Don't Play with Her! [🔰]

Von HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... Mehr

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

Meet with 6 annoying guys?!

1.9K 158 93
Von HarruTsubasa05

"Kau Gempa, kan? "

Lelaki yang lengkap berpakaian sut hitam dan bercermin mata hitam tersebut berjalan menghampiri Gempa dengan pandangan yang datar dan dingin. Gempa mengenyitkan kedua belah matanya sambil merenung lelaki tersebut.

Dengan ragu-ragu Gempa menjawab, "Y-ya... Ya saya Gempa. Boleh saya tahu encik ini siapa? "

Lelaki tersebut tidak menjawab pertanyaan Gempa tadi. Gempa sendiri tidak pasti sama ada lelaki itu pekak ataupun dia tengah buat apa sebenarnya kerana sedari tadi dia berdiam diri. Dengan selambanya Gempa melambaikan tangannya di hadapan muka lelaki tadi.

"Encik? Encik pekak ya?"

Masih sahaja diam. Gempa menghela nafas lalu menghinjutkan bahunya hairan. Oleh kerana tidak mahu membuang masa, dengan selamba sahaja Gempa berlalu pergi meninggalkan lelaki tadi.

Namun baru sahaja beberapa langkah dia berjalan, tiba-tiba tangannya ditarik kuat lalu dibawa ke arah kereta.

"Argh-! Heey!! Lepaskan saya!! Encik! Apa yang encik cuba lakukan?! Lepaskan sayalah!!! " Dengan kasar Gempa cuba melepaskan diri dari ditarik oleh lelaki tadi. Situasi kian menjadi tegang dan hangat apabila Gempa terus menerus memberontak.

Lelaki yang sedang mengheret Gempa tadi mula rasa bengang lalu dengan pantas dia mengetuk belakang leher Gempa membuatkan gadis itu pengsan serta-merta. Tanpa membuang masa, lelaki itu terus mengangkat Gempa masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta. Tidak mengambil masa yang lama, kereta tersebut terus memecut laju meninggalkan orang-orang di kawasan tersebut terpinga-pinga dengan apa yang sudah terjadi sebentar tadi.

💖✨💖✨💖✨💖

"Urghh... Sstt... Sakitnya." Gempa sedikit meringis apabila merasakan belakang lehernya sakit bagai tulang tengkuknya dipatahkan. Dengan perlahan dan perit Gempa cuba mencelikkan matanya.

"Huhh... K-kat mana ni? " Gempa sedikit hairan dengan suasana sekitarnya. Kelihatan di situ ialah sebuah taman. Dan Gempa sedang duduk di bawah sebuah pokok yang redang.

"Baru bangun? " Suara seseorang yang menerpa masuk ke dalam indra pendengaran Gempa membuatkan Gempa sedikit terkejut. Dengan pantas Gempa mendongak dan irisnya terus bertembung dengan sepasang iris ruby dari atas.

Gempa menjengkilkan matanya geram.

"Siapa kau?! Apa yang kau nak?!" Gempa terus bangun dari duduknya dan menjeling lelaki di hadapannya dengan geram.

Tidak menjawab, lelaki itu hanya menghela nafas dan cermin mata hitam ditangannya dipakai olehnya semula. Lelaki itu menghampiri Gempa membuatkan Gempa sedikit terundur ke belakang kerana takut.

"Apa yang kau nak dari aku?! Aku tak kenal pun kau! "

"Ceh, kasar betul bahasa kau, eh? Tadi bukan main lembut pakai 'encik' bagai. " Lelaki itu berkata sinis.

Gempa mengetap giginya geram. "Aku takde masa untuk jaga tatasusila aku dengan orang asing yang menjadi ancaman untuk aku. Cepat cakap! Siapa kau dan apa yang kau nak?! "

Lelaki itu tertawa sinis. "Apa yang aku nak? Kalau aku nak kau mati macam mana? " Gempa terdiam seketika apabila dipersoalkan sedemikian rupa. Wajahnya mula pucat dan jantungnya mula berdegup kencang.

"A-apa?! " Gempa mula berpeluh dingin.

"Heh, tahu pun takut. Mulut kau tu memang tak boleh duduk diam, eh? Cakap tak henti-henti "

"Suka hati akulah! Mulut aku! Sekurangnya aku bayar insurans untuk mulut aku ni. Kau ada? " Kata-kata pedas Gempa sedikit sebanyak membuatkan lelaki tadi berdecih kesal.

"Sudah! Jangan buang masa aku! Apa yang kau nak dengan aku hah?! "

"Aku nak kau beritahu ayah kau supaya serahkan syarikat dia kepada aku. " Gempa kaku seketika sambil memaparkan reaksi wajah terkejut pada lelaki tersebut selepas mendengar permintaannya atau lebih tepat kedengaran seperti arahan.

Kedua belah tangan Gempa di genggam erat. "Apa hak kau nak ambil syarikat ayah aku, hah?! "

"Oh, takde apa. Sekadar ingin menunjukkan bahawa syarikat aku paling hebat di antara 6 syarikat yang hebat di bandar ni? "

"Cis! Kau rupanya orang yang tamak! Gila kuasa! Sudah, aku tak nak buang masa dengan orang macam kau. Baik kau hantar aku balik! " Gempa menundingkan jari telunjuknya ke arah lelaki tadi sambil memberi arahan yang seolah-olah memberi amaran juga.

Namun arahan Gempa hanya mendapat senyuman sinis dari lelaki tadi. "Kalau aku tak nak macam mana? "

Gempa semakin geram. "Oh... Kau tak nak, ya? Jaga kau! " Gempa mula melihat kawasan di sekitarnya. Dan dia dapati di kawasan berdekatannya ada batu-batu saiz sederhana kecil dan ranting-ranting kayu. Senyuman kejam terukir di bibir Gempa.

"Kau tak nak dengar arahan aku ya? " Gempa menjeling ke arah lelaki tadi. Dan dengan kadar kelajuan yang cepat, terus batu-batu kecil itu dikutipnya beserta ranting-ranting tersebut diambil lalu dibalingnya ke arah lelaki tadi tanpa sebarang belas kasihan. "NAH! MAKAN NI! MAKAN NI! JANTAN TAK GUNA!!! HANTAR AKU BALIK LAAAA!!! "

"Aduh! Aargh!! Wooii!! Tak guna punya perempuan!! Harap je cantik dan comel!! Woi! Aduh!! Setop woi setop!! "

"Hantar aku balik!! Sekaraaanngg!!! " Tangan Gempa masih aktif melempar-lempar ke arah lelaki tadi.

"Aarrghh!! Yelah! Yelah!! Dah la tu woi!! "

Mendengar persetujuan dari lelaki tersebut, secara automatik Gempa berhenti dari membaling. Terus terpancar wajah gembiranya. Dengan langkah yang cepat Gempa berjalan mendekati lelaki tersebut. "Betul ke?! Ok jom!! Hantar aku cepat!! "

Dengan cepat Gempa terus beredar dan keluar dari taman itu. Macam tahu-tahu je dia dekat mana pintu keluar dari taman tersebut. Lelaki tadi hanya mampu terpinga-pinga dengan apa yang terjadi pada dirinya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Ok, aku hantar kau dekat sini je. Dah, pergi balik sendiri. "

"Huh?! Weyh! Kejap-! " Belum sempat Gempa menghentikan lelaki tadi, kereta yang dinaiki Gempa terus memecut laju meninggalkan Gempa selepas meninggalkan Gempa di tepi jalan berdekatan dengan taman tadi.

"A-apa?! Heeeyy!! Ish! Tak guna punya jantan! Harap je muka hensem! " Gempa terkumat-kamit mengutuk (memuji) lelaki tadi sambil terus berjalan menuju ke bandar. Nasib baik ada papan tanda di sekitarnya jadi dia dapat mengikut petunjuk.

"Tsk! Apa lah nasib aku hari ni kena terlibat dalam situasi pelik-pelik? Haih... "

PIINN!
PIIINNN!!

Gempa terus menoleh ke belakang apabila dia terdengar suara hon kereta. Dan dia dapati, ada 3 buah kereta sedang menghampirinya. Merasakan bahawa dirinya yang menjadi sasaran 3 buah kereta tadi, Gempa pun terus membuka langkah seribu dan berlari tanpa menghiraukan bunyi hon dari kereta-kereta tersebut.

PPIINN!!
PIIINNN!!!
PINNN!

"Weeyyhh!! Apsal 3 kereta tu tiba-tiba kejar aku?! Apa pula dosa aku yang aku buat ni?!! " Gempa menangis dalam kekeliruan sambil meneruskan lariannya.

Namun tidak sampai beratus meter dia berlari, salah satu dari kereta tadi tiba-tiba berhenti di hadapan Gempa dan 2 kereta yang lain mula mengepung Gempa. Apabila dirinya sudah buntu untuk berlari ke arah mana, Gempa pun hanya diam sambil memerhatikan 3 buah kereta hitam tersebut.

Secara serentak, 3 buah kereta itu terbuka pintu belakangnya dan 3 orang jejaka keluar dengan pakaian yang sama tapi gaya dipakainya yang lain. Seorang berpakaian kemas tetapi tidak bertali leher. Seorang lagi tidak menutup leher dan bahagian dadanya terdedah sehingga menampakkan dada bidangnya. Dan seorang lagi berpakaian kemas tetapi entah kenapa di mata Gempa dia kelihatan seperti kebudak-budakan. 3 jejaka tersebut serentak berjalan menghampiri Gempa.

Gempa meneguk ludahnya kelat sembari menatap hairan ke arah 3 lelaki dewasa itu. "M-maaf.. B-boleh saya bantu encik sekalian..? " Dengan gugup dan berwaspada Gempa menyoalkan persoalan yang sekian lama berada di dalam benak fikirannya sebaik sahaja lelaki-lelaki tadi berhenti di hadapannya.

Salah seorang dari lelaki tadi membukakan cermin matanya dan menampakkan iris biru sapphirenya yang bersinar. Lelaki tadi membarikan seukir senyuman manis ke arah Gempa.

"Hi! Maaf tentang 'serangan' kami bertiga yang secara tiba-tiba ni. Cik ni Gempa, kan?"

Dengan gugup Gempa menganggukkan kepalanya. Lelaki tadi semakin mengembangkan senyumannya. "Nama saya, Taufan. Di sebelah kanan saya ialah Blaze dan di sebelah kiri saya ini pula ialah Thorn. Kami bertiga datang membawa permintaan kepada Cik Gempa. "

Berkerut kening Gempa apabila mendengar kata-kata lelaki bernama Taufan tadi. Gempa menatap satu per satu wajah 3 lelaki itu. Di sebelah Taufan iaitu lelaki yang bernama Blaze dan Thorn tadi pun membukakan cermin mata hitam mereka juga. Terserlah iris Blaze yang seperti warna api yang membara manakala Thorn yang berwarna hijau daun. Gempa kagum seketika memandang 3 jejaka yang berlainan warna iris di hadapannya itu.

"A-apa hajat encik bertiga untuk berjumpa dengan saya?"

"Wow, cara dia bercakap macam orang kuno lah! "Jejaka bernama Blaze tadi terjerit kagum selepas mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Gempa.

Taufan hanya terkekeh-kekeh manakala Gempa sekadar diam sahaja.

"Hahaha! Maaf! Maaf! Oh ya, tadi kau tanya kenapa kitorang nak jumpa kau, kan? Baiklah, biar kitorang straight to the point! Aku dan kawan-kawan aku ni nak kau bagitau ayah kau supaya dia serahkan syarikat dia kepada kitorang! "

Terlopong mulut Gempa selepas mendengar kata-kata Blaze tadi.

"Biar betul?! 2 kali 5 sama je dengan situasi aku jumpa Mamat tadi! " Desis hati Gempa dengan kesal.

"Kenapa saya harus berbuat demikian?! Saya tidak ada hak untuk mengarahkan ayah saya menyerahkan syarikatnya kepada encik sekalian! " Gempa menjawab dengan nada kesal.

Jejaka bernama Blaze tadi hanya memutarkan bola matanya. "Alah, kau cakap jelah dekat ayah kau yang lebih baik dia pencen saja. Dia pun dah tak lama juga, kan? "

"Apa kau cakap?! " Gempa mula marah apabila Blaze menyindir ayahnya. Dengan perasaan yang membara kemarahan Gempa mendekati Blaze lalu merenung lelaki itu tajam.

Terkedu seketika 3 lelaki tersebut sebaik sahaja melihat perubahan drastik dari Gempa. Masing-masing mendapatkan bodyguard mereka yang sudah siap sedia berada di belakang mereka.

Gempa merenung wajah 3 lelaki tadi satu per satu. "Dengar sini! Saya takkan sesekali benarkan ayah saya serahkan syarikatnya kepada encik bertiga atau pada sesiapa pun! Tidak kiralah apa motif kalian atau atas sebab apa mahukan syarikat ayah saya, tetapi saya tidak akan sesekali dengar permintaan mahupun arahan kalian bertiga! " Dengan tegas Gempa berkata sambil menunjukkan 3 lelaki tersebut.

Seolah-olah akur dengan arahan seorang ketua, dengan segera mereka bertiga menganggukkan kepala masing-masing kerana ketakutan. Mendapat respon yang memuaskan dari mereka bertiga, Gempa menghela nafas lega.

Namun tiba-tiba, salah seorang dari mereka iaitu Thorn berjalan mendekati Gempa. Gempa memandang ke arah lelaki tadi dengan pandangan hairan. "Ada apa? "

"Cik Gempa ni garang sangat. Jadi saya fikir mungkin saya boleh buat apa-apa untuk tenangkan kemarahan Cik Gempa? " Gempa menyepetkan matanya berang. "Dengar sini Encik Duri, saya tidak akan mengamuk sekiranya kalian bertiga tidak menyakiti hati saya. Jangan sesekali kejutkan harimau yang sedang tidur kalau anda tidak mahu diterkamnya! " Gempa seolah-olah memberikan amaran keras kepada lelaki tadi. Namun kelihatannya Thorn langsung tidak terkesan.

"Hahahah! Cik Gempa oi~ kalau kau cakap dengan Thorn pasal benda-benda macam tu dia takkan faham lah!"

"Huh?" Gempa menoleh ke arah Blaze yang sedang ketawa itu.

"Apa maksudnya? "

"Hehehe! Maksudnya ialah, jangan guna apa-apa perumpaan sebab Thorn mana faham benda tu semua. " Blaze menjawab soalan Gempa dengan berpeluk tubuh.

Gempa kembali mendongak memandang ke arah Thorn semula. Dan dengan jelas lelaki itu hanya terkebil-kebil memandang ke arah Gempa seperti tidak faham apa yang sedang diperkatakan oleh mereka. Gempa menghela nafas lelah. "Haih... Korang bertiga ni memang... Ugh! Sudahlah! Apa-apapun, saya tetap bersikeras tidak mahu dengar apa yang diarahkan oleh kalian bertiga. Oleh itu, jangan ganggu saya lagi."

Selesai berkata demikian, Gempa pun berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga dengan perasaan yang kesal. Taufan, Blaze dan Thorn hanya memandang pemergian Gempa dengan terkebil-kebil sahaja.

💖✨💖✨💖✨💖

"Haih... Apa lah nasib aku kena berdepan dengan situasi yang sama macam tadi? Hmmm... Tapi kenapa diorang nak ayah serahkan syarikat dia pada diorang? Aish... Ayah... Apa yang ayah buat sampai diorang jadikan Gempa sebagai sasaran ni? " Gempa sedikit merengek tidak puas hati. Kedua belah kakinya dihentak berkali-kali di atas jalan tanda protes.

Riinng!
Riiinnnngg!!

Bunyi deringan telefon membantutkan tingkah laku Gempa. Dengan cepat Gempa mendapatkan telefonnya yang berada di dalam poket skirtnya lalu dia menatap layar telefon tersebut.

"Ayah? Kenapa tiba-tiba call? " Desis hati Gempa tertanya-tanya. Dan tanpa membuang masa, dia pun terus menjawab panggilan tersebut.

"Helo, ayah? Kenapa ni? "

"Ha, Gempa. Ni ayah nak tanya. Untuk majlis malam ini kamu dah ada ke belum baju?"

"Baju? Kenapa ayah? " Gempa mula merasakan satu firasat lain macam selepas mendengar pertanyaan dari ayahnya dari hujung talian tersebut.

"Bukan apa, ni ha mak tiri kamu nak berikan hadiah baju untuk kamu untuk malam ni. Kamu ambillah, ya? "

Gempa dalam diam sedikit mendengus kesal sebelum sambung menjawab panggilan ayahnya. "Uhmm.. Ok ayah. " Dan selepas itu dia pun menamatkan panggilan.

"Cis, apa pula perempuan tua tu nak, huh? Tak boleh jadi ni... Mesti dia ada rancang sesuatu untuk kenakan aku." Gempa mengetap giginya geram.

"Ah! Abaikan dulu. Nanti aku akan belikan baju baru untuk diri sendiri. " Gempa menyimpan semula telefonnya dalam poket skirtnya lalu meneruskan perjalanannya menuju ke bandar.

Selepas beberapa minit berjalan akhirnya Gempa tiba di bandar. Iris emasnya mula melilau mencari sebuah mall yang berdekatan dengannya sehinggalah dia temui sebuah mall yang dicarinya. Dia berjalan menuju ke kawasan jejantas untuk menaikinya sehinggalah dia tiba di jejantas tersebut.

Dalam dia sedang menaiki tangga jejantas, dia bertembung dengan seorang lelaki yang sedang menuruni tangga jejantas. Pada awalnya Gempa tidak melakukan apa-apa sehinggalah lelaki tadi tiba-tiba tergelecek dari tangga jejantas dan terus menimpa Gempa.

"Huh?! Gyaaahh!! " Oleh kerana tidak sempat untuk mengelak, akhirnya Gempa dihempap oleh lelaki tadi di atasnya.

"Sstt... Aduuhh... " Gempa meringis kesakitan sambil menggosok di kepalanya apabila ia terhantuk di permukaan jalan. Mata Gempa menjeling ke arah lelaki tadi yang kini sedang baring di atas badannya. Kelihatannya lelaki itu tidak bergerak.

"Eh?! E-encik!! Bangun encik!!" Dengan panik Gempa cuba mengejutkan lelaki tadi dengan menggoyangkan badannya dengan kuat namun malangnya lelaki itu tidak memberi apa-apa tindak balas langsung!

"Jangan cakap yang dia pengsan kot?! Eh, entah-entah.. D-dia dah mati?!!" Gempa mula berkeringat dingin apabila segala perlakuannya langsung tidak memberikan apa-apa respon dari lelaki tadi.

Situasi makin teruk apabila Gempa kini menjadi tumpuan orang-orang yang lalu-lalang di sekitarnya. "Tsk! Apasal dengan lelaki ni?! " Gempa semakin geram. Dia cuba untuk menolak lelaki itu namun kekuatan wanita tidak sekuat kekuatan lelaki. Segala cubaannya terus gagal.

"Alahai... Ais ni tidur lagi ke? Cik? Cik ok?" Terdengar suara asing tiba-tiba datang menegur Gempa. Dengan sigap Gempa mendongakkan kepalanya lalu ternampak seorang jejaka yang bercermin mata kuning dari pandangan atasnya. "Cik perlukan bantuan? " Dengan senyuman ramah jejaka itu menghulurkan bantuan.

"A-ah.. Uhmm.. Ok. Terima kasih. " Gempa menerima huluran tersebut.

💖✨💖✨💖✨💖

"Tolong maafkan Ais, ya? By the way, nama saya Solar. Harap cik tak kisah dengan Ais yang tiba-tiba jatuh tadi. Dia memang selalu macam ni. " Jejaka bernama Solar tadi menggarukan belakang tengkuknya selepas selesai mengangkat Ais dan meletakkannya di pondok bas berdekatan dengan jejantas tadi.

Gempa membalas tatapan Solar sambil mengukirkan senyuman ramahnya. "Tak mengapa. Nama saya Gempa. Uhmm.. Encik Solar kenal ke Encik Ais ni? " Solar hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. "Kenal sangat. Dia ni CEO dalam salah satu dari 7 syarikat terkenal di sini. Cik Gempa boleh panggil saya Solar sahaja. Tak perlu terlalu formal. " Gempa semakin tersenyum apabila mengenali sifat Solar yang ternyata ramah baginya.

"Solar pun panggil sahaja saya Gempa. Saya tidak terlalu suka sangat formal semua. Lagipun saya hanya berasal dari kampung sahaja. " Solar menganggukkan kepalanya.

"Gempa orang baru ke dekat sini? Saya tak pernah nampak Gempa dekat sini. "

"Eh? Macam mana Solar tahu? " Baru sahaja Solar mahu menjawab, tiba-tiba jejaka bernama Ais tadi bergerak dan menggeliatkan badannya.

Ais menatap kedua manusia yang sedang berdiri di hadapannya sambil menatap kearahnya. "Hmm..? Ah, Solar. Kau nak serang aku lagi ke apa? " Soalan Ais mendapat kekekan tawa dari Solar.

"Heheh, serang kau depan 'target' aku? Memang tak lah. " Gempa sedikit berkerut keningnya sebaik sahaja dia mendengar perbualan antara Ais dan Solar tadi. Wajah Solar ditatapnya hairan.

Seolah-olah tahu apa yang sedang difikirkan oleh Gempa, Solar membalas semula tatapan tadi. "Maaf, Gempa. Tapi saya sebenarnya sedang memburu anda. " Membutang mata Gempa apabila mendengar kata-kata Solar yang lebih kepada kejujuran itu.

"Huh?! K-kenapa pula?! "

"Fwaahh~ macam yang kau lalui sebelum ini juga. Kami berdua memburu kau untuk mengarahkan kau supaya kau mengarahkan ayah kau untuk... "

"Untuk menyerahkan syarikat dia?" Belum sempat Ais menghabiskan kata-katanya, Gempa sudah memotongnya. Dan potongan dari Gempa itu mendapat anggukan balas dari Ais dan Solar.

Gempa mengetap giginya kesal. "Kenapa korang semua nak sangat syarikat ayah saya? Dan kenapa korang berdua mensasarkan saya? Saya orang baru di sini dan saya amat memerlukan keselesaan! Dan melalui apa yang saya lihat sepanjang permainan 'pemburuan' korang semua ini, saya tak rasa yang korang semua ini orang 'biasa-biasa'. " Gempa menjengkilkan matanya menatap wajah Solar dan Ais secara bergilir-gilir. Amarah di dalam dirinya semakin membuak-buak.

"Ah, kalau tentang itu nampaknya... Anda perlu menunggunya sehingga malam ini. Saya menantikan saat kita bertemu kembali, Gempa. " Dengan sinis Solar membalas kata-kata Gempa.

Selepas itu, dia pun terus beredar dari situ meninggalkan Ais dan Gempa bersama.

Tidak mengambil masa yang lama, Ais pun bangun untuk turut beredar. Namun sebelum dia meninggalkan Gempa, dia sempat berbisik pada gadis itu. "Kalau syarikat ayah kau yang kami tak dapat, berkemungkinan besar kami akan memburu kau juga. Jadi bersiap sedia ya? " Lalu Ais pun berlalu meninggalkan Gempa sendirian di pondok bas tersebut.

Memucat muka Gempa selepas mendengar apa yang barusan dia dengar. Bukan pucat kerana kata-kata Ais tadi, namun, "A-aku akan berjumpa semula dengan 6 lelaki tu?! Eiii!! Menyampah!! Tak hadaplah nak jumpa diorang balik!! " Gempa pun terus beredar dari pondok bas itu sambil menghentakkan kakinya apabila sedang berjalan.

Kini, semua orang menantikan saat-saat malam majlis yang besar-besaran pada malam ini. Oh, kecuali Gempa.









TBC(?)

Continue or stop? 😆 Maaf kalau tak best untuk pertemuan diorang kali ini dan seperti yang korang harapkan, akhirnya Gempa bertemu dengan 6 lelaki yang menjengkelkan baginya. 😂
.
Hmm... Agak-agak korang nak ada pair tak dalam ni? Siapa bersama Gempa atau... All x Gempa? 😉
.
Nantikan next chap~

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

8K 689 47
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
5.2K 281 27
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
21.1K 436 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
589 84 9
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...