banyak bertanya hari ini.

"Jumpa kawan. Kenapa ni ma? Ada pape masalah ke?" Jarang sekali Nia akan bertanya ke mana anak-anaknya seharian. Kerana Nia tahu tempat yang mereka tujui.

"Betul ke kawan? Bukan orang lain?" Fizz ketawa sinis.

"Kawan ma. Mama kenapa? Selalu tak pernah tanya pun. Nape, mama ada nampak Fizz ke hari ni? Keluar dengan siapa-siapa?"

Nia berdiam, mungkin apa yang dikata Fizz itu betul. Ini mungkin salah faham. Fizz anaknya yang jujur, dia tidak mungkin membuat perkara yang tidak baik di belakang dia dan suaminya.

"Okay. Kenapa dua tiga hari ni mama langsung tak dengar khabar berita Leena? Kamu berdua okay ke?" Syad memandang isterinya pelik. Bukan ke petang tadi dia baru berjumpa Leena? Baru saja hendak membuka mulut, Nia memandangnya dengan sesuatu klu, klu yang menyuruhnya diam.

"Leen sibuk sikit dua tiga hari ni. Banyak kerja katanya. Kenapa mama tanya?" Melihatkan muka selamba Fizz, Nia yakin tiada apa yang berlaku antara mereka. Insyaallah.

"Takde apa. Kamu mesti penatkan balik kerja. Pergi la mandi solat dulu. Mama dah masak kat dapur." Itu saja ayatnya sebelum dia masuk ke bilik.

"Kenapa mama pa?" Syad mengeleng tidak tahu. Tapi dia tahu isterinya tahu sesuatu. Nia tidak akan bertindak seperti itu tanpa sebab. Dan dia akan tahu benda tu tak lama lagi.












"Ling, jom keluar. Dah lama kita tak spent masa sama-sama." Fizz menghubungi Darleena setelah satu minggu tidak berhubung.

"Tak nak." Mereka terdiam beberapa minit.

"Ha?"

"Tak nak. Nak dating dengan orang lain." Sekali lagi mereka diam.

"Ni pasal hari tu ke?" Mulutnya gatal saja ingin berkata dia agak tawar hati. Tapi, dia boleh cuba lagi.

"No. Yang hari tu, hari tu la."

"So, kenapa tak nak keluar? Kita tunang, tak lama lagi kita nak kawin. So jom hang out." Darleena ketawa sinis.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now