Mine (Always & Forever) ✔️ Co...

Von anissyaaa

276K 15.8K 871

Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos Mehr

Prologue
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Epilogue
NOTICE eBook
Tumpang Promote
Appreciation giveaway
I need your opinion pls
LAST DAY PROMO
Promo ebook
Aydan Haqq's
CNY ebook promo
10 ebooks RM20 sahaja
PROMO RAYA
CONTEST VIDEO MENARIK

Bab 5

7.6K 452 13
Von anissyaaa

Rules 5 :

Looking at the person you love,  warm your Heart.

Adwa ralit membaca novel yang dibawanya di balkoni bilik.  Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut pipinya.  Sekali-sekali dia tersenyum sendirian membaca adegan sweet daripada novel yang dibacanya. Sesekali, air matanya menitis kerana terharu ataupun sedih.

Aakiff yang lengkap berpakain sukan mengerutkan dahi melihat Adwa sedang mengesat air mata sambil membaca.  Perempuan.

Adwa juga lansung tidak perasan dengan kehadirannya ketika itu.  Dia tahu si Adwa memang kaki novel.  Kemana saja dia pergi pasti satu novel akan dibawa bersama. Aakiff mengerut dahi apabila melihat Adwa menangis namun bibirnya mengukir senyuman. Pelik.

"Done! " Aakiff yang sedang membalas chat daripada Irsyad menoleh. 

"Basket? " Adwa menyoal.  Aakiff sekadar mengganguk (sorry  i personally love basketball too much)

"Nak ikut? " Aakiff mempelawa.  Adwa pantas menggeleng.  Kalau dia ikut,  bukannya dia tahu main.  Kesimpulannya,  dia akan bosan.

"Aakiff,  pukul berapa agak-agak kau habis main? " Aakiff menjongketkaan kening dengan pertanyaan Adwa.

"Asal? Rindu aku ke? " Adwa melahirkan riak annoyed.  Aakiff membetulkan rambutnya seketika sebelum mencapai beg kasut yang diletakkan di sebelah lampu meja.

"Nak apa? " mendengar pertanyaan Aakiff membuatkan Adwa senyum melebar.

"You know me well, "Aakiff sekadar menayangkan riak seposen. Bukannya dia tak tahu,  setiap kali keluar, Adwa pasti akan membeli ayam mcd.

"Macam biasa eh Kiff.  Thanks.  Sayang kau, " ujar Adwa teruja.  Rasanya macam sudah lama dia tidak meratah ayam mcd.  Akiff rolled his eyes.  Time ni baru nak sayang aku.

**

Adwa mula rasa bosan berada di banglo itu seorang diri.  Ibu dan bapa mertuanya masing-masing kerja. Jadi tiada siapa di rumah untuk berborak dengannya.  Kaki diatur ke dapur.

"Hai Mak Cik Peah, " Adwa menyapa wanita berusia lewat 40 an yang merupakan orang gaji dirumah itu.  Namun begitu dia tahu mak mertuanya menganggap Mak Cik Peah sebagai ahli keluarganya sendiri.  Maklumlah Mak peah sudah berkhidmat hampir 10 tahun dengan keluarga ini.

"Hah Adwa,  nak Mak Peah masakkan apa-apa tak?" Mak Peah mempelawa.  Adwa menggeleng.  Perutnya masih lagi kenyang.  Kalaupun dia lapar, Adwa masih boleh masak sendiri. Dia tidak mahu menambahkan beban wanita tua itu.

"Wa rasa macam nak buat kek red velvet la Mak Peah. Ada bahan tak? " ujar Adwa membuka kabinet dapur.  Sudah lama rasanya dia tidak membuat kek.

"Rasanya macam tak ada la Wa.  Tapi kalau Wa nak,  Mak peah boleh tolong belikan.  Pasaraya tak jauh dari sini, " kata Mak Peah. Adwa berhenti berfikir sejenak. 

"Motor ada kan Mak Peah? " soal Adwa.  Wanita tua itu memandang gadis dihadapannya dengan penuh pertanyaan.

"Motor Kiff ada tak silap.  Biasanya kalau ke court,  Kiff akan bawak kereta. " jawab Mak Peah masih tertanya-tanya.

"Kalau macam tu Wa pergi beli bahan-bahan kejap.  Lepatu kita buat sama-sama, " ujar Adwa teruja.  Tanpa berlengah Adwa terus berlalu untuk menukar pakaian. Usai menukar pakaian, Adwa terus mencapai kunci motorsikal milik Akif bersama helmet.  Dipintu,  Adwa disapa oleh Mak Peah yang penuh kerisauan di wajahnya.

"Wa,  Mak Peah rasa baik Mak Peah aja yang pergi.  Kamu tu bukan tahu sangat jalan kat sini, " Mak Peah menyuarakan kebimbangan hatinya.  Takut jadi apa-apa.

"Jangan risau.  Adwa boleh jaga diri. Wa pegi dulu ya Mak Peah, "

Mak Peah hanya nampu memandang menantu majikannya yang telah keluar daripada perkarangan rumah dengan menunggang motor.  Apalah yang hendak dijawab bila Aakiff balik nanti.

**

Aakiff kembali ke rumah tepat jam 2 petang bersama satu beg daripada Mcd.  Dia sempat singgah didapur untuk mengisi tekaknya yang haus.  Dia meletakkan beg kertas mcd ke atas meja sebelum berlalu menuju ke bilik.  Dahinya berkerut apabila sedar Adwa tiada di bilik.

Aakiff berlalu ke balkoni biliknya, namun Adwa juga tiada di situ.  Aakiff mengambil keputusan untuk membersihkan badan dan menunaikan solat terlebih dahulu sebelum mencari Adwa.  Tiba di ruang tamu,  Aakiff terserempak dengan Mak Peah yang sedang mengemas rumah.

"Mak Peah,  Adwa mana? "soalnya membuatkan wanita tua itu serba salah.  Aakiff berasa hairan melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Mak Peah.

"Dari pagi tadi lagi Adwa keluar Kiff.  Sampai sekarang tak balik-balik, " ujar Mak Peah. Wajahnya terpalit seribu kerisauan.

"Keluar?  Ke mana Makpeah? " Akiff menyoal tenang.

"Pergi pasar.  Katanya nak beli bahan untuk buat kek,  tapi tulah sampai sekarang tak balik-balik lagi.  Mak Peah risau kalau dia taktahu jalan balik, " kata Mak peah lagi. Semakin rasa bersalah.

Serentak itu juga,  wajah Aakiff berubah sedikit.  Habislah!  Dia kenal adwa.  Adwa ialah manusia yang paling susah nak ingat jalan.

"Jangan risau Mak Peah,  nanti Adwa sampailah tu, " kata Aakiff.  Adwa Sofea. Dah tahu diri tu pelupa kenapa berkeras nak pergi sendiri jugak.  Dalam Mall yang kecik pun boleh sesat. Memang nak kena budak ni.

Aakiff pantas mendail nombor Adwa.  Sekali lagi dia mengeluh lemah apabila mendengar nada dering kepunyaan telefon Adwa memecah kebisuan ruang tamu itu.

"Mak Peah rasa, Adwa tak perasan dia letak Phone time ambil kunci tadi, " ujar Mak peah.  Dia dapat lihat kerutan yang terbentuk di dahi Aakiff.
"Adwa Sofea,  what im going to do with you, " keluh Aakiff.

Dia kembali mencapai kunci keretanya dan terus melangkah ke arah pintu.  Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah keretanya,  bunyi derumaan motorsikal yang tak asing menerjah telinganya.  Aakif mengeluh lega apabila melihat Adwa pulang. 

"Terima kasih pak cik!  Nanti saya belanja pak cik, " laung Adwa.

Aakiff mengagak bahawa pakcik itu yang berbesar hati menunjukkan jalan Kepada Adwa.

Sengihan Adwa mati apabila melihat Aakiff berdiri berpeluk tubuh di muka pintu.

"Awal balik, " tegurnya.  Aakiff mengecilkan mata memandang Adwa.
"Lain kali, gantung phone tu dekat leher, " Aakiff memerli geram.  Adwa sekadar menjuihkan bibir.

"Macam mana nak gantung phone dekat leher? " Adwa kembali menyoal.  Aakiff melahirkan riak annoyed.  Ada saja yang hendak dijawab. Aakiff mencapai plastik dari Adwa dan terus masuk ke dalam rumah.

Sebaik melangkah masuk ke dapur,  matanya terus tertacap pada bungkusan mcd yang berada di atas meja. Adwa pantas mendapatkan bungkusan tersebut. Baru sahaja dia ingin mencapai seketul ayam,  tangannya ditepuk oleh Aakiff.

"Sakitlah! "

"Basuh tangan dulu, " Aakiff menjeling. 

Adwa mencebik.  Potong betul. Dengan langkas yang malas Adwa bergerak untuk membasuh tangan.

"Jangan lupa kemas baju,  esok kita gerak pagi," pesan Aakiff sambil mencapai ayam yang berada di atas pinggan Adwa. 

"Pagi? "

"Ya.  Aku nak kena siapkan assignment Doktor Faridah. " balas Aakiff mengeluh berat.

"Assignment? " Dahi Adwa berkerut.  Sejak bila pula Doktor Faridah bagi assignment.  Tak.  Sejak bila Doktor Faridah mengajar mereka.

"Something, " Aakiff menjawab acuh tak acuh. Adwa sekadar mengangkat bahu. Malas nak masuk campur.

Telefon milik Aakiff berdering menarik perhatian keduanya yang sedang makan. Adwa sempat mengerling melihat nama yang tertera di skrin.

Office

Dahi Adwa berkerut.  Office? 

Aakiff tidak berlengah.  Dia terus menjawab panggilan tersebut.  Apabila perasan sepasang mata memandangnya dengan penuh tanda tanya.  Dengan selamba, Aakiff menunjal lembut dahi Adwa.

"Sakitlah, " Adwa mendengus geram. 

"Hello,?"

Adwa melihat kerutan di antara kening Aakiff muncul apabila mendengar orang di hujung talian bercakap. Sesiapa sahaja yang sedang bercakap,  pasti mengenai perkara yang serius. Kerana,  wajah Aakiff berubah serius.

"Explain, " Aakiff bersuara tegas. Adwa yang mendengar intonasi itu pun berasa gerun. Adwa sangka orang di hujung talian memberikan penjelasan kepada.  Makin tegang wajah Aakiff sebaik mendengar apa sahaja yang diberitahu oleh orang itu.
"Wa, " Adwa yang sedang menguis ayam mendongak seketika.

"Buatkan air, nescafe, " pinta Aakiff lembut. Adwa hanya mengangguk.  Dia tahu ketika itu Aakiff sedang stress.  Walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku.

Usai membuat air,  Adwa perasan Aakiff masih lagi bercakap dengan seseorang di telefon. Adwa meletakkan cawan berisi nescafe itu ke atas meja sebelum mengambil tempatnya kembali.

Tak lama selepas itu,  Aakiff menamatkan perbualan dan kembali ke meja.

"Problem? " Adwa memberanikan diri untuk bertanya. 

Aakiff sekadar mengangguk. Wajahnya masih kelat.

"Wa,  aku nak minta tolong boleh tak?"

Adwa mengangkat kening. Minta tolong apa?

"Apa? "

Aakiff menggamit Adwa ke arahnya. Walaupun keliru,  Adwa tetap  melangkah mendekati Aakiff. Sebaik berdiri di hadapan Aakiff, Adwa mengcekak pinggang.

"Kenapa? "

Aakiff merenung lama wajah Adwa membuatkan Adwa mula gelabah. Apa pulak masalah mamat ni.. 

" K, thank you.  Boleh sambung makan balik, " ujar Aakiff selamba sebelum kembali memusingkan badannya dan menyambung meratah ayam mcd.  Adwa terkelu di situ.  Apakah?

Dengan geram, Adwa mencubit lengan Aakiff.

"Auch,  Sakitlah perempuan, " Aakiff merungut.

"Lagi sakit hati aku layankan kau, " balas Adwa kembali duduk. 

Adwa mencapai seketul lagi ayam mcd dan terus makan tanpa pedulikan Aakifff.  Dalam hati dia mengutuk -ngutuk si Aakiff.

Tanpa Adwa sedar,  bibir Aakiff mengulum senyuman.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

16.3K 1.6K 6
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
103K 4.4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
378K 19.7K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
36.9K 1.9K 36
1 BOOK : MAWAR Noah Hykal Mawar Bella sinopsia di dalam ye tq you are mine Mawar🌹