Bab 5

16.9K 495 6
                                    

Matanya melihat pergerakan Izz  mendekati meja yang diduduki Rose dan beberapa pelajar lain. Izz kelihatan berkata sesuatu kepada Rose dan perempuan itu mengeleng. Izz mengangguk dan bergerak meninggalkan meja itu. Apabila dia melepasi rak Darleena, dia keluar dan berdiri di depan Izz.

"Kan dah cakap, Rose tak suka lelaki bau rokok macam ni." Izz tersenyum sinis sebelum senyumannya mati dan kini memandang tajam kepada Darleena.

"Jangan memandai-mandai buat andaian sendiri. Kau dengar ke apa aku cakap dengan dia?" Darleena diam tidak menjawab. Memang betul dia tidak mendengar apa yang dikata Izz.

"Tak kan? So, berhenti jadi penyibuk." Katanya lalu keluar dari pusat sumber. Darleena mengeluh perlahan. Dia memandang kembali meja Rose dan melihat perempuan itu melihatnya semula. Tapi itu tidak lama memandangkan ramai lagi di meja itu hendakkan perhatiannya.



Darleena duduk di birai katil. Matanya memandang ke luar tingkap bilik di mana tetamu sudah pun berkunjung ke rumah untuk menyambut 'pengantin baru'.

Dia ketawa sinis, tidak berperasaan. Matanya bengkak kerana semalaman tidak tidur dan asyik menangis. Dia dapat membayangkan betapa malu mama apabila orang ramai bertanya tentang mana pelamin, pengantin.

Air mata bergenang lagi. Mengingatkan waktu persekolahan mereka, dia tidak sepatutnya terus menerus mengejar Izz. Cukup minat Izz kepada Rose mengajar dia supaya berhenti. Tapi, dia degil. Hatinya berkeras mahukan Izz. Sekarang..... Nasi sudah menjadi bubur.

Dia mendengar ketukan di bilik lalu pintu dibuka. Najwa, sepupu paling rapat yang baru sampai subuh tadi masuk ke bilik dan menyentuh bahunya. Berpaling saja, dia memeluk Najwa seeratnya, air mata terhambur lagi. Meluahkan rasa malu, kecewa dan sedih yang terbuku.

"Sabar Leen, sabar. Tentu ada hikmah di sebalik semua ni." Dia tidak mengangguk atau mengeleng. Air mata saja yang tidak berhenti keluar.

"Jom keluar, temankan che ngah kat luar. Penat dia sorang layan tetamu." Darleena melepaskan pelukan.

"Kau nak aku keluar? Macam ni? Aku malu wa, kalau orang tanya, apa aku nak jawab? Orang akan bagi aku dua pandangan je dalam hal ni. Samada kesian atau padan muka. Aku tak nak tu." Katanya lalu menyambung tangisan. Najwa memasamkan mukanya.

"Kau fikir malu kau je? Mama kau kat luar tu macam mana? Menjawab soalan orang kenapa majlis bertukar. Kau fikir mama kau tak malu?" Kasar suara Najwa tapi ada betulnya kata dia. Tangisan yang lebat kini bertukar esakan. Dia memandang mamanya di luar yang ke sana sini melayan tetamu.

"Wa, kau boleh salahkan aku. Aku boleh terima kau, tapi aku tak kuat kalau orang lain. Marah la aku sebab kebodohan aku. Marah aku." Najwa mengeluh perlahan.

"Kau tahu Leen, bila aku dapat tahu pasal ni, aku cuma terkejut sikit je pasal ni. Bukan kau yang bodoh dalam hal ni. Tapi dia. Dia yang bodoh sebab lupa kesetiaan kau dan senang-senang je pergi bila perempuan jalang tu datang." Darleen mencapai tisu dan mengelap air mata yang bersisa.

"Dia tak tahu bezakan mana kaca mana permata. Aku tak boleh nak kata apa, sebab aku tak pernah jatuh cinta macam kau. Kau kena ingat, kau tak salah dalam hal ni. Dia yang salah, so sekarang kau kena berani hadap orang ramai. Kau kena yakin kau tak salah dalam hal ni. Kau cuma mangsa keadaan."



"Result apa macam ni?!" Darleena menunduk, takut bila mamanya mula bersuara bila melihat keputusan periksanya.

"Semua dah elok A B kenapa masuk matematik D? Angkat muka pandang mama, jawab!" Sebelah tangan memegang rotan dan sebelah lagi memegang kertas keputusan.

"Leen tak pandai matematik, mama." Perlahan saja suaranya menjawab.

"Alasan! Awak kat sekolah buat apa? Bukan belajar ke?" Darleena mengangguk.

"Dah, mama tak nak fikir lagi. Minggu depan awak masuk tuisyen." Membulat mata Darleena.

"Mama. Leen janji belajar sungguh-sungguh. Tapi, jangan hantar tuisyen." Dia tak suka ke tuisyen. Kerana di sana dia akan berjumpa orang baru. Dan dia sangat-sangat teruk bergaul dengan orang yang dia tidak kenal. Memang dia akan berubah dari riuh kepada pendiam.

"Okay, mama bagi lagi satu peluang. Kalau percubaan nanti result math tak berubah, awak mama hantar tuisyen. Masa tu, no excuse! Tangan!" Terketar-ketar dia mengangkat tangan untuk dirotan. Dua kali  rotan dia dibenarkan masuk ke bilik. Tangannya yang berbekas merah panjang dipandangnya. Dia kena berubah. Dan dia berkeras nak lelaki tu ajar dia.


Berbekalkan semangat, seminggu di sekolah dia bermisikan Izz menjadi sifunya. Pantang berjumpa, satu ayat saja keluar dari mulutnya.

"Tolong ajar saya matematik." Jawapan diberi kreatif dan pelbagai. Antaranya tak nak, jangan kacau aku, berhenti kejar aku, aku tak ajar budak nerd dan beberapa yang lain.

Hari ini memandangkan ada satu subjek cikgu tidak masuk, Darleena bertekad meninggalkan buku-buku latihannya dan mencari Izz. Mencari maksudnya ke satu tempat lagi yang dia tidak pergi. Iaitu belakang bangunan, tempat dia pertama kali melihat Izz merokok.

Tempat itu agak menyeramkan baginya kerana peratusan berjumpa budak-budak bermasalah agak tinggi. Tapi, dia memberanikan diri berjalan ke sana. Sampai di sana, terjongket-jongket Darleena mengintai. Mak aih, semua lelaki!!

"Weh, tengok. Awek wehh!" Satu daripada beberapa mereka bersuara. Semua mata di situ melihat dia yang berdiri penuh gentar.
Yang bersuara tadi mendekati dia dengan senyuman.

"Sayang cari apa kat sini sayang? Cari abang ke?" Nak terjeluak dia mendengar ayat lelaki tadi. Mereka ketawa apabila mendengar soalan lelaki itu. Darleena cuma mengeleng dan bersedia untuk beredar. Tapi lelaki itu memegang tangannya. Ok, Darleena panik.

"Tak, salah orang." Katanya agak terketar. Tapi lelaki itu cuma ketawa.

"Takpe la kalau salah orang. Abang ada kat sini jadi orang yang betul untuk sayang."
Katanya sambil ketawa. Air mata Darleena bergenang sedikit. Dia takut, dan dia menyesal datang ke sini.

"Woi, cikgu disiplin datang. Wei, cikgu datang." Laung salah seorang dari mereka membuatkan semua kucar-kacir melarikan diri. Lelaki yang menyentuh Darleena turut melarikan diri meninggalkan dia yang masih lagi ketakutan.

Apabila kawasan itu sepi, melainkan seorang saja yang masih di situ. Tiada cikgu disiplin yang datang.

"Kau buat apa kat sini? Aku dah beritahu kau berhenti cari aku. Kau keras kepala ke jenis pekak badak?" Darleena jatuh terduduk akibat takut. Tahulah dia yang melaung tadi Izz menipu mereka.

Air matanya mengalir keluar dengan rasa takut bercampur lega. Lega kerana Izz datang tepat pada masanya.

"Weh, weh, yang kau nangis ni pehal. Wehh." Dia mengeluh sebelum turut tunduk menyamai Darleena.

"Kan aku dah kata jangan cari aku, jangan ikut aku. Kalau jadi apa-apa tadi macam mana? Kau nak mama kau sedih?" Suaranya kasar memarahi Darleen dan air matanya masih lagi keluar.

"Dah, berhenti nangis! Semua dah habis! Jangan nak over sangat!" Kata Izz sambil bercekak pinggang. Tapi nampaknya tiada tanda berhenti dari Darleena.

"Kalau kau tak nak henti nangis, jangan harap aku nak tolong kau!" Itu langkah terakhir Izz untuk Darleena berhenti mengalirkan air mata. Sumpah dia, kalau perempuan ni tak berhenti jugak, dia akan balik ke kelas. Biar je dia nangis sorang-sorang kat sini. Taktiknya berjaya. Darleena berhenti menangis.

"Betul ke...awak nak tolong saya?" Tanya dia sambil mengelap sisa air mata. Izz mengeluh dan bangun.

"Kau ingat aku suka ke bergurau? Lagi-lagi dengan kau. Memang tak la." Darleena ketawa. Tsundere betul dia ni!

"Ok, nanti saya call mama cakap balik lewat." Kata Darleena lalu bangun.

"Eh, eh, eh. Ada aku kata aku ajar kau hari ni kat pusat sumber ke?" Terhenti Darleena. Dia memandang Izz dengan muka bingung.

"Pustaka awam sabtu ni pukul 10. Kau lambat satu minit je, kira cancel. Aku balik terus." Katanya dengan dingin lalu pergi. Tersenyum lebar Darleena.

Mr. Tsundere, I love you!

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now