Bab 24

11.5K 379 8
                                    

Bunyi deringan telefon menganggu tidur siangnya. Pada mulanya dia membiarkan. Baginya, tidur lebih penting dari menjawab panggilan. Tapi, ia tetap diteruskan sehingga dua kali, tiga kali dan seterusnya. Dengan dengusan, tangannya menggapai telefon di sebelah bantal.

"Hello!?" Suaranya kasar menjawab panggilan.

"Hello!?" Suara yang kasar sama sepertinya juga membalas semula. Dia yang baru terjaga dengan mood yang tidak elok berasa bengang apabila pemanggilnya biadap. Dia menjarakkan telefon dan melihat skrin dan hasilnya terkedu.

Fizz yang menelefonnya.

"Hello?" Suaranya kali ini diperlahankan, berhati-hati.

"Siapa ni? Salah nombor kut." Katanya lagi dengan suara yang diperlahankan dan dihaluskan.

"Salah nombor? Sejak bila Darleena Awani pandai menipu ni? Sedap ke tidur tu? Ada mimpi buruk tak? Pasal Fizz cekik Leen ke? Ada tak?" Darleena mengeluarkan ketawa pahit.

"Sorry Fizz, tapi Wawa"

"Jangan pernah nak cuba tolak-tolak Wawa pada Fizz pulak ye. Fizz tak suka! Lagi-lagi campur dengan menipu macam ni!!" Dia kelu, tidak tahu hendak berkata apa.

"Tapi Wawa serius suka Fizz, dia"

"So? Apa boleh buat kalau Fizz tak suka dia. Nak paksa perasaan pulak?" Darleena terdiam lagi sekali. Dan bila dia cuba bercakap sesuatu, Fizz menyambung kata.

"Satu lagi, pasal anak dan isteri Fizz. Fizz ingat yang kita takkan cakap pasal ni, atau bagitahu orang lain? Tapi Leen bagitahu Wawa??! Ha hahhh, beria sangat nak jodohkan Fizz dengan dia eh?!"

Darleena terluka, itu bukan maksudnya. Dia tidak pernah mahu memaksa Fizz menerima sesiapa. Lebih-lebih lagi Wawa, keluarganya sendiri.

"I'm hurt darling. Really-really hurt. Tak habis dengan hal hari tu, tak sempat berbaik lagi, Leen dah cuba satu lagi benda yang jarakkan kita. Tahniah!"

Talian dimatikan tanpa sempat dia memperbetulkan keadaan. Dia mencampak telefon ke hujung katil. Kepalanya ditunduk sambil memeluk paha. Tanpa sedar, setitis air mata menitik. Tapi, diusapnya kasar. Dia penat dengan semua ini.

Wawa tiba-tiba masuk ke bilik tidur tanpa mengetuk atau memberitahu. Mukanya ditunduk sahaja dengan pergerakan pantas mencapai begnya dan juga pakaiannya yang tersidai.

"Wa, kau nak pergi mana?" Walaupun terkejut dengan kehadiran tiba-tiba Wawa, dia masih tertanya-tanya kenapa Wawa mengemas baju-bajunya.

"Macam mana... tadi?" Darleena berbasa basi apabila soalannya tadi tidak dijawab Wawa. Tapi Wawa masih mendiamkan diri dan menunduk sambil mengemas apa yang patut. Darleena menghampiri dan menyentuh bahu Wawa tapi ditepisnya deras.

"Kau tak payah nak cuba tanya aku macam mana tadi! Dia tolak aku, dia reject! Walaupun aku cakap aku tak kisah jadi yang kedua! Dan kau! Kau!! Kau antara penyebab kenapa dia tak nak aku!!"

Keliru Darleena bertukar menjadi resah. Kemudian berubah lagi kepada bengang. Wawa dengan tangisan yang masih di pipi meneruskan kembali berkemas.

"Wawa, aku tak faham, apa kaitan aku dalam hal ni? Tu hal korang berdua, kenapa aku masuk jugak ni?" Dia cuba bertenang walaupun tenang dia sudah senipis kulit bawang ketika ini.

"Kau jangan pura-pura tak tahu eh! Satu dunia boleh nampak, tahu! Cara bila kau dengan Fizz macam mana, dengan aku macam mana! Selama ni kau tahu, tapi kau diamkan. Sekarang, kau tengok je aku bodohkan diri luah perasaan kat Fizz. Sedangkan kau dah tahu. Fizz su!"

Darleena merenung Wawa yang tiba-tiba senyap. Kalau difikir-fikir, dia seperti boleh mengagak apa yang cuba dikata Wawa. Tapi, tak mungkin. Dia tak pernah ada rasa istimewa kepada Fizz. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu Fizz sudah berpunya.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt