Bab 32

11.4K 419 8
                                    

"Leen, nak lunch sama-sama tak?" Beberapa orang rakan sekerjanya berdiri di muka pintu menanti dia untuk bersetuju.

"Oh ok. Jom." Dia menarik handbag dari meja dan menutup komputer sebelum mengikuti mereka.

Sampai di bawah, sedang mereka bergelak ketawa,

"Leen?" Semua mata memandang Fizz yang berdiri di hadapan keretanya dengan cermin mata hitam. Sebaik saja melihat Darleena keluar, dia menanggalkan cermin matanya dan mendekati dia.

"Siapa tu Leen? Hensemnya.." Tiada reaksi pada Darleena mendengar rakan-rakan sekerjanya berbisik sedemikian.

Ok, dia memang hensem. Baju office dengan lengan lipat tiga suku, dengan spek hitam dia, dengan rambut kemas muka bersih, sape je yang akan kata Fizz ni buruk. Bisik hati kecilnya.

"Buat apa kat sini?" Tanya dia sebaik saja Fizz mendekati kumpulan mereka.

"Emmm, saya nak pinjam Darleena kejap lunch ni boleh? Sebelum habis lunch nanti saya hantar dia balik." Yang lain tersenyum tersipu-sipu melihat perangai sopan Fizz.

"Ambik la. Kitorang nak pergi lunch je pun. Ambik je la. Tapi jangan lupa hantar balik lepas ni ya. Nanti abang Faiz kita marah ambik sayang dia tak hantar-hantar."

Darleena menjeling Maria yang terlebih ramah hari itu. Tapi dia berpuas hati apabila muka Fizz sepertinya digigit semut kerana mukanya nampak tidak berpuas hati sedikit.

"Okay, terima kasih. Jom Leen." Darleena mengikut jua walaupun dalam berpeluk tubuh, demi untuk menjaga muka Fizz jika dia menolak.

"Leen naik office dulu la." Kata dia apabila pasti Maria dan geng-geng yang lain sudah tiada.

"Hah? Kenapa pulak?" Terhenti Fizz mendengarnya.

"Leen tak nak lunch dengan Fizz. Leen rela tak lunch dari lunch dengan Fizz." Katanya dengan sedikit ego.

"Cannot, hari ni Leen lunch dengan Fizz." Dia menghentakkan satu kaki sebagai tanda berkeras.

"No! Kenapa nak kena lunch dengan Fizz pulak?"

"Sebab Leen tunang Fizz." Terpana Darleena mendengar kenyataan itu.

"Kata siapa? Leen tak bagi jawapan lagi." Yang pasti sekarang, ego masing-masing tinggi.

"Kata Fizz. Dah jom." Tapi Darleena diam terpacak di situ.

"Kenapa perlu paksa-paksa macam ni? Izz tak pernah pun nak paksa-paksa macam apa yang Fizz buat sekarang ni."

Sebab kalau Izz, kalau Darleena berdegil, cara Izz senang saja. Izz akan tinggal dia di situ. Yang terpaksa mengalah adalah dia sendiri. Dia mengeluh di dalam hati.

"Jangan compare Fizz dengan Izz. Fizz bukan dia." Mereka merenung antara satu sama lain sebelum Darleena berpaling ke arah pejabatnya semula. Fizz mengeluh dan mengikut Darleena.

"Leen. Kejap la. Leen. Bagi Fizz peluang nak jelaskan semua ni. Please. Satu lunch." Dengan berpeluk tubuh Darleena berpaling dan merenung tajam kepada Fizz.

"Okay." Tapi dia masih tak berganjak.

"Maybe dua lunch?"

"Fizz!" Fizz tersenyum kecil melihat reaksi Darleena.

"Okay okay. Dah, jom masuk kereta." Dia segera ke kereta untuk membuka pintu kepada Darleena.

"Kenapa nak kena bukak bukak pintu pulak? Leen bukan oku yang tak mampu nak bukak pintu sendiri." Fizz mengangkat kedua tangannya, mengalah dengan sikap degil Darleena. Dia menutup semula pintu dan membiarkan Darleena membukanya sendiri.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now