[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JU...

By akusingle-

349K 22K 9.6K

Dia, gadis naif dan bermulut murai berumur 17 tahun mampu membuatkan seorang mafia yang dingin dan ego itu me... More

๐Ÿ”ฅPROLOG๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ”ฅCHARACTER๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ”จ1๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ3๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ4๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ5๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ6๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ7๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ8๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ9๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ10๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ11๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ12๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ13๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ14๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ15๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ16๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ17๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ18๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ19๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ20๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ21๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ22๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ23๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ24๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ25๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ26๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ27๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ28๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ29๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ30๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ31๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ32๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ33๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ34๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ35๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ36๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ37๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ38๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ39๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ40๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ41๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ42๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ43๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ44๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ45๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ46๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ47๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ48๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ49๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ50๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ51๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ52๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ53๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ54๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ55๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ56๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ57๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ58๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ59๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ60๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ61๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ62๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จ63๐Ÿ”จ
๐Ÿ”จFINAL๐Ÿ”จ
๐ŸŒน๐“™๐“ฎ๐“ธ๐“ท ๐“•๐“ช๐“ถ๐“ฒ๐“ต๐”‚ ๐ŸŒน
๐ŸŒน๐“™๐“ฎ๐“ธ๐“ท ๐“•๐“ช๐“ถ๐“ฒ๐“ต๐”‚๐ŸŒน
๐ŸŒน๐“™๐“ฎ๐“ธ๐“ท ๐“•๐“ช๐“ถ๐“ฒ๐“ต๐”‚๐ŸŒน
๐Ÿฆง TF? ๐Ÿฆง
๐ŸฆงANOTHER TF๐Ÿฆง

๐Ÿ”จ2๐Ÿ”จ

6.1K 400 191
By akusingle-

~Jeon Jungkook~

"Sejak bila kau pandai nak agihkan barang ni? Biarlah mereka yang buat. Kau kenapa?" Aku menyoal ke arah Jimin yang sedang melihat isi kotak coklat itu.

"Tch. Aku tak inginlah nak jadi macam budak budak tu. Aku nak tengok design gun yang kau cipta kali ni. Lawa ke tak?" Aku ketawa sinis.

"Design senjata aku semua cun. Kau nak tanya apa lagi?" Dia mencebik geram.

"Well, we will test this gun first." Seokjin merampas pistol di tangan Jimin. Mulut pistol itu dihalakan tepat ke arah aku.

Bang!

"Not bad. Kelajuan pelurunya lebih laju berbanding sebelum ni. No wonder Suruhanjaya Polis Korea nak sangat beli pistol kali ni." Aku hanya mengangkat keningku berkali kali. Aku memandang beg guni yang berlubang akibat tembakan Seokjin tadi.

"Minta budak dalam ni salin debu bedil tu. Habis berlubang beg tu sebab kau." Seokjin tersengih.

"Iyalah ketua." Aku memandang tajam Seokjin yang sedang ketawa bersama Jimin. Perli aku lah tu.

Aku berjalan keluar dari gudang itu. Gudang di mana aku menyimpan peralatan untuk membuat senjata dan juga senjata yang sudah siap dicipta.

Aku, Jeon Jungkook, ketua mafia kepada kumpulan Bangtan Bomb, kumpulan yang agak digeruni setakat ini. Bukan setakat mafia, aku juga CEO syarikat JK Company. Syarikat yang menguruskan projek yang berunsurkan penbinaan rumah dan bangunan.

Polis? Kenapa perlu takut? Kumpulan Bangtan Bomb tak pernah melakukan kerja yang membolehkan kumpulan kami diberkas polis. Kami hanya membekalkan senjata dan itupun kami bekerjasama dengan pihak polis.

Kami bekal, mereka beli. Bukan saja di Korea malah kami mengeksportnya di serata negara. Dengan mudah kami mendapat duit.

Kumpulan Bangtan Bomb terdiri daripada 9 ahli terkuat termasuk aku sebagai ketua. Semuanya mempunyai peranan masing masing dalam menguruskan hal ini.

Kim Seokjin, Park Jimin, Kim Taehyung dan Leez Kim bertanggungjawab dalam menguruskan hal senjata api manakala Kim Namjoon, Min Yoongi, Jung Hoseok dan Zureen Jung bertanggungjawab dalam menguruskan bahan letupan seperti bom.

Aku pula? Aku pencipta dan perekanya.

Tapi, jangan sesekali fikir yang kami ini leka dengan semua kesibukkan itu. Kami peka dalam mengenali pengkhianat dalam Bangtan Bomb. Setiap pekerja dan juga anak buah perlu setia dengan aku. Hanya ikut arahan aku dan bukannya dari orang lain. Kalau tidak, katakanlah annyeong pada malaikat maut.

Aku hanya keluarkan arahan saja. Leez Kim, Kim Taehyung dan Min Yoongi saja akan selesaikan apa yang sepatutnya pengkhianat itu perlu terima. Mati!

Sebab inilah anak anak buah aku gerun dengan kami bersembilan. Cari pasal dengan aku, mati yang menanti.

Dan, dengan sukacitanya, kegiatan pembunuhan kami tak dapat dihidu oleh pihak polis. Ini kerana kami cukup cekap melakukannya. Mayat akan dibuang di tempat yang tersorok, dicampak ke dalam sungai ataupun ditanam terus ke dalam tanah. Ataupun, kami akan buatkan kesan kematiannya seperti bunuh diri, dan campakkannya di tong sampah.

Simple!

"Korang ni, main PUBG je tahu. Cubalah buat kerja yang okay sikit." Aku merungut ke arah Leez dan Taehyung yang ralit bermain game di telefon masing masing.

"Dah tu, kau nak kami buat apa? Uruskan pembekalan senjata? Suruhanjaya polis nak ambil esok. Seksa orang? Mayat budak bodoh tu aku dah bagi anjing makan minggu lepas." Aku mendengus geram.

Dua minggu lepas, Namjoon dapat menangkap pengkhianat dalam kumpulan kami. Tak sangka, yang dia bekerja dengan Kim Young Jo, ketua kumpulan Moon One merangkap musuh keturunan aku.

Sejak dari dulu, keturunan aku dan dia tak pernah berbaik. Semua ni disebabkan kedudukan Bangtan Bomb di Korea Selatan yang tak pernah menurun. Semua ini berkat usaha moyang aku dahulu. Tanpanya, kumpulan ini takkan berada di kedudukan ini.

"Woi! Apa ni! Asyik kau je menang! Mana adil!" Leez melempar geram telefonnya ke atas sofa.

"Well, I'm the real killer." Kata Taehyung bangga.

"Aku pun pembunuh juga!" Kolar baju Taehyung dicengkam. Aku mengeluh perlahan.

Macam tu lah mereka berdua. Bergaduh sikit, nak diajak berlawan macam wrestling. Tahu lah yang diri tu pembunuh dan penyeksa. Tapi takkan lah sebab game nak ajak berlawan?

Tak logik.

"Kau-

Bush!

Aku menahan ketawa. Zureen meletakkan semula baldi di lantai.

"Apa masalah kau woi?!" Soal mereka berdua serentak. Habis basah baju mereka dek terkena simbahan dari Zureen.

"Aku suruh korang mandi, korang tak nak. Sibuk nak main game! Sekarang dah pukul 4 petang tapi still tak mandi lagi! Berterima kasih pada aku sebab mandikan korang. Nak aku ambil sabun sekali?" Terlepas juga tawa aku melihat Zureen membebel. Makin cemberut muka Leez dan Taehyung.

"PADAN MUKA WEY!" Aku ketawa menepuk kuat peha aku.

"Wey aku nak- asal sampai basah ni?!" Namjoon yang baru datang dari tingkat atas itu menyoal terkejut. Aku meredakan dulu tawa aku.

"Leez dan Taehyung kena mandi."

"Aku mandikan." Sarkastik Zureen menjawab sambil tangannya bersilang di dada. Merenung dua orang manusia yang masih lagi tidak berganjak dari sofa.

"Nak aku mandikan dengan minyak panas pula ke?"

"Aish! Fine!" Akhirnya mereka berdua bangun menuju ke bilik masing masing. Dalam perjalanan, mereka berdua masih lagi bertepuk tampar.

Haih.

"Kau nak pergi mana?" Soal aku pelik memandang Namjoon yang sudah bersiap ingin keluar.

"Aku nak pergi 7 Eleven sekejap. Nak beli snack dan barang lain." Jawab Namjoon. Kunci kereta di ambil.

"Aku nak ikut kau."

"Aku pun nak ikut!"

"Okay Jom."

Continue

Done aku menerangkan serba sikit tentang kehidupan hero dan heroin dalam fanfic ini. Harap korang faham dan kalau tak faham, sila tanya di komen.

Maybe aku akan jarang update story ni sikit. Dalam dua hari sekali? Aku dapat rasakan yang idea aku bakal hilang banyak😂

Continue Reading

You'll Also Like

661K 24.3K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
87.2K 7.6K 82
โKorang ialah orang yang berjaya mengubah kami dalam sekelip mataโž ~ Please stop all of this... ๐Ÿ˜ญ ~ Blackpink - ahh, saranghae โค๏ธ ~ Maafkan kami ta...
372K 45.8K 56
โ Sunbae! Saranghae! โž โ Huh? โž โ Ish! Sunbae ni pekaklah! โž Start: 051116 End: 161116 Status ; completed + Cerita ni idea saya sendiri. Don't copyc...
327K 22.1K 56
โ Put Allah first , and you will never be the last โž โ€ขsiri bts mualafโ€ข -completed-