Bab 30

13.1K 396 7
                                    

"Telefon kau bunyi tadi. Mama call." Darleena mengambil telefonnya dari tangan Faiz. Dia ketika itu rambang mata melihat kraftangan yang boleh dibawa balik kepada keluarga dan kawan-kawan.

"Ye eh? Thanks." Dia mendail nombor mamanya sambil tangan mencapai itu ini untuk dinilai. Tapi, panggilannya tak diangkat. Dia dengan senang hatinya mengambil keputusan untuk biarkan saja. Kalau penting, mama akan call dia balik.

Tiba di satu gerai, dia ternampak satu keychain penyu. Terbawa dia ke satu memori ini.

"Sayang, cutenya!" Darleena menunjukkan kura-kura yang berenang di dalam kolam kecil di satu kedai menjual haiwan akuarium.

"Ummm, boleh la." Muncung Darleena mendengarnya.

"Awak tak suka ke kura-kura?" Izz berfikir sejenak sebelum mengeleng.

"Saya takde pengalaman baik dengan haiwan tu." Ini menjadikan Darleena teruja untuk mengetahuinya.

"Apa dia, apa dia? Cerita la." Izz pada mulanya malas. Tapi, dia tetap membuka mulut.

"Tu, abang saya tu." Mulutnya memuncung menunjuk kepada Fizz yang berada di depan akuarium kura-kura.

"Dia tak pandai bela haiwan.... Bukan tak pandai, memang teruk la. Tapi dia sangat suka membela. Masa kecik, abang akan mengamuk kalau tak dapat bawak balik kura-kura setiap kali papa singgah kedai haiwan.

So papa beli dengan harapan abang jaga betul-betul. Malangnya, kura-kura yang dia minat tu kalah dengan robot. Abang pilih robot lagi dari kura-kura.

Maknanya kura-kura ni diperturunkan kepada saya. Saya tak suka, bela-bela binatang ni leceh la. Sebabkan sikap endah tak endah kitorang berdua, kura-kura tu mati. Dan ni tetap berulang sampai la abang masuk tingkatan 1.

Tingkatan 1 dia menyerah kalah. Dia akui dia memang takde skill animal parenting. So, macam mana minat sekalipun, dia akan bertahan dari beli haiwan-haiwan tu. Saya tak tahu la sekarang ni dia punya kegilaan tu ada lagi ke tak." Darleena ketawa perlahan membuatkan Izz menjeling dia.

"Tak sangka lelaki perfect macam dia ada weakness macam tu."

"Perfect?" Izz menekankan sedikit soalannya.

"Yelah, awak pun perfect jugak." Barulah Izz berpuas hati mendengar ada pujian untuknya jugak.

"Awak tak suka haiwan cute macam ni, habis tu apa awak suka? Baby budak-budak suka tak?" Izz tersenyum sinis.

"Awak berangan tentang bakal anak-anak kita la tu..." Merah muka Darleena dikata sebegitu oleh Izz.

"Mana ada!"

"Ala, alalalala, ngaku je la. Pandai awak main ayat eh. Eleeeh." Darleena ketawa dengan perangai kebudakan Izz.

Dia tersenyum apabila peristiwa itu bermain di fikirannya. Dia lantas mengambil keychain tadi dan membayarnya.

"Eh, nape aku beli ni? Aku bukan nak bagi dia pun. Nape aku beli ni?"

"Ling, jom cepat." Faiz dan Husna yang sudah berjalan di depan memanggilnya menyuruh cepat. Dia mangangguk dan segera mengikut mereka.

"Kenapa mama call?" Darleena berpaling melihat Faiz.

"Entah, tak call balik lagi. Biar la. Kalau penting, mama mesti call balik kejap-kejap lagi."





Seketika malam itu, selepas balik dari makan, dia mengambil telefon dari bawah bantal dan melihatnya. 1 panggilan dari mama dan 2 panggilan dari Fizz. Dah kenapa? Niat di hati ingin menelefon mamanya terbantut apabila hari sudah lewat dan mamanya biasa tidur agak awal.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now