Bab 49

16.3K 487 37
                                    

"Aafie, saya tarik balik. Saya nak." Sentuhan perempuan tadi ke lengan Aafie terhenti dan mereka berdua berpaling melihat Darleena.

"Apa dia?" Aafie bertanya, seolah-olah minta diulang ayat itu.

"Yasss, what?" Perempuan tadi sepertinya agak marah kerana perbualan mereka diganggu Darleena.

"Awak tahu apa maksud saya Aafie, apa yang saya nak." Aafie nampak masih lagi kebingungan.

"Sape dia, Aafie?" Darleena dan Aafie berpaling. Baru tersedar mereka bukan berdua.

"Kenapa dia tiba-tiba datang dan cakap nak? Apa yang dia nak?" Darleena kini berpeluk tubuh. Dia tak suka perempuan ni. Dia terlalu gedik, dan penyibuk.

"Awak tu siapa? Kenapa nak pegang-pegang lengan boyfren saya?" Perempuan tadi mengeluarkan ketawa fakenya.

"Boyfren? Boyfren, really? I tak salah dengar kan? So funny, Aafie. Dia buat lawak. Aafie, is this real?" Aafie masih lagi kebingungan, tapi bingung bertukar gelisah bila kedua perempuan itu melihat dia.

"Aafie?" Darleena bertanya. Aafie kena sokong dia. Kalau tak, malu la dia depan perempuan gedik ni.

"Aah, dia girlfriend I." Perempuan tadi seperti tidak percaya.

"No, I tak percaya. Auntie you cakap you single lagi."

"Auntie I silap. Dia tak tahu." Darleena tersenyum dengan hati yang puas. Yes. Dan perempuan itu sebaliknya.

"Kita boleh pergi sekarang tak?" Dia bertanya apabila sudah mendapat banyak benci dari perempuan itu.

"Pergi mana?" Aafie keliru sekali lagi.

"We need to talk. You ingat I nak lepaskan je hal ni? Hal you pegang-pegang perempuan lain belakang I?" Perempuan tadi tersenyum gembira.

"Bye Aafie, apa-apa call I okay. I akan selalu jawab." Kata dia sebelum mereka berdua bergerak menjauhi orang ramai.

"Suka la tu kan?" Aafie bingung.

"Suka la ada perempuan tergedik-gedik, nak pegang mana-mana pun boleh macam tu." Aafie ketawa, cuma ketawanya yang tidak senang, bukan gembira.

"Serius la"

"Awak gelak? Awak cakap awak suka saya, nampak ada masa depan dengan saya. Tak sampai berapa minit, awak dah flirt dengan perempuan lain. Kenapa awak tak clear sangat ni?"

"Awak marah ke?"

"Aah, saya marah. Ingat saya suka ke?"

"Betul ni?"

"Ye! Sakit hati bila awak buat macam tu. Cakap suka, tapi dah kalih belakang, awak main-main dengan perempuan lain. Awak"

"Kalau saya cakap suka, saya memang suka. Saya takkan main-main dengan hati perempuan, mostly dengan yang susah nak dapat, macam awak." Darleena berundur ke belakang sedikit kerana Aafie seperti terlalu dekat dengannya.

"Awak marah?" Makin sakit hati pulak dengar soalan sama dua tiga kali.

"Ha, saya marah, saya marah. Berapa kali awak nak tanya soalan sama." Katanya dengan berpeluk tubuh sekali lagi.

"So cute. Terima kasih sebab marah." Darleena memandang Aafie dengan pelik.

"Hah?"

"Awak marah means awak care pasal saya, bila awak care, maknanya awak suka saya. Bila awak suka saya, maknanya awak cemburu tengok saya dengan perempuan lain. And sebab tu, terima kasih." Muka Darleena agak merah sedikit.

"Ha? Apa benda awak ni?" Dia cuba menutup dengan ketawa tapi Aafie mengeleng.

"Ha, jangan nak balik-balikkan ayat sendiri. Awak yang cakap tadi awak nak, dah ngaku pun yang saya ni boyfren awak. So, ni day 1 kita." Darleena terbayang semula situasi tadi. Malunya dia.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now