Little Light In The Dark | s...

By morosis--

85.1K 6.2K 553

⚔ as known as ; Highschool Magic ⚔ ⸙ aremily's first story ⸙ status : slow update | on editing | on going a... More

prologue
1 | tgmg
profiles
characters
2 | deal
3 | new offer
4| one by one
5 | sudden attack
6 | Stronger
7 | last opponent
8 | the winner
9 | warning
10 | my guardian
11 | lac
12 | midlee
13 | Seize and Protect
14 | Veel Dimension
15 | as i expected
16 | you're much worse
17 | ' luros, dae, idante '
18 | To Be Winner
19 | Heart I
20 | Heart II
21 | Vasia Maze
22 | " i won't leave you "
23 | reverse technique
24 | " what did you say? "
characters
25 |
26 |
27 |
28 |
♔BAB 27♔
♔BAB 28 ♔ LYN PAST
♔BAB 29♔ LYN PAST

♔BAB 30♔ LYN PAST

1.7K 132 57
By morosis--

9 years later

"Lyn, makan! "

Aku yang sedang enak berbaring diatas katil sambil membelek patung doraemon kecilku tergesa gesa bangkit dari pembaringan.

"Kejap! "

Setelah meletakkan patung tersebut diatas meja dengan hati hati, aku pantas berlari keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Fandy yang sedang duduk santai pada kerusi sambil menungguku, aku beri senyuman lebar.

Selesai makan, Fandy bersuara.

"Rehat kejap. Lepas ni latihan" pantas aku mengangguk.

"Oh ya, malam ni kau yang masak kan? Jangan masak nasi goreng, muak aku kalau setiap hari makan nasi goreng" Rungutnya sambil memungut semua pinggan diatas meja. Pantas aku menolongnya

"Tapi itu je yang aku pandai"

"Belajar masak benda lain. Yang penting bukan nasi goreng"

"Yela yela"

***

"Untuk apa ni? " keningku terangkat memandang Fandy yang berdiri didepanku sambil menghulur patung doraemon milikku.

"Untuk kau bawalah. Kejap lagi kita pegi pasar." balasnya lalu duduk diatas sofa setelah memberiku doraemon tersebut

"Buat apa nak bawa. Bukan nak pergi jauh pun. Pasar je kan?"

"Bawa je. Penting kan? " kepala ku angguk perlahan.

Sejam kemudian, kami mulai menuju ke pasar. Namun apabila kami dalam perjalanan balik, aku terkejut melihat kampung kami diseliputi api dimana mana. Fandy kupandang.

"Fandy, apa yang–"

"Takkan lah secepat ini diorang menyerang" gumamnya cemas. Lenganku dia pegang.

"Lyn, lari. Tinggalkan kampung ni. Kalau kau jalan ikut jalan ni aku pasti yang kau akan terserempak dengan penduduk kampung yang lain. Cepat" badanku ditolaknya.

"T-tapi kau?" dia terdiam sebentar sebelum mengukir senyuman lebar.

"Aku akan pergi lepasni. Ada benda yang aku nak urus. Disebabkan itulah, kau harus pergi sekarang. Go" teragak agak aku ingin menuruti katanya.

"Lyn, cepat! " lalu akhirnya, kuturuti. Sempat ku menoleh ke belakang untuk melihat Fandy, namun hilang.

Apabila aku sudah sampai agak jauh dari kampung aku terhenti. Walaupun sudah agak jauh, aku masih dapat mendengar suara letupan bertalu talu. Disebabkan rasa risauku pada Fandy, aku berpatah balik.

Terkejut aku melihat dirinya yang sudah sekarat. Tanpa berlengah dia ku dekati.

"Fandy! Apa jadi dekat kau?!" dia terbatuk perlahan membuatkan beberapa darah keluar dari mulutnya.

"Lyn, kan aku dah kata lari... " tuturnya perlahan. Mungkin sudah tidak punya kekuatan.

"Macam mana aku nak lari kalau kau masih kat sini? " sedaya upaya aku ingin mengangkat badannya tapi apakan daya. Aku tak cukup kuat.

"Degil"

"Tolong kami!" terkejut aku apabila melihat beberapa penduduk kampung yang masih belum melarikan diri.

Dengan harapan yang tinggi aku meminta tolong. Namun, hanya dipandang. Mereka tidak sedikit pun memberikan belas kasihan. Malah berlari pergi kerana hanya memikirkan diri sendiri. Berubah riakku melihat sikap pentingkan diri mereka.

Ya, aku tahu yang selama ini aku dan Fandy selalu dipandang hina oleh penduduk kampung. Tapi takkanlah seteruk ini? Sampai ingin menyelamatkan nyawa kami pun mereka tidak ingin.

"Lyn, larilah. Biarkan aku kat sini. Nanti Darbello– uhuk!"

"Darbello?! D-dia yang serang kau sampai macam ni? " Dia mengangguk perlahan. Nafasku tarik dalam apabila merasa rentak jantungku yang mulai tidak sekata.

"Larilah Lyn" arahnya.

"Tak, aku akan tetap kat sini. Biarlah aku mati sama kau" tuturku. Pandangan mulai kabur kerana air mata yang memenuhi mataku.

"Lyn! " ujarnya keras. Mulut ku kemam. Dia menghulurkan patung Doraemon yang tersimpan dipoketnya padaku.

"Lari.. Kau belum boleh mati lyn. Belum. " dia menarik nafas dalam. Terasa sesak didada.

"T–tapi kau belum makan nasi goreng aku untuk malam ni kan? "Fandy tertawa kecil.

"Kan aku dah aku taknak makan nasi goreng untuk malam ni. Kau ni degil lah" dia mengukir senyuman lebar sebelum tidak lama senyumannya luntur.

"Pergi lah." tuturnya keras. Bibirku gigit bersama air mata yang terus terusan mengalir. Perlahanku bangkit.

"Jangan pernah menyimpan dendam. Ini, satu arahan"

Itu ayat terakhirnya yang aku dengar sebelum aku berlari pergi tanpa menoleh ke belakang.

Dalam aku meneruskan larianku, aku mula terserempak penduduk kampung lainnya. Keadaan disana sungguh riuh. Masing masing dari mereka melontarkan kemarahan antara satu sama lain. Ada juga yang dari tadi menangis.

"Anak aku!"

"Kalau kau bagitau benda ni awal awal, aku tak akan kehilangan bini aku lah!"

Nafasku hela perlahan.

"J-jom lah kita teruskan perjalanan. Nanti kalau kita kat sini, kita akan diserang ole–" belum sempat aku teruskan ayat, badanku ditolak kuat oleh si makcik yang tadinya menangis.

"Apa?! Diserang? Kau tau tak, disebabkan kau, dan anak luar nikah tulah kami jadi begini. Korang dua ni nasib malang tau tak? Kalau korang dua takde, takdenya kami ni kena serang!" ditolak tolak badanku.

Mulut dikemam lalu kepala didongak. Ingin melihat riaksi penduduk kampung yang lainnya. Terkedu aku apabila melihat pandangan jijik mereka padaku. Tangan kugenggam kuat.

"K-kalau bukan sebab korang, Fandy takkan mati. Kalau korang tolong kami tadi, p-pasti dia masih hidup!"

"Padanlah dia mati! Alang alang,  baik kau pun sekali mati dengan bapak kau tu! " kini orang lain pula yang mengata diriku.

"K-korang semua penting kan diri! Hina betul ke Fandy, hanya disebabkan dia tu anak luar nikah hah?! " aku fikir, mereka mulai sedar kesilapan mereka selepas aku mengatakan ayat tersebut memandangkan mereka terdiam. Tapi aku salah.

"Huh! Memang. Memang dia hina. Kau tau tak aku jijik? Eee"

Aku yang patutnya sedar, bahwa tak kira sekuat apa pun aku cuba yakin kan diorang, mereka akan tetap memandang hina terhadap aku dan Fandy.

"Dahlah jom tinggalkan dia kat sini. Takut nanti bala lain pula yang dia bawak kat kita" aku hanya memandang mereka. Tidak mempunyai niat untuk mengikuti mereka.

Sebaliknya aku berjalan bertentangan dari mereka. Aku berjalan, dan terus berjalan. Tidak sedar yang berjam sudah berlalu, namun sedikitpun aku tidak berhentikan langkah untuk berehat.

Sehinggalah kaki ku tersadung pada akar kayu lalu badanku jatuh ketanah. Akibat penat, berdiri pun aku tak mampu. Badan ku sandarkan pada pokok kayu sambil kepala mengarah ke bawah. Fikiran kosong.

Tidak lama kedengaran bunyi tapak kaki. Nafas ku tarik dalam.

"Sica! Jangan jalan jauh sangat! Hutan ni, nanti sesat padan muka." laung seseorang yang ku pasti seorang lelaki pertengahan tahun.

"Papa! Sica jumpa orang lah! " mendengarkan itu kepala ku dongak. Pandangan bersatu dengan si gadis berambut hijau. Dia ku tatap dingin membuatkan si gadis kerutkan dahi.

"Papa, she's kinda interesting lah. Adopt her"

***

Okay gais, sis dah takde idea so ini bab akhir untuk "lyn past" okey? Bab seterusnya akan menjadi seperti biasa seperti sebelumnya.

Kalau tak paham buat buat paham je. ٩(●˙—˙●)۶

#sismalas  (*゚ー゚)v
#soweylambat (╯﹏╰)
#happynewyear 🌵
#unofficial15y/o 🍻

Continue Reading

You'll Also Like

303K 22K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
172K 15.1K 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang la...
426K 19K 53
Tyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan...
179K 8.8K 60
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...