Bab 40

12.1K 435 14
                                    

Tidak sehingga pukul 11 malam baru Fizz menghubunginya.

"Apasal tadi balik awal?" Dia sekarang paling tiada mood untuk bergaduh. Esok dia perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.

"Busy sangat, sampai rasa Leen ni dah tak wujud." Fizz tertawa sinis.

"Sape yang buat Leen rasa tak wujud? Fizz ke Leen sendiri? Leen langsung tak cuba nak bergaul Fira Firash, even dengan Mai." Ternganga Darleena mendengar ayat terakhir Fizz.

"Apa maksud Fizz dengan Mai pun Leen tak cuba nak masuk? Leen dengan dia berbual."

"Tapi apa yang Fiz nampak tak macam tu pun. Leen langsung tak ambik kisah dengan apa yang dibual Mai. I see that."

"Gosh! You are so... Macam mana Fizz boleh pandang kalau masa tu Fizz sedang sibuk dengan budak-budak? Jangan mereka cerita. Fizz boleh tanya Mai Leen layan ke tak dia bercakap." Darahnya mendidih. Sudah la dia ditolak ke tepi siang tadi, sekarang sibuk mahu marah-marah dia pula.

"Apa yang Mai buat kat Leen sampai boleh buat Mai rasa macam Leen tak suka dia?"

"Leen buat apa!! Cuba cerita apa yang Mai mengadu dekat Fizz sampai macam ni sekali?" Sudah dapat rasakan ini mungkin berlaku. Pokok takkan bergoyang jika tiada angin.

"Mana ada Fizz cakap dia mengadu? See, nampak sangat Leen tak suka dia. Apa dia buat kat Leen sampai Leen berperangai macam ni ni?"

"Bukan main lagi eh Fizz protect your ex. Kalau nampak Leen cakap sikit dengan Izz, larang, marah. Fizz sekarang bukan macam yang mula-mula Leen kenal dulu. Fizz dah tak gentle macam dulu, tak cepat marah, selalu soft talk je. Sekarang asyik nak jealous, nak marah. Tak ubah macam Izz."

"Jangan nak samakan Fizz dengan dia okay. Leen apa kurangnya. Tak macam dulu. Bukan Fizz sorang je yang berubah."

"Leen agak Leen yang bodoh kat sini, sebab percayakan Fizz. I admit that. Bye." Talian dimatikan. Sekali lagi Fizz menelefonnya tapi tidak dipeduli.

Dia meletak telefon di atas meja study dan kembali ke katil. Dia menekup muka dengan bantal dan berteriak sekuat hatinya sekejap. Dia stress.







"Darling bangun! Faiz dah datang ni!!" Darleena menekup telinganya menggunakan bantal apabila tidurnya terganggu. Selepas mamanya pergi, keadaan menjadi aman kembali. Tapi itu tidak lama apabila ketukan menjadi semakin kuat, memaksa dia bangun dari katil.

"Ye! Ye! Ye!!! Coming!!" Dengan muka mengantuk dia membuka pintu. Terkejut bukan main dia bila Faiz di depan pintunya.

"Woi, kau buat apa kat sini!!!" Segera dia menutup pintu apabila perasan rambutnya masih belum ditutup.

"Aku tak tengok. Kau la, mama gerak elok-elok tak bangun. Nak kena goncang dulu baru kau bangun." Dia mencapai tudung malas dan menyarungnya lalu keluar.

"Kau sorang je ke? Mana Husna? Nape kau datang?" Faiz mengeleng melihat dia.

"Kau dengan baju tidur budak-budak macam tu, muka masam je, tudung pun letak malas je, macam mana nak tarik perhatian bakal suami macam tu?" Darleena menjelirkan lidah kepada Faiz.

Dengan Faiz, sudah tiada apa yang perlu dimalukan kalau dalam pemakaian. Faiz pernah melihat dia lagi teruk lagi, dengan baju kelawar, bedak sejuk, tuala as kain tudung keluar jumpa dia.

"Haa tengok la anak dara baru bangun. Nak harapkan dia buat sarapan? Hah, takde dah makan pagi, makan tengahari terus." Mama keluar dengan Husna di belakangnya membawa beberapa pinggan makan pagi. Darleena mencebik mendengar mama membebel.

"Faiz, jemput kawan masuk makan. Maaf la, korang tak cakap nak datang. Kalau cakap awal-awal, mama masak sedap-sedap. Duduk Husna." Kawan? Siapa lagi? Seketika kemudian Faiz masuk bersama Aafi. Keras Darleena di situ melihat lelaki itu tersenyum kepada mama.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now