Bab 44

11.1K 435 12
                                    

"Seronok keluar jalan-jalan tadi?" Darleena terasa seperti ditangkap membuat satu kesalahan, tapi dia membuat muka selamba.

"Fizz buat apa kat sini?" Sekali dengar pasti tiada salahnya, tapi bila dua kali dengar, Fizz dapat mengecam aura tidak senang di ayat Darleena.

"Nak datang jumpa tunang sendiri pun tak boleh ke? Kena buat appoinment dulu?" Darleena menarik nafas perlahan.

"Tak, cuma kan bagus call dulu. Kalau Leen takde kat rumah, macam mana. Kan dah buang masa tunggu." Fizz tidak mempeduli kata-kata Darleena.

"Pergi mana? Tu siapa yang hantar tadi tu? Keluar pagi, magrib macam ni baru balik. Keluar dengan siapa?" Darleena kerap menoleh pada pintu rumahnya.

"Kita bincang esok boleh tak? Leen penat la." Fizz mengeleng perlahan.

"Leen curang ke? Curang dengan Fizz?" Darleena menutup gelisahnya dengan ketawa.

"Apa benda Fizz cakap ni?"

"Leen tunang Fizz, you are mine. Selagi kita tak putus, jangan pernah keluar dengan laki lain. Leen masuk hotel tadi kan? Buat apa sampai sekarang baru balik?" Terkedu muka Darleena mendengar soalan Fizz.

"Fizz follow Leen ke?"

"Kenapa? Tak boleh? Memandangkan Leen bukan main susah nak contact Fizz sekarang, apa salahnya kalau Fizz follow. Fizz layak. Dan tak sia-sia Fizz follow. Nampak tunang sendiri pergi hotel dengan laki lain."

"Macam mana Fizz tahu Leen curang? Fizz follow Leen masuk hotel sekali ke? Nampak Leen buat benda tak senonoh dengan laki tu?" Ayat yang dibalasnya berbaur marah.

"Tak payah nak dalih la. Masuk hotel buat apa lagi, sampai lewat, magrib macam ni baru balik. Tak sangka eh Leen sanggup curang."

"Fizz jangan nak melampau eh. Jangan sampai Leen tampar muka tu baru nak sedar apa fitnah Fizz dah buat ni. Tak tahu tanya, jangan sesuka hati fitnah orang macam ni.

Kalau macam ni la anggapan Fizz pada Leen, baik kita putus la. Ye la, lagipun siapa yang nak pada perempuan kotor, takde maruah macam Leen ni. Yang senang-senang hati nak curang." Fizz diam menahan marah.

"Dah takde apa lagi kan? Bye la. Tak payah jumpa terus. Cincin takde kat tangan Leen sekarang. Don't worry, Leen akan pergi rumah mama cakap something yang boleh tutup aib Fizz dan beritahu dia kita tak jadi kawin. Cincin pun mama akan dapat dulu. Assalamualaikum."

Fizz menggoyangkan pagar rumah yang telah ditutup kasar Darleena. Dengan harapan Darleena akan datang semula bergaduh dengan dia. Tapi tunangnya sekali lagi dengan kasar menutup pintu rumah. Fizz menyepak batu dengan rasa marah.

"Kenapa tutup pintu kasar sangat tu? Tercabut pintu tu nak ganti?" Nani yang berada di ruang tamu ketika itu terkejut dengan Darleena yang tiba-tiba masuk.

Darleena mendiamkan diri dan melulu masuk ke dalam bilik. Dia bimbang banyak soalan mama akan bertanya dia, karang tak pasal-pasal dia akan memarahi mamanya pula. Dia perlu bersendiri.

Nani mengeleng melihat tingkah perengus Darleena. Kadang-kadang anaknya itu ada mengikut perangai arwah suaminya, yang cepat naik angin.

Bukan dia tidak mendengar Darleena bergaduh dengan Fizz di pagar tadi. Tapi, dia sengaja malas masuk campur. Masalah diorang, diorang la yang selesaikan. Dia sebagai orang tua cuma boleh membantu jika keadaan bertambah teruk.

Cumanya dia tidak tahu apa yang mereka gaduhkan sampai Darleena marah sebegitu rupa.

Di dalam bilik, Darleena mencari cincin tunang yang berada di kotak barang kemasnya dan ditatap lama. Seperti terlihag wajah Fizz di permata cincin itu. Oleh kerana terlalu marah, dia melempar cincin tadi sehingga tercampak ke sudut bilik. Dia berbaring dan menekup mukanya dengan bantal lalu berteriak.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now