Mine (Always & Forever) ✔️ Co...

By anissyaaa

274K 15.8K 870

Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos More

Prologue
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Epilogue
NOTICE eBook
Tumpang Promote
Appreciation giveaway
I need your opinion pls
LAST DAY PROMO
Promo ebook
Aydan Haqq's
CNY ebook promo
10 ebooks RM20 sahaja
PROMO RAYA
CONTEST VIDEO MENARIK

Bab 6

7.3K 432 6
By anissyaaa

Rules 6

When in love,  every moment with them are worth your time

Last sem. Last time to create memories. 

"Wa,  jom makan. " Mawar disebelahnya menggosok perut.  Mana tak lapar kalau kelas habis jam 1 30 petang.  Seharian mengadap lecture, otak pun dah tepu.  On top of that,  baru first day lecture. 

Mawar Adwa dan Syifa bergerak menuju ke kafe untuk mengisi perut yang telah lama berbunyi minta diisi. Mata Adwa sempat menangkap Aakiff dan kawan- kawannya sedang bersembang dengan sekumpulan budak perempuan course lain.  Walaupun status mereka sudah berubah,  Adwa menduga bahawa dia dan Aakiff tetap tidak berubah semasa di kolej.

"Mawar, " Mawar melahirkan riak annoyed mendengar laungan suara Zaid, rakan sekelasnya.

"Kau nak apa?  Aku nak pergi makan ni, " Mawar merungut.  Adwa sekadar menggeleng.  Bibirnya mengulum senyum. Suka melihat telatah mawar dan Zaid.

"Aku nak ajak korang makan kat luar ni,  alang-alang dah habis kelas untuk hari ni, " ujar  Zaid tersengih.  Mawar berkira-kira untuk bersetuju.  Namun belum sempat Mawar menolak atau menerima, Syifa terlebih dulu memotong. 

"On! Jom! " Dengan selamba, Syifa menarik Mawar dan Adwa.  Mereka bertiga membututi Zaid yang melangkah ke kawasan parking kereta.

Mendekati kereta, dahi Adwa berkerut. Macam kenal kereta ni. Yang pasti ini bukan kereta yang selalu dibawak oleh Zaid.

"Kau tukar kereta ke Zaid? " soal Mawar yang turut sama perasan.

"Wuish.  Bukanlah.  Kereta aku kat bengkel.  Ni kereta Aakiff, " jelas Zaid dan pada masa yang sama,  Aakiff muncul bersama bag laptop di tangannya.

"Jom, " Aakiff unlock kereta dan terus melangkah ke dalam kereta. Setelah menyelesakan diri di dalam kereta.  Syifa membuka mulut.

"Kau tukar kereta baru ke Kiff? "

"Tak adalah baru sangat.  Aku pakai kereta lama aku ni, " jelas Aakiff matanya fokus pada pemanduan.

"Kenapa dengan kereta yang selalu kau guna tu?" kali ini giliran Mawar pula bertanya. Biasalah perempuan kalau tak curious tak sah.

"Aku nak bagi orang, " Aakiff menjawab selamba.  Kali ini wajah Adwa melahirkan riak terkejut.  Tanpa dapat ditahan,  soalan terpancul keluar dari bibirnya.

"Siapa? "

Aakiff menjeling sekilas melalui cermin pandang belakang.  Satu senyuman senget (smirk)  terukir dibibirnya.

"Rahsia, " ujar Aakiff membuatkan mata Adwa semakin mengecil memandangnya.

"Kau dah pandai berahsia sekarang ni en, " Mawar pura-pura berkecil hati.  Aakiff sekadar mengangkat bahu.

"Emm kita nak makan kat mana ya sebenarnya? " Adwa menyoal apabila perasan sudah hampir 20 minit masa berlalu.  Tetap tak sampai kat mana-mana kedai makan.  Seingatnya kedai makan taklah jauh sangat. 

"Oh,  aku tak bagitahu tahu korang eh? " Zaid berpusing mengadap Adwa,  Mawar dan Syifa.  Masing-masing keliru.

"Kau cakap sekarang Zaid. " Haa tu dia.  Mawar dah mengamuk.  Habislah kau Zaid.

"Kita nak pergi ke IOI, " ujar Zaid acah teruja.  Sekali kepalanya ditempeleng oleh Mawar menggunakan botol air.  Ambil kau.

"Korang memang dah gila, " Adwa menjeling Zaid dan Aakiff.  Aakiff sekadar ketawa kecil manakala Zaid merungut sambil menggosok kepalanya.

"Tengok wayang ke guyss? " Syifa bersuara teruja.  Adwa menarik nafas lemah.  Dia hampir lupa bahawa Syifa sekepala dengan Aakiff dan Zaid.

"Onzz, " Zaid pantas bersetuju.  Setelah itu, bermulalah sesi mencari waktu yang tak ramai orang untuk menonton wayang. 

Mawar dan Adwa redha.  Walaupun kawan-kawannya terencat dan masuk air. Tapi tanpa diorang, hidup mereka pasti bosan.

**

"Aku cakap tak nak! " Adwa berpeluk tubuh mencerlung ke arah Aakiff.

"Budak budak pun tak takut macam kau, masuk sajalah, " kata Aakiff turut merenung tepat ke wajah Adwa.

"Kau nak tengok.  Kau pergi sajalah tengok, " Adwa tetap dengan pendiriannya.  Nak tengok cerita hantu di panggung.  Memang bukan cara dia.  Tengok kat bilik ramai-ramai tak apa. 

"Habis tu, kau nak jalan sorang-sorang kat sini, " soal Aakiff lagi. menduga. Susah benar nak pujuk perempuan bernama Adwa ni.

"Aku boleh tengok cerita lain.  Aku ajaklah sapa- sapa untuk teman aku, "
Selamba Adwa menjawab.  Serentak itu,  Aakiff menghadiahkan pandangan tajam kepadanya.

"Aku nak tengok Friendzone.  Muktamad, " sekali lagi Adwa bertegas.  Kus semangat tengok cerita hantu dengan skrin sebesar alam dihadapanya.  Sekali Adwa berteriak,  satu panggung tu terkejut.

"Okay, " Aakiff akhirnya mengalah.  Dia menghela nafas lemah.  Perlahan-lahan bibir Adwa mengukir senyum kemenangan.

"Aku nak beli tiket jap, "

"Takpayah, aku belikan sekali, " belum sempat Adwa membantah. Aakiff terlebih dahulu melangkah.  Adwa dan kawan-kawannya yang lain menunggu Aakiff dan Zaid yang sedang beratur untuk beli tiket.  5 minit kemudian,  Zaid mendekati bersama 5 tiket ditangan.

"Mana tiket aku? " Adwa menghulurkan tangan.

"Masuk sekali sajalah, " ujar Zaid.  Adwa mengerutkan dahi.  Apa pulak masuk sekali.  Friendzone pukul 4.20 cerita seram diorang 4.10. Sekarang baru pukul 405..

"Tengok tiket jap," Adwa mengambil tiket dari tangan Zaid. Mendidih darahnya apabila melihat kelima-lima tiket adalah untuk movie seram.  Dia rasa ingin ketawa sendiri.

"Akifff" Adwa mencerlung ke arah lelaki itu yang masih tenang.  Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam kocek.

Aakiff sekadar senyum sinis. 

"Kau memang suka sakitkan hati aku kan? " gatal tangannya untuk cekik Aakiff ketika itu.

"Kau yang degil sangat.  Bukan takut pun. " kata Aakifff dengan tenang. Namun matanya menunjukkan dia senang hati dapat mengenakan Adwa.
"Erm,  ada satu lagi masalah.  Kita kena separate 2,3" giliran mawar bersuara apabila melihat seat yang tertera pada tiket.

"and,  aku, syifa and Zaid ambil seat yang tiga tu, " sambung Mawar tersengih.

"Asal pulak? " soal Adwa tak puas hati. 
"Dua laki,  kena separate.  Maklumlah masing-masing penakut.  So sebab chemistry kau dengan Aakiff kuat sangat.  Kau duduk dengan Aakiff." jelas Mawar. Adwa mencebik bibir.  Dasar.

"Ala,  macam tak biasa, " Syifa mencelah tiba-tiba.  Ini bukan tak biasa, memang dah terlebih biasa.  Tapi harini hatinya sebal yang amat sangat pada insan yang bernama Aakiff Muhammad. 

"Ini semua salah kau, " Adwa kembali menuding jari ke arah Aakiff.  Masih tak puas hati.

"Apa salah aku pulak? " Aakiff menayangkan riak wajah tak bersalah.

"Siap kau,"

"Aku kahwinkan jugak korang ni, " keluh Zaid menggeleng kepala.  Kali ini jelingan tajam Adwa dihadiahkan pula kepada Zaid.

"Too late. Dah selamat, " kata Adwa geram dan terus berlalu ke pintu utama.  Zaid mengerlipkan matanya berkali -kali memandang Adwa yang melangkah dengan geram.

"Marah sangat tu Kiff, " ujar Zaid kepada Aakiff yang tiba-tiba terdiam kaku.  Namun, dia hairan apabila kawannya itu tiba-tiba senyum.

"Whats going on here, " Zaid menyoal diri sendiri.  Malas berfikir panjang,  dia terus menggamit Mawar dan Syifa untuk bergerak memandangkan wayang mereka akan disiarkan lebih kurang dua minit lagi.

***

2 minit pertama semasa movie ditayangkan,  jantung Adwa terasa ingin tercabut.  Nasib popcorn yang dipegangnya tidak melambung keluar.  Ummi tolong Adwaa..

Aakiff yang berada disebelahnya tiada riak.  Wajahnya tenang dan lagaknya seperti orang sedang bosan.

"Popcorn tu untuk makan bukan untuk sorok muka kau, " Aakiff menyindir sebelum mencapai bekas popcorn itu. 

"Bagi sini lah, " Adwa kembali berusaha untuk merampas bekas popcorn daripada Aakiff.

Adwa mendengus geram apabila akiff buat tak endah.  Adwa kembali mengadap skrin besar dihadapannya.  Nasib bukan scene yang menakutkan. Dengar saja muzik suspense berkumandang, cepat-cepat  Adwa tutup mata. Sekali wanita dalam movie menjerit nyaring.  Meremang bulu romanya.

Adwa berkira-kira untuk mengalih tangan daripada pandangan.  Perlahan-lahan dia alihkan.

"Boo! "

Automatic Adwa menjerit membuatkan orang disebelahnya menjeling.  Adwa tersenyum sipu.  Dengan geram dia mencubit lengan Aakiff yang sedang menahan gelak.

"Kau dah kenapa? " Adwa mengetap gigi.  Kang tak pasal-pasal Arwah si Aakiff ni karang. Naik meremang badannya.

"I cant help it, " Aakiff mengangkat bahu.

"Boleh tak jadi sweet sikit? " Adwa menjeling.  Apalah nasib dapat suami kerek dan berhati batu macam ni.

"Sweet macam mana kau nak? " Aakiff menyoal. Kening diangkat.  Adwa mendengus.  Jangan bermimpi lah Adwa.  Macamlah kau baru kenal Akiff.  Adwa memberanikan diri memandang ke skrin. 

Dua jam kemudian,  movie tamat. Adwa terus menarik nafas lega. 

"Ni kalau masuk rumah hantu, confirm tak tido malam, "  panas telinga Adwa. Ada sahaja nak idea nak perli-perli orang.

"Tak teringin pun nak masuk.  Kau pun bukan boleh harap! " Adwa kembali memerli.  Ramai yang sudah beransur keluar dari ruangan itu.

"Adwa, Kiff. Jom! " serentak Akiff dan Adwa memandang Zaid yang telahpun menuju ke pintu. Mawar dan Syifa pun ada sekali. Adwa segera bangun.  Namun belum sempat dia melangkah, tangannya dipegang oleh Aakiff.  Adwa sempat menoleh ke pintu.  Mujurlah kawan-kawannya sudah melangkah keluar.

Aakiff bangun, berdiri di hadapannya.

"Apa? " Adwa berpeluk tubuh.  Aakiff menundukkan badannya sedikit.

"I may not hide you from the horror of the movie,  but I promise to hide you from any horror in this world, " dengan itu,  Aakiff terus melangkah menuju ke pintu. 

Adwa kelu.

"Taknak keluar ke?  Tak takut duk sorang-sorang dalam ni, " soal Aakiff tanpa memandang Adwa.  Adwa mengecilkan mata. Aakiff will always be Aakiff.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 48.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
376K 19.7K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
1.8K 183 23
[[ 1st. Story From @nielX20in_to]] Mikhael Aqhil~ Seketul nama penuh teka silang kata. Full sipnopsis tekan read guys First first agak hambar tapi pe...
109K 7.1K 30
[Completed] 𝙸𝚗𝚝𝚛𝚘𝚞𝚍𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. Because it's a warning before you fall in...