Bab 19

12.8K 463 20
                                    

"Izz, I tanya ni!" Rose malah berpaling melihat apa yang dilihat Izz begitu lama.

"Tu bukan... ex-fiance you ke. Apa nama dia? Dar... Darling?"

"Darleena!" Izz bangun dan mendekati mereka berdua yang ketawa.

"Dah jumpa pengganti nampaknya." Darleena dan Faiz berhenti ketawa dan berpaling.

"Dah berapa lama kita putus tunang? Sebulan... 12 hari kan? Dah ada yang sanggup jadi gantikan tempat? Impressive." Sindiran Izz membuatkan hati Darleena sedih. Melihat di belakang Izz, Rose yang memerhatikan drama di depannya.

"Awak apa kurangnya. Tak payah tunggu satu bulan. Sebelum kita nikah lagi dah ada pengganti. Tu lagi la amazing." Faiz bangun hendak mempertahankan Darleena.

"Tak payah susah-susah Faiz. Kau duduk je, aku tukar baju kejap. Kita masuk ni tak lama." Dia mengangkat sedikit kain gown pengantin yang meleret ke lantai dan masuk semula ke bilik persalinan. Faiz merenung Izz yang melihat Darleena berlalu.

"Hai, kenalkan saya Rose. Girlfriend Izz." Rose menyuakan tangannya kepada Faiz tapi dipandang dingin.

"Sori I tak sentuh perempuan jahat. Haram." Izz kemudiannya memberi pandangan tajam kepada Faiz sebaik sahaja mendengar jawapan Faiz. Rose menjatuhkan tangannya kembali dengan selamba.

"I rasa you dah salah faham ni. Kenapa I perempuan jahat kat sini?" Rose berpeluk tubuh menyoal Faiz.

"Amacam? Cantikkan dia? Dengan baju pengantin? Macam tu la dia, lengkap berbaju pengantin dengan harapan kau datang. Dengan harapan kau tak kecewakan dia, walaupun kau sebenarnya dah banyak kali kecewakan dia." Izz memekakkan telinga dan cuma memandang bilik persalinan.

"Izz, jom. Bukan diorang je yang nak try baju, kita pun datang sini nak try baju pengantin kita jugak." Rose mencelah lagi, tapi masih tidak dipedulikan mereka berdua.

"Izz!" Darleena keluar dengan pakaian asalnya dan mendekati Faiz.

"Jom.. Sayang." Katanya dengan jelingan tajam kepada Izz. Sebelum mereka keluar, Izz bersuara lagi.

"Kalau dah nak cepat sangat kawin, cincin tunang hantar dulu. Takkan nak pakai dua cincin yang lelaki lain-lain bagi?" Darleena tidak berpaling walaupun hatinya sebak sekarang ini. Tidak mahu menunjuk wajahnya yang mendung, dia segera keluar.

Dia bergegas ke kereta dan Faiz juga segera membuka kunci pintu kereta. Dan seperti kebiasannya, ayat pedih Izz takkan pernah gagal membuatkan dia menangis. Dia menangis semahunya.

"Aku dah cakap kat kau! Lupakan dia!" Faiz cuba bertegas walau hatinya sendiri berasa sedih dengan keadaan Darleena ketika ini.

"Apa benda tu?" Izz mengalihkan pandangannya dan melihat Rose.

"Apa?" Rose bercekak pinggang mendengar soalan yang dirasakan bodoh.

"You ada perasaan lagi ke pada dia?" Izz mengeluh dan memicit kepalanya.

"Beli je la apa-apa you nak. I tunggu kat kereta." Rose mengepal kedua tangannya menahan geram dengan perangai Izz.




Botol air coke itu dipegang lama. Perlahan-lahan dia meminum dan air semakin berkurang. Dia seperti boleh melihat tulisan yang ditulis oleh Darleena dahulu kepadanya.

" Izz, jangan marah please!"  Izz tidak mempedulikannya sebaliknya menyibukkan diri membuat assignment di laptopnya.

"Saya dengan Faiz takde pape. Dia ada girlfren dah kut." Izz berpaling sejenak.

"Really? Buktikan. Saya tak pernah nampak pun dia."

"Tu sebab awak asyik duk tengok saya dengan Faiz je. Mana nak perasan orang lain." Darleena bersuara perlahan.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now