[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JU...

By akusingle-

349K 22K 9.6K

Dia, gadis naif dan bermulut murai berumur 17 tahun mampu membuatkan seorang mafia yang dingin dan ego itu me... More

๐Ÿ”ฅPROLOG๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ”ฅCHARACTER๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ”จ1๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ2๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ3๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ4๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ5๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ6๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ7๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ8๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ9๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ10๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ11๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ12๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ13๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ14๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ15๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ16๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ17๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ18๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ19๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ20๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ21๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ22๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ23๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ24๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ25๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ26๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ27๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ28๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ29๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ30๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ31๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ32๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ33๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ34๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ35๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ36๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ37๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ38๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ39๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ40๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ41๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ42๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ43๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ44๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ45๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ46๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ47๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ48๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ49๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ50๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ51๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ52๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ53๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ54๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ55๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ56๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ57๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ58๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ59๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ60๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ61๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ62๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ63๐Ÿ”จ
๐ŸŒน๐“™๐“ฎ๐“ธ๐“ท ๐“•๐“ช๐“ถ๐“ฒ๐“ต๐”‚ ๐ŸŒน
๐ŸŒน๐“™๐“ฎ๐“ธ๐“ท ๐“•๐“ช๐“ถ๐“ฒ๐“ต๐”‚๐ŸŒน
๐ŸŒน๐“™๐“ฎ๐“ธ๐“ท ๐“•๐“ช๐“ถ๐“ฒ๐“ต๐”‚๐ŸŒน
๐Ÿฆง TF? ๐Ÿฆง
๐ŸฆงANOTHER TF๐Ÿฆง

๐Ÿ”จFINAL๐Ÿ”จ

5.6K 316 284
By akusingle-

~2 years later~

"Jeon Seul Ra!" Aku berkalih ke belakang. Terbit senyuman aku melihat Hwan Woong sedang berlari anak padaku.

"Jom ke- apa ni?!" Aku berkerut kening melihat tangan Hwan yang menunjuk tin Coca-Cola yang baru saja aku beli tadi di kafeteria universiti.

"Ni air Coca-Cola lah. Awak takkan tak tahu?"

"Aku tahu ni air Coca-Cola tapi siapa benarkan kau minum air ni? Tak boleh!" Tin air tu dirampasnya kasar. Membuntang mataku jadinya.

"Yah! Bagilah balik! Saya nak minumlah!" Aku cuba mencapai tin itu dari tangannya namun dia lebih cepat menyembunyikannya di dalam begnya. Aku mengetap bibir.

Kenapa dia ambil air aku?

"Ba-bagilah balik. Saya nak mi-minum." Aku tak dapat menahan diri dari menangis. Air mataku keluar serta merta mengenangkan aku tak dapat minum air Coca-Cola itu.

"Yah! Janganlah nangis. Nah, kau minum ni." Hwan menghulurkan sekotak susu strawberi padaku. Dicucukkan sekali straw pada kotak itu.

"Kau minum susu ni." Aku mengangguk. Perlahan lahan tanganku menyambut huluran kotak susu itu. Air mata aku seka tapi sedu sedanku masih ada.

"Mianhae. Aku bukannya sengaja nak ambil air Coca-Cola kau. Ni semua untuk kau dan juga kandungan kau. Air tu banyak gas dan gula. Tak sesuai untuk baby. Kenalah minum dan makan benda yang berkhasiat. Barulah baby dalam perut tu sihat. Lagi lagi kandungan tu masih awal. Kenalah jaga elok elok." Hwan membebel panjang padaku manakala aku hanya senyap mendengarnya sambil menyedut air susu strawberi.

Ya, aku dah disahkan mengandung. Kini usia kandunganku sudah berusia 2 bulan 16 hari. Pada mulanya aku beritahu Jungkook yang Aku tidak berasa sihat dan pening kepala. Terus dia pulang ke rumah dan membawaku ke hospital.

Aku masih ingat lagi betapa lebarnya senyuman Jungkook bila dapat tahu aku mengandung. Terus dia telefon unnie dan oppa datang ke rumah untuk makan malam bersama memandang kami semua tidak duduk sekali sekarang.

Aku dan Jungkook tinggal di rumah baru. Begitu juga dengan unnie. Zureen unnie sudah berkahwin dengan Seokjin Oppa tahun lepas manakala Leez unnie sudah disahkan isteri pada Taehyung oppa 7 bulan lepas. Hanya Namjoon oppa, Yoongi oppa, Hoseok oppa dan Jimin oppa yang tinggal di rumah lama.

Dan, sejak dapat tahu yang aku mengandung, Jungkook, unnie dan oppa amat amat melarang aku melakukan kerja kerja yang berat. Semua kerja rumah dibuat oleh Jungkook tapi selalunya aku senyap senyap buat. Bila terkantoi, terpaksalah aku tadah telinga mendengar bebelannya setiap hari.

Kalau diikutkan, Jungkook tak benarkan aku ke universiti lagi tapi disebabkan aku yakinkan dia yang aku mampu menjaga diri, dia benarkan. Nasib saja due date aku pada cuti semester.

Bukan Jungkook saja yang kuat membebel pada aku. Yeo Hwan Woong pun apa kurangnya. Semua benda yang aku buat dan makan, mesti dia akan pantau. Nak pergi mana mana pun, mesti kena bawa dia bersama kalau tak dia akan menagadu pada Jungkook.

Sabar sajalah aku.

"Kau ada mengidam apa apa tak hari ni?" Aku memandangnya penuh teruja.

"Saya mengidam nak makan ais krim chip coklat dan vanila." Dia mengangguk.

"Balik nanti aku belanja kau. Kalau mengidam apa apa lagi, bagi tahu je aku. Manalah tahu anak buah aku dalam perut kau tu lapar benda lain."

🚫🚫🚫

Aku mengelap tanganku sehingga kering selepas selesai mencuci peralatan memasak. Mangkuk stew tofu itu aku hidangkan di atas meja.

Seketika, telingaku menangkap bunyi deruan enjin kereta. Senyumanku melebar. Terus aku berlari anak ke muka pintu ingin menyambut Jungkook.

"Jung—

"Nak peluk!" Badanku didakapnya erat. Aku senyum.

Sudah biasa dengan keadaan begini. Bila pulang dari rumah saja, mesti dia akan peluk aku dulu. Katanya, cara ni boleh kurangkan stress dia di pejabat. Aku tak nak membantah.

"Pergilah mandi dulu kemudian kita—WHAT ARE YOU HAVE DONE JEON JUNGKOOK?!" Aku menjerit tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Dia hanya tersengih kekok di hadapan aku.

"Sayang. Oppa boleh—

"Apa?! Nak explain apa?! Baik awak mengaku sekarang, awak pergi pejabat ke awak pergi tempat lain?!" Aku menjegilkan mata padanya. Serta merta dia menarikku ke arah sofa.

"Sabar sayang. Jangan marah macam ni. Membahayakan kandungan awak kalau sayang menjerit macam tadi. Terkejut baby dalam perut sayang nan—

"Eh, saya tahulah macam mana nak jaga kandungan saya! Sekarang oppa baik mengaku. Oppa pergi mana?! Kenapa tipu saya?! Kata nak pergi pejabatlah ada meeting pentinglah. Dah tu ni apa?! Meeting dengan siapa?!" Aku menunjukkan ke arah baju kemejanya.

Tengok saja dah buat darah aku menyirap. Sudahlah aku sedang mengandung. Berani dia tipu aku?!

"S-sayang jangan salah faham. Oppa buat semua ni sebab—

"Sebab apa Jeon Jungkook?! Tak bayar hutang?! Cari pasal dengan awak?!"

"Dia cakap sayang tak lawa kemudian dia kata yang sayang kahwin dengan oppa semata mata sebab harta. Oppa mana boleh dengar semua tu. So oppa—

"Tembak dia sampai mati?! Come on oppa! Abaikan saja! Yang dia kutuk tu saya! Bukannya oppa!" Dadaku naik turun menahan geram. Kesan tompokan darah yang terlekat pada bajunya aku pandang tajam.

"Memanglah sebab sayang tak dengar. Oppa yang dengar ni tahan geram tau! Lagi lagi bila Yoongi memang menggalakkan oppa untuk bunuh dia. Jadi oppa ikutkan saja. Baru dia kenal dia tengah deal dengan siapa." Aku menepuk dahiku perlahan.

Lebih dari 2 kali dia berjanji takkan bunuh orang pada waktu siang kecuali malam. Dan 2 kali itu jugalah dia mungkiri.

"Dah lah. Stop cakap pasal ni. Sakit hati teringatkan pasal tadi. " Aku menggeleng perlahan. Jungkook menyelak bajuku ke atas sikit lalu masukkan kepalanya ke dalam bajuku. Permukaan perutku diciumnya lembut.

"Anak appa ni macam mana? Meragam tak?" Aku senyum melihat dia yang sedang bercakap dengan janinku. Kepalanya aku usap dari luar permukaan baju.

"Sayang ada mengidam apa apa ke?"

"Tadi adalah. Tapi Hwan dah belanja dah." Dia mengangguk. Dipeluk pinggangku erat bagaikan tak nak lepas.

"Oppa. Pergi mandi."

"Tak nak."

"Darah kat baju tu. Pergilah mandi." Terus dia keluarkan kepalanya. Coat dan baju kemejanya di buka. Membulat mataku jadinya. Kesan darah yang melekat pada badannya dia lap dengan kemeja itu.

"Now, tak ada kesan darah." Terkebil kebil aku melihat dirinya yang shirtless itu. Kepalanya dimasukkan semula ke dalam bajuku. Aku menggeleng perlahan sambil senyum. Kepalanya aku usap.

Bahagia datang menghujani aku setelah sekian lama aku bersedih. Aku Nam Seul Ra, gadis biasa yang langsung tak mempunyai apa apa yang istimewa telah menjadi Jeon Seul Ra, isteri kepada ketua mafia yang amat digeruni ramai.

Kehidupan kami berdua amat gembira malah lebih berseri lagi dengan kewujudan nyawa dalam perutku. Tak sabar ingin menunggu hasil cinta kami berdua keluar melihat dunia.

"Jeon Seul Ra. Saranghaeyo. Jangan pernah tinggalkan aku."

Siapa sangka aku yang serba kekurangan ini boleh meraih kebahagian? Dan siapa juga sangka, ketua mafia telah bersama dengan cintanya.

Semua ini takdir. Tiada siapa yang boleh ubahnya. Walau apapun yang terjadi, dia tetap orang yang aku sayangi. Mafia yang aku cintai.

"Ahjusshi Jungkook! Nado saranghae!"






✨The End✨

✨Dengan ini, Mafia Saranghae melabuhkan tirai✨

Terima kasih atas semua comments dan votes yang korang semua sudi berikan pada cerita ini. Thanks a lot from me!











🍭Any last comment for this chapter?🍭

Continue Reading

You'll Also Like

20K 2.3K 54
[Remake of Badboy's Penchant] Faith. Warning: 16+ "Mesti awak rindukan mendiang anak awak sekali" Lengan Myunghee yang sedang mengemas peralatan itu...
194K 20.2K 77
Ini sambungan book 1 sebab dah limit chapter di sana๐Ÿ˜‚ author notes : Thank you for supporting this fanfic ๐Ÿ’– I really appreciate it ~ I love you <3
659K 24.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
235K 696 2
Known as Harzan's Cure. - In Editing Progress - [ Under Obsessions : SYAITAN Series ]