Bab 37

10.4K 384 29
                                    

"Apa semua ni darling?" Darleena agak terkejut apabila Fizz seperti menghempas telefonnya di depan dia untuk menunjukkan gambar di dalam telefonnya. Dia mengambil telefon itu dan melihatnya.

"Fizz stalk Leen ke?"

"Stalk?.. Apa salahnya stalk bakal isteri? Kalau tak stalk macam mana nak tahu yang bakal isteri keluar lagi dengan bekas tunang dia?" Darleena menggigit bibirnya geram.

"So what? Bekas tunang Leen, Izz, your brother. Takde yang salah kat situ." Dan Fizz agak naik darah dengan jawapan Darleena.

"Tapi Izz yang berkeras tak nak tengok kita bersama. Izz bekas tunang Leen. Izz yang... Jangan kata Leen get back dengan dia balik."

Ingin saja dilempang muka Fizz kerana menuduhnya sedemikian. Sudah la hal anak-anak Mia tak selesai lagi, sekarang ni pulak.

"Tak selesai lagi ke isu Fizz dengan Izz? Yang hari tu? Antara Leen dengan Izz dah takde pape! Kenapa nak kena ragu lagi? Macam mana nak buktikan yang Leen memang dengan Fizz sekarang? Macam mana?! Kalau betul Leen nak curang, kenapa dengan Izz? Ramai lagi laki kat luar sana yang Leen boleh pilih." Hampir serak suaranya kerana agak kuat bercakap.

"So ada kemungkinan besar la yang Leen nak curang dengan Fizz?" Mengeleng Darleena mendengar pertanyaan Fizz.

"No, Fizz tak dengar agaknya ayat Leen tadi. Leen cakap kalau, kalau, kalau. Gosh!! Dah la, Leen nak balik!" Dia bangun dari kerusi dan mula berjalan.

"At least bagitahu Fizz kenapa korang jumpa!" Dia berpaling sekilas.

"None of your jealous business." Malam ini Fizz mengambilnya dari rumah untuk keluar. Dan nasib baik dia memilih kedai berdekatan taman rumahnya. Boleh lah dia berjalan balik daripada menumpang kereta Fizz.

"Jom Fizz hantar balik."

"Tak payah, Leen balik sendiri, jalan kaki."

"Jom la, tak elok perempuan jalan malam-malam macam ni. Please. Naik please." Dia mahu berdegil, tapi dia juga takut untuk berjalan seorang diri malam-malam. Lorong berdekatan rumahnya agak gelap. Jadi dia naik juga.

"Kita tak akan bercakap ke?" Tanya Fizz sebaik saja dia sampai di depan rumah Darleena. Tapi Darleena tetap mendiamkan diri.

"Okay, jumpa esok?" Darleena masih diam lalu dia keluar. Tidak mempedulikan Fizz.







"Dah lama tunggu ke? Sorry, ada kerja sikit kat atas tadi." Senyum Darleena kepada Izz di depannya.

"Harap taste awak tak berubah la, saya orderkan apple." Darleena mengangguk.

"Kenapa nak jumpa ni?" Darleena bertanya sambil menyedut air epal yang segar.

"Saya dengar awak dah terima abang." Dia melihat Izz di depannya.

"Saya tahu awak bukan nak cakap pasal tu sekarang ni. Straight to the point please. Jauh awak datang makan kat sini, nak cakap pasal tu je, tak berbaloi." Izz berdehem sedikit bagi memulakan mukadimahnya.

"Tolong cepat sikit kawin dengan abang." Tersedak dia lalu cepat-cepat Izz memberinya tisu.

"Awak gila ke apa? Ingat kawin ni senang? Daftar kawin dah sah terus, macam tu? Amboiiii." Masam muka Izz.

"Tak, maksud saya bukan macam tu. Tapi, awak consider nak kawin dengan abang kan? Bila?" Darleena jadi tertanya-tanya kenapa Izz pula yang nak cepat ni?

"Mama tak izinkan Rose masuk keluarga kami melainkan awak dah kawin dengan sape-sape.... Dengan abang." Membulat mata Darleena mendengarnya.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now