Bab 38

9.9K 405 29
                                    

"Korang kenal ke?" Tanya Aafi apabila agak lama Fizz dan Darleena memandang satu sama lain. Pelawaan Aafi kepada Fizz untuk duduk seperti tidak didengari lelaki itu.

"Nape pulak darling nak kenal client kau Aafi. Agak-agak la." Faiz pantas memotong ayat yang baru hendak dikeluar Fizz. Darleena diam tidak menafikan pernyataan Faiz.

"Kau tahu ke semua ni?" Bisik Darleena ke telinga Faiz.

"Mana la aku tahu Aafi nak bawak kerja dia datang. Aku ingat ni lepak macam biasa je. Bual-bual, minum-minum."

"Tapi, nape kau bawak aku? Semua laki, aku sorang je perempuan. At least kau bawak Husna datang."

"Takkan aku nak bawak Husna, semua sini laki." Darleena dan Faiz memandang satu sama lain. Senyum kambing Faiz beri kepada Darleena. Walaupun dia tahu Faiz bergurau, tapi lengan Faiz tetap ditamparnya beberapa kali.

"Au au au, sakit la ling. Sayang gurau je. Gurau je. Sakit." Sengaja dia kuatkan suaranya bila mengaduh. Semua di meja mereka memandang mereka berdua.

"Uiissh, kau ni Faiz. Kat rumah ada bini, kat luar ada darling pulak. Tak aci, tak aci. Bagitahu aku, berapa ramai lagi skandal kau kat luar sana?" Usik Wan dan dipersetujui Ijat dan Amat.

"Skandal aku darling ni sorang je. Kau gila nak ramai-ramai, mampus aku kena tidur luar kalau Husna tahu. Ni nasib baik Husna approve." Darleena mengeleng mendengar ayat cakap besar Faiz. Bagitahu Husna betul-betul baru tahu.

"Korang kalau nak bergaduh, cari meja kosong, start couple fight korang kat sana. Menyampah pulak aku tengok." Tambah Amat, mengusik lagi.

"Wei, kesian gila do Fizz tu duk pandang kita sweet-sweet macam ni." Dia memandang sekilas Fizz yang kadang kala melihat dia dan Faiz, nampak sangat tidak fokus kepada kerjanya.

"Dah-dah la tu Fi, kesian client kau tu asyik kerja je. Datang mamak nak lepak. Tapi kau ajak dia bincang hal kerja pulak. Sambung esok-esok je la." Ijat mengusulkan cadangan apabila nampak makin lama saja kerja Aafi.

"Dah nak habis dah. Fizz, sekarang saya kena hantar wakil ke company awak untuk sign je la ye?" Fizz mengangguk.

"Ok kalau macam tu, esok pagi kami datang selesaikan urusan ni." Setelah yakin kerja mereka selesai, Fizz ingin mengundur diri.

"Eh lepak la dulu, minum-minum dulu ke. Balik awal buat apa, bukan ada anak bini kat rumah pun. Kan?" Fizz tersenyum tawar dan duduk semula. Darleena pula menghela nafas sebaik saja mendengar perkataan anak bini.

"Aku nak tambah air ni, korang ada nak apa-apa tak?" Semua mengeleng, lalu Aafi berjalan ke kaunter.

"Eh, lupa nak bagitahu Aafi yang aku nak air kosong. Ling, kau boleh tak pergi bagitahu Aafi?"

Darleena menunjuk dirinya dengan tanda tanya. Dan Faiz segera mengangguk. Dia ingin membiarkan Darleena bebas dari pandangan Fizz yang melekat kepadanya sebaik sahaja kerja mereka selesai tadi.

Sebaik saja Darleena bangun pergi, Fizz menjeling tajam kepada Faiz. Dan Faiz menghadiahkan senyum sinis kepada Fizz.

"Aafi, lupa tadi nak cakap, Faiz nak air kosong jugak." Aafi tersenyum tiba-tiba.

"Nape?"

"Takde pape. Nak tanya sikit boleh?" Darleena mengangguk.

"Saya tahu awak dengan Faiz tu bff, cumanya satu je yang saya tak berapa faham. Apa hubungan awak dengan Fizz?" Terdiam Darleena ditanya sedemikian.

"Okay, saya takkan tanya pasal tu kalau awak pun tak nak cerita." Pesanan mereka pun siap sebaik saja mereka selesai.

"Tapi, saya boleh kawan dengan awak kan?" Dia cepat-cepat bertanya sebaik saja Aafi memegang cawan. Aafi terkejut sedikit dengan soalan tiba-tiba Darleena.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin