Mine (Always & Forever) ✔️ Co...

By anissyaaa

275K 15.8K 870

Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos More

Prologue
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Epilogue
NOTICE eBook
Tumpang Promote
Appreciation giveaway
I need your opinion pls
LAST DAY PROMO
Promo ebook
Aydan Haqq's
CNY ebook promo
10 ebooks RM20 sahaja
PROMO RAYA
CONTEST VIDEO MENARIK

Bab 4

7.8K 458 7
By anissyaaa

Rules 4

Jealousy is a part of love

"So, siapa Hairul? " Aakiff tiba-tiba membuka mulut.  Ketika ini mereka dalam perjalanan ke rumah Aakiff di selangor.  Cuti sem cuma berbaki 2 minggu. 

"Macam mana kau tahu nama dia Hairul?" soal Adwa hairan. 

"Aku tanya ummi, " balas Aakiff tenang.  Wajahnya tenang tanpa sebarang riak. Adwa mengangguk paham.

"Ex aku masa zaman diploma dulu, " keluh Adwa.  Rasa berat hatinya untuk bercerita membuka kisah lama.
"Teruk jugak taste kau ni, " senda Aakiff.  Adwa sekadar mengeluh berat.  Memang tidak ada salahnya kata-kata Aakiff.  Dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh sukakan si. hairul yang gila tu.

"Well,  people who are in love tend to be blind, " balas Adwa kesal.

"Kau still cintakan dia ke? " Aakiff bertanya.  Adwa memandang Aakiff untuk melihat kalau-kalau ada tanda cemburu di wajahnya.  Namun begitu,  wajah Aakiff tetap seperti biasa. Tanpa riak.  Adwa mencebik kecil.

"Tak.  Kalau aku cintakan someone,  aku takkan mudah terima kau jadi suami aku, " jawab Adwa ikhlas. Dan itulah kenyataannya.  Bila dia jatuh cinta. Adwa takkan mudah untuk terima orang lain.  Sebab hatinya hanya mahukan orang yang dicintainya saja.

"Kau pulak? " Adwa menyoal.  Aakiff mengangkat kening. 

"Kongsilah sikit pengalaman kau jatuh cinta, selau aku tanya kau. Kau akan balas no comment.  I think i deserve to know now that i am your wife. Betul tak? " Adwa cuba memancing Aakiff.  Dia sebenarnya curiga dan teringin nak tahu tentang kisah hidup Aakiff.

"Not really that interesting." kata Aakiff membuatkan Adwa menjeling geram.  Suka sangat berahsia.

"Well,  at least not before this one, " sambung Aakif lagi menarik perhatian Adwa.

"This one?" Adwa mengerutkan dahi.  Aakiff mengganguk.

"Let just say,  she's so special, " balas Aakiff dengan senyuman di bibir.  Adwa merasakan satu perasaan tidak tenang hadir di hatinya.  Apa kena dengan aku ni.

"Kau still sayang dia lagi? " takut-takut Adwa bertanya.  Namun cuba mengawal suara agar tidak menunjukkan rasa kecewa yang tiba-tiba muncul dalam dirinya ketika itu.

Aakiff sekadar mengangkat bahu.  Ketika itu,  Adwa rasa dirinya teramat kecewa.  Kenapa Aakiff setuju untuk berkahwin dengannya kalau hatinya untuk orang lain.  Bukankah itu suatu penyiksaan untuk diri sendiri dan mungkin juga untuk Adwa.

Adwa memilih untuk mendiamkan diri sepanjang perjalanan.  Dia mencapai earphone dari begnya dan mendengar lagu.  Lagu di playlistnya berkumandang.  Mendengar lagu It's you Ost kdrama Healer,  menambahkan sayu di hatinya.  Perlahan-lahan Adwa memejam mata.
Aakiff yang sedang memandu menjeling sekilas ke arah Adwa yang telahpun memejamkan mata.  Dia menarik nafas lemah sebelum menguak rambut.

Kereta itu sunyi sepi,  sehinggalah Aakiff memberhentikan kereta di RnR untuk makan dan solat.  Dia bersandar pada kerusi kereta.  Bermacam-macam timbul di benak fikirannya ketika itu. 

Ketika itu,  Adwa juga mula sedar dari lenanya.  Dia berpaling ke arah Aakiff yang sedang termenung.  Apalah yang berada di fikiran insan bernama Aakiff ni.

Perlahan dia menyentuh lengan Aakiff. Aakiff lantas berpaling ke arahnya.

"Jauh termenung, " tegurnya.

Aakiff sekadar memandangnya tanpa berkata apa-apa. Adwa mengerutkan dahi.  Dah kenapa pulak? 

"Jom makan, " ujar Aakiff dan terus berlalu keluar daripada kereta.

"Aku syak mamat ni bipolar, " gumam Adwa geram.  Apa masalah si Aakiff dia sendiri tidak pasti.  Selepas berkahwin makin sensitif. 

"Sepatutnya aku yang merajuk, " bebel Adwa lagi mencapai beg tangannya sebelum melangkah keluar.  Dia mengikut langkah Aakiff yang menuju ke salah satu kedai makan di situ.

Usai makan,  Aakiff terus bangun dan berlalu.

"Wow!  Dia blah macam tu saja, " Adwa terus mencapai begnya.  Adwa tak habis pikir apa yang membuatkan Aakiff tiba-tiba berubah menjadi dingin.  Adwa terus melangkah ke surau berdekatan. 

Usai solat,  Adwa mencari kelibat Aakiff.  Namun tidak kelihatan.  Adwa melangkah ke kereta tetapi Aakiff masih belum ada di kereta. 

"Mana si Akiff ni, biasa dia yang siap dulu..lepas tu bebel sebab make up lama sangat, " gumam Adwa bersandar pada kereta.  10 minit berlalu.  Akiff tetap tidak muncul.  Adwa perasan ada mata yang memandangnya. 

"Aakiff where are you, " Dia cuba mendail nombor Aakif sekali lagi namun tetap tidak dijawab.  Adwa semakin menggelabah apabila lelaki yang memandanya mula mendekatinya. Cepat cepat Adwa berlalu dari situ dan berlari ke tempat yang lebih ramai orang. Namun akibat terlampau gelabah,  Adwa terlanggar seseorang.  Dia mendongak,.

Aakiff memandangnya hairan.  Adwa segera menarik nafas panjang.  Hampir luruh jantungnya. 

"Kenapa ni? " soal Adwa.  Oh sekarang dia kisah.

Adwa tidak menjawab sebaliknya hanya diam.  Dalam situasinya sekarang dia betul betul marahkan Aakiff. 

Adwa terus berjalan tanpa mempedulikan Aakiff.

"Adwa, "

Adwa terus berjalan.  Panggilan aakiff dibiarkan sahaja.  Separuh perjalanan menuju ke kereta tangannya disambar oleh Aakiff. Akiff tersentak apabila Adwa merentap kasar tangannya.

"unlock the door pls, " pinta Adwa mendatar. Aakiff kaku. Dia tidak membuka kunci kereta sebaliknya mendekati Adwa yang membelakanginya.

"Adwa, whats wrong? " soal Aakiff keliru.

Adwa ketawa mengejek. Dia berpusing mengadap Aakiff.  Pandangan tajam Adwa cukup membuatkan Aakiff kelu.

"You.  Kalau kau marah aku sangat.  Tell me what I did.  Kau tahu aku paling takut duduk sorang-sorang kat tempat  aku tak kenal.  Kalau ya pun,  jawab call aku.  Or message me.  Aku boleh tunggu kat dalam surau tu. You are jerk Aakiff.  Aku tak tahu salah aku apa.  But kau tak patut dingin dengan aku tanpa sebab. , " Adwa melepaskan amarahnya.  Aakiff terkedu apabila melihat air mata Adwa yang gugur.

"I really hate you right now, " bisik Adwa membuatkan Aakiff terpempan. 

"Marah aku kalau aku salah.  Jangan buat aku takut macam ni,  " bisik Adwa lagi.  Aakiff menghembuskan nafas kesal.

Tanpa sebarang kata,  dia terus menarik Adwa ke dalam pelukannya.  Sejuta perasaan bersalah menyelebunginya ketika itu. Dia kesal kerana terlampau ikutkan perasaannya.  Dia sendiri tidak tahu kenapa.  Jadi usai solat tadi, dia kembali berfikir.  Phone yang berdering dibiarkan sehingga sepi.  Dan kini dia kesal dengan perbuatannya.

"Im sorry, " bisik Aakiff berkali-kali.  Dia tidak peduli matanya yang memandangnya ketika itu. Apa yang pasti,  dia perlu menenangkan gadis yang berada dalam dakapannya ketika itu.  Ini kali pertama Adwa betul-betul menangis di hadapannya.

"You  are jerk Aakiff, " Adwa bersuara lagi membuatkan Aakiff bertambah kesal.

"I know and im sorry, " bisik Aakiff dengan sepenuh hati.

**

Seperti tadi, Adwa kembali sepi.  Hanya merenung ke luar tingkap.  Aakiff tidak tahu bagaimana untuk menjernihkan suasana yang tegang antara mereka. Sejam kemudian,  mereka tiba di banglo milik keluarga Aakiff.  Adwa tetap tidak bersuara.

Puan Suraya menyambut mesra kedatangan anak menantunya.  Itulah kali pertama selepas kejadian itu,  senyuman hinggap di bibir Adwa.

Encik Abdullah turut sama untuk menyambuat ahli baru dalam keluarganya.  Aakiff merupakan anak bongsu keluarga mereka. Dan kini Aakiff satu-satunya anak mereka.

Puan Suraya memberi ruang kepada Adwa untuk berehat dan mengemas barang.  Adwa terus melangkah ke bilik milik Aakiff ditemani Aakiff.

Keadaan mereka masih tegang. 

Adwa mencapai tuala dari beg untuk mandi.  Namun belum sempat dia melangkah ke bilik air.  Aakiff menarik lengannya.

"Kau marah aku lagi? " soal Aakiff.  Adwa menghela nafas lemah.

"Kau ni memang tak sweet lansungkan?" Adwa tiba-tiba membidas membuatkan Aakiff terkejut.

"Itu je cara kau pujuk? " Adwa menyoal berpeluk tubuh.  Riak wajah Aakiff bertukar hairan.  Lama dia memandang Adwa . Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

"So kau dah tak marahkan aku lagi la ni? " soal Aakiff.

"Pernah ke aku marah kau teruk" Adwa kembali menyoal.  "Jangan buat lagi, " Adwa memberi amaran.

Aakiff tersengih.  Sedikit sebanyak hatinya lega walaupun perasaan bersalahnya masih ada.

Continue Reading

You'll Also Like

191K 7.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.2M 35.4K 59
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina ke...
619K 13.6K 63
#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwi...
321K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...