Bab 35. 5

10.9K 365 51
                                    

Nape korang tak suka Fizz eh? Dan kenapa korang suka Izz? Ni untuk pminat IzzLeen.



Air mata ditangisi tiada gunanya lagi. Izz sudah memutuskan pertunangan mereka kerana Rose hadir kembali. Keluarganya sudah mendapat malu, dan ini salahnya kerana dia berdegil memilih Izz sebagai pasangan hidupnya.

Tapi, dia tahu Izz sayangkan dia. Izz tidak pernah hendak melihat dia derita. Walaupun dalam hubungan mereka, Izz memang dianggap kejam. Boleh ke dia berharap yang Izz akan betulkan semua ni?






"Apa Izz buat ni? Tetamu kita semua dah sampai, tunggu nak bertolak ke rumah Leen je. Kenapa tak siap lagi?" Nia memang cukup marah. Anak yang selama ini degil, payah mendengar katanya kini sudah melampau batas. Suaminya di luar melayan sanak saudara dan cuba mententeramkan semua.

"Izz tak pergi ma, I'm sorry." Panas hati Nia ketika ini. Seandainya Izz masih lagi kecil, ingin saja dipiat-piat sehingga berbirat.

"Sorry pada mama papa selesai apa-apa ke? Mintak maaf pada keluarga Darleena sana. Diorang tengah tunggu kita. Izz betul-betul dah malukan papa, mama dengan family Leen. Apa papa nak jawab kalau ada family kita tanya kenapa tak gerak lagi?" Menunduk saja Izz dimarahi mamanya.

"Assalamualaikum auntie." Datang wanita yang cukup dikenalinya di muka pintu biliknya. Nia dan Izz berpaling serentak.

"Biar saya tolong auntie pujuk Izz. I know how." Nia pada mulanya tidak percaya. Dia bukan saja tidak mengenali perempuan ini, malah dia yakin kata-kata ibu lagi berkesan dari kata-kata orang luar.

"Give us a moment ma, please." Melihat muka penat Izz, dia mengalah. Dia betul-betul berharap Izz mengubah fikirannya. Darleena tidak bersalah dalam hal ini.

"5 minutes. Mama call abang kejap." Izz mengangguk.

"Apa dia Rose?" Tanya dia sebaik saja mamanya beredar.

"You can't do this. Keluarga you akan dapat malu. Dan juga keluarga Darleena. I terlibat ke dalam hal ni?" Izz mengeleng.

"Tak, ni bukan, takde kaitan dengan you. Ni cuma I. I tak yakin boleh galas tanggungjawab as a husband. Kalau you tahu macam I masa I dengan Darleena tunang, you pun akan fikir sama ada nak terus atau tak."

"I know. You selalu jealous kan? You agak kongkong life Darleena?" Izz tidak faham macam mana Rose mengerti.

"Kita pernah couple kan? Walaupun sekejap, I tahu perangai you macam mana. Tapi, sebabkan perangai you tu, ada ke Darleena kata dia nak putus?" Izz mengeleng.

"So? Dia okay dengan you, dia faham you buat semua tu bersebab. So sekarang ni go on je. You cintakan Darleena kan?" Izz lambat-lambat mengangguk.

"Prove it. Pergi, jangan malukan dia dengan family dia. Jangan malukan family you." Izz akhirnya sedar tentang kesilapannya. Dia berterima kasih lalu beredar bersama Rose dan keluarganya ke rumah Darleena.






Wawa menggosok belakang Darleena yang teresak menangis. Darleena dengan baju pengantinnya masih menunggu kedatangan Izz, takut lelaki itu berubah fikiran. Walaupun dia menafikan. Izz jarang mengubah keputusannya sepanjang yang dia kenal.

"Darling.... Izz datang." Mamanya yang menyergah dan memberitahu berita itu ibarat satu tamparan kepada Darleena. Tamparan yang membantu melegakan dia.

"A.. Aku, mekap aku. Dah cair, maigod, mata aku bengkak tak? Merah tak?" Dengan suara tangisan yang bersisa dia bertanya Wawa.

"Duduk, aku baiki kejap." Tapi Darleena menyelak langsir cantik bilik pengantinnya dan tersengih lebar bila betul ada rombongan pengantin lelaki di luar perkarangan rumahnya kini.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now