Sayap Sebelah

Galing kay Naureliaa__

262K 5.3K 704

Setiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam... Higit pa

prolog
cast
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46

BAB 5

8.4K 146 7
Galing kay Naureliaa__

"Sarah biar betul." Aril agak terkejut akan berita pertemuan antara Sarah dengan Farisya.

"Iya abang, Sarah sendiri tak sangka akan berjumpa dengan Farisya tu. Tapi.." tergantung kata-kata Sarah seketika.

"Tapi.." Aril setia menanti kata-kata seterusnya. Berdebar-debar dada Aril seperti dapat merasakan ada sesuatu yang tidak enak telah berlaku.

"Farisya dah lain tak sama macam dulu. Dia betul-betul lain." Ada nada sedikit kecewa di hujung katanya.

Kecewa akan perubahan yang telah berlaku dalam diri Farisya.

Aril hanya mampu melepaskan keluhanya sahaja.

"Ayu dengan Farisya bergaduh." Berkerut dahi Aril apabila mendengar berita itu.

"Macam mana mereka boleh bergaduh?" Aril ingin tahu punca pergaduhan itu. Pasti Fahmi juga tahu akan berita ini. Kebetulan waktu itu Aril dalam tugasan yang menghalang dirinya untuk ikut serta pernikahan antara Khairul dengan Ayu.

Malah, Farisya sewaktu di zaman sekolah sememangnya seorang yang sangat pendiam dan keseorangan tapi macam mana mereka boleh bergaduh sedangkan mereka tidak bertegur sapa. Hairan.

"Entah lah abang, benda tu berlaku secara tiba-tiba. Ayu pun teruk masa tu sebab kena simbah air dengan Farisya. Kalau Sarah memang dah rasa malu gila masa tu." Sarah juga hairan akan perubahan yang berlaku terhadap Farisya sedangkan gadis itu dahulu sangat lurus dan naif.

Aril secara tiba-tiba teringat akan amaran Farisya terhadapnya. Adakah gadis itu sudah tahu dia ingin bertunang dengan gadis dihadapannya ini.

Sewaktu ketika dahulu, hanya dia sahaja yang sangat rapat dengan Farisya. Selepas dia sambung belajar dalam bidang perubatan secara tak lamgsung persahabatan itu sudah terputus hubungan dengan gadis itu malah sebelum dia terbang juga hubungan dia dengan Farisya dingin. Tapi apa puncanya. Perkara lama dan tidak penting malas untuk dia ambil pusing.

Dia risau akan majlis pertunangannya bersama Sarah akan terganggu juga. Tangannya dimasukkan kedalam poket kot putih seragam doktor.

"Sayang, Farisya ada cakap apa-apa dengan sayang tak?" Tanya Aril.

"Tak ada. Kenapa abang?" Hairan Sarah dengan pertanyaan Aril. Seperti ada sesuatu yang pelik. Namun hatinya hanya berfikir positif sahaja.
Sarah sangat sayang akan hubungannya dengan Aril. Baginya Aril adalah segalanya.

Aril sedikit lega kerana khuatir Farisya ada berkata sesuatu kepada buah hatinya. Kejadian pada malam itu Aril cuba untuk lupakan. Pada masa yang sama dia masih terkejut akan tindakan berani gadis itu.

"Doktor Aril. Ini rekod persakit yang nak di bedah sekejap lagi." Sampuk nurse berbangsa cina itu sambil menghulurkan fail laporan pesakit kepadanya.

"Terima kasih Sandy." Ucap Aril kepada Sandy sambil memandang sekilas tag nama wanita cina dengan berpakaian seragam berwarna biru navy gadis itu.

Sandy hanya membalas senyuman kecil kepada 2 orang doktor muda dihadapannya ini.

"Ok lah Sarah. Abang pergi dulu." Ucap Aril sebelum meninggalkan Sarah di meja pertanyaan di koridor hospital itu.

"Ok abang." Dia hanya menghantar pandangan kearah Aril yang sudah pun pergi.

Sarah hanya mengeluh perlahan sebelum mengorak langkah mulakan kerja sebagai doktor pakar bedah.

Staf di hospital ini sememangnya sudah tahu akan hubungan mereka sebenarnya. Maka dia tidak berasa hairan akan pandangan staf di sini.

----------------------

Laju sahaja Ferrari California Farisya membelah jalan kota bandar tersohor ini. Didalam kereta hanya radio sahaja yang berkumandang. Apa yang DJ celotehkan bagaiakan angin lalu.

"Farisya kita singgah rumah nenda dulu ea. Sebab alang-alang kita dah lalu sini." Ujar Zahra memecah kesunyian.

Farisya hanya mendiamkan diri sahaja. Tiada kata putus sama ada ya mahupun tidak.

Zahra yang melepaskan keluhan apabila melihat respon Farisya sedemikian.

"Kau bergaduh lagi ke dengan abang kau tu." Teka Zahra. Bukan dia tidak tahu yang Farisya sekarang mula tunjuk sikap memberontak dan perangai sebenarnya. Malah sangat berbeza dengan Farisya yang dulu.

"Hmm." Lalu melepaskan keluhan kecil.

"Bukan tu je yang aku gaduhkan. Masalah lain sebab aku buat kecoh dekat majlis nikah anak kawan nenda." Terang Farisya tanpa berselindung.

"And then?" Zahra agak terkejut akan kenyataan itu.

"Then aku pun dah 4 hari tak balik villa." Balas Farisya dengan riak biasa bagaikan tiada apa yang sedang berlaku.

"Aku buat masa sekarang stay dekat rumah Amy dulu baru aku pindah masuk dekat rumah aku sendiri." Terang Farisya kepada Zahra. Zahra bagaikan tidak percaya akan tindakan Farisya yang tidak mengambil peduli langsung akan masalah yang sedang dihadapinya ini.

Zahra sukar untuk mentafsir apa yang sedang bermain di fikiran Farisya itu sendiri.

Setiba sampai ke Villa agam Hanum. Pantas Zahra keluar dari perut kereta lalu memandang Farisya yang masih kaku di dalam keretanya.

"Farisya." Panggil Zahra sambil memandang tajam kearah Farisya yang selamba.

"Okay fine. Kau kena ingat Zahra, aku buat semua ni sebab kau. Aumm" Ujar Farisya keras namun masih terselit ketawa Dia amat sayang hubungan persahabatan antara mereka.

"Aumm!? Kau nampak ni perempuan." Balas Zahra sambil menunjukkan penumbuk epalnya. Tergelak dia dengan perangai gila Farisya. Fikir dia songsang macam Farisya.

"Assalammualaikum, nenda." laung Zahra.

"Waalaikummussalam, ehh. Ya Allah, Zahra cucu nenda dah balik. Bila sampai sini?" Teruja wanita separuh abad itu melihat kepulangan cucu angkatnya. Walaupun Zahra dan Hanum tiada pertalian darah namun hubungan mereka amat mesra.

Hanum masih tidak perasan akan kehadiran Farisya di situ juga.

"Erm, dalam tengah hari tadi." Balas  Zahra manja.

"Ini siapa yang jemput." Tanya Hanum kepada Zahra.

"Emm. Farisya yang datang ambil Zahra dekat KLIA tadi. Yelah Zahra balik pun mengejut. Umi dengan abah pun tak tahu Zahra balik ni." Terang Zahra.

"Farisya?" Hanum agak terkejut terus memandang cucu perempuannya yang berwajah selamba itu.

------------------------

Kedinginan malam itu tidak sedingin situasi yang sedang berlaku sekarang.
Fahmi dan Hanum memerhatikan wajah Farisya yang biasa tiada apa yang berlaku. Zahra pula risau akan situasi sekarang.

"Nenda sangat kecewa dengan Farisya." Luah Hanum namun pandangannya tajam menikam mata Farisya.

"So, nenda nak Farisya buat apa untuk untuk tutup kecewa nenda." Bidas Farisya dengan rasa tidak serba salah tanpa memandang Hanum.

"Farisya! Kenapa dengan Farisya ni makin biadap. Nenda dengan abang tak pernah ajar adik jadi macam ni." Keras suara Fahmi memarahi adiknya itu. Dia agak terkejut akan kepulangan adiknya bersama Zahra.

Jika diikutkan hati, masa dia tahu kepulangan adiknya di rumah agam ini juga dia ingin menegur sikap adiknya itu. Namun Hanum lebih pantas menahan. Kerana tidak mahu keruhkan keadaan.

Farisya hanya melemparkan wajah riak wajah selamba menaikkan amarah dalam diri Fahmi.

"Mana kau pergi selama 4 hari lepas kau buat perangai dekat majlis pernikahan Ayu haritu." Sungguh geram dengan perangai Farisya yang hanya mendiamkan dirinya itu.

"Farisya..." dikeraskan nada suara.

"Fahmi jangan terlalu keras." Tegur Hanum dia tidak mahu dua beradik ini berpecah belah. Perangai keras kepala Farisya ini perlu berlembut jika tidak pasti akan memberontak.

"Huhh. Bukan masalah abang pun." Farisya memberikan jelingan tajam kepada Fahmi. Muak dengan perangai abangnya yang suka kawal hidupnya.

"Memang bukan masalah abang tapi masa tu nenda hampir pitam bila dengar adik buat macam tu." Lantang Fahmi. Zahra yang berada disitu hanya mampu memerhatikan pertengkaran dua beradik itu. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan itu.

"So." Perkataan itu cukup buat Fahmi meletuskan amarahnya. Semarah Fahmi dia masih tahu kawal diri. Tidam sesekali dia akan menaikkan tangan keatas satu-satu adiknya itu.

"Nenda tak tahulah apa masalah Farisya dengan Ayu tu. Nenda sungguh malu dengan Datin Mawar dengan sikap Sya." Betapa malunya Hanum perlu berhadapan dengan Datin Mawar yang dingin dengannya itu. Siapa yang tidak marah saat hari bahagia anaknya menjadi kecoh sebegitu rupa.

"Muka macam dia memang layak kena. Please lah nenda jangan nak jadi hipokrit!" Sinis Farisya balas. Mana tidaknya, perkataan malu itu lebih kepada reputasi syarikat semata-mata.

"How could you. Itu nenda tau." Sampuk Zahra. Dia tidak mampu untuk melihat pertengkaran ini terus-berterusan. Lagi pula kata-kata sebentar tadi Farisya agak biadap.

"Buat apa aku nak jaga hati orang kalau orang dekat dalam rumah ni pun bukan jaga aku pun. Aku muak lah." Naik seoktaf suara Farisya.

"Farisya, kau jangan macam ni boleh tak." Tegur Zahra.

"Aku takkan jadi macam ni kalau orang dalam rumah ni tak terus kongkong aku." Luah Farisya. Cukup penat dia pendam. Masing-masing agak terkejut dengan luahannya itu.

Lantas Farisya keluar daripada rumah agam yang dianggap neraka itu.

"Farisya! Nak pergi mana tu!!." Jerit Hanum sambil mengejar cucu perempuannya itu. Tidak lama kemudian pandangannya menjadi kelam.

"NENDA!!"

------------------------

Aril memandang kiri dan kanan melihat manusia yang leka sebelum masuk kedalam rumah Syaitan itu. Sungguh bingit dia rasakan dan sakit matanya melihat lelaki dan perempuan yang tidak segan silu menari berkinja-kinja tanpa memikirkan batas mereka. Cukuplah penghuni didalam itu berpakaian separa bogel. Sungguh menjolok matanya.

Bagaimana mereka boleh hidup dengan keadaan sebegitu rupa. Berhimpit. Berpeluk dengan manusia asing.

Pantas matanya mencari kelibat seseorang semua ini atas permintaan yang dia kena tunaikan seminggu yang lalu. Aril dan Fahmi ibarat orang gila kesana kesini mencari si dia tidak kurang juga Zahra turut membantu mencari. Tajam matanya menikam kelibat gadis itu.

Gadis itu leka menogak minuman syaitan itu dengan rakus. Kepala gadis itu tersengguk-sengguk.

Aril dengan bengang menarik tangan halus itu mengikutnya keluar dari tempat neraka itu.

"Hei! Lepaslah." Gadis itu merentap tangannya daripada genggaman tangan Aril.

"Kau memang sialkan. Kau siapa nak halang aku hah!" Merah padam muka gadis itu sememangnya sedang menahan amarahnya meletus.

"Kau ingat aku nak sangat ke layan perangai kau yang tak semegah ni Farisya." Keras nada suara Aril. Sudahlah dia terpaksa masuk kedalan tempat neraka itu semata-mata ini semua Fahmi ingin pertolongan daripadanya supaya mencari Farisya yang telah melarikan rumah selama seminggu. Sudah lah Hanum kini ditahan wad.

Pasti kecoh keluarga besar itu.
Sakit matanya melihat permakaian Farisya itu. Sudah berapa ramai jantan-jantam diluar sana menatap free tubuh itu.

"Kalau kau tak nak layan kenapa kau still sibuk dalam hidup aku!" Lantang suara Farisya memarahi Aril. Dia tidak kisah akan sekeliling sedang melihat pergaduhan mereka.

"Hey Farisya, aku buat benda nj sebab abang kau yang minta tolong aku. Tak adanya aku nak layan perangai kau." Geram sungguh dengan perangai Farisya yang menjadi-jadi sekarang ini.

"Kau tak payah layan lah permintaan abang aku tu. Sekarang kau dah boleh blah." Lantas Farisya memalingkan tubuhnya menuju ke tempat letaknya keretanya. Moodnya untuk berseronok sudah hancur akibat kemunculan Aril. Sudahlah Amylia tidak ada di Malaysia ada fashion show di Itali.

Aril melihat gadis itu ingin pergi terus dia bersuara. "Farisya..." luntur tidak sekeras tadi. Namun Farisya masih tidak mengendahkan dirinya terus melangkah.

"Nenda masuk hospital." Sambung Aril menyebabkan Farisya berhenti daripada terus melangkah.

"What!" Hampir terjerit Farisya apabila mendengar berita tentang Hanum.

----------------------------

Pulang dari hospital dia terus duduk disitu dan terus termenung.

Farisya masih duduk tepi kolam dibiarkan kakinya merasakan kedinginan air di kolam renang itu.

Fahmi hanya memerhatikan Farisya yang duduk termenung di kolam setelah pulang daripada melawat Hanum di Hospital.

Fahmi mengambil tempat di sebelah adiknya. Namun Farisya tidak memberikan sebarang reaksi.

"Adik, betul ke benda semua ni. Tapi kenapa adik?" Fahmi memecahkan kesunyian diantara mereka. Fahmi menghulurkan sampul berwarna cokelat bersaiz besar sederhana kepada Farisya. Adiknya memandang kosong sebelum dia ambil daripada abangnya lalu di buka untuk melihat isinya.

"Abang. Inii..." Farisya agak terkedu apabila melihat adengan panasnya bersama Amylia diambil gambar.

Rahsianya disimpan dengan cukup kemas telah pecah tembelangnya tidak sampai setahun. Abangnya sangat licik.

"Apa adik. Sanggup adik cemarkan diri adik dengan perkara songsang." Luah Fahmi dengan nada cukup kecewa.

"Habis abang nak adik buat apa sekarang?" Soal Farisya matanya masih tertumpu pada gambar miliknya itu.

"Berhenti daripada benda semua tu." Ujar Fahmi.

"Huh, abang buat lawak ke. Amylia sebahagian daripada hidup adik sekarang. Dia dah bagi adik kebahagian." Terang Farisya sambil ketawa kecil.

"Kebahagian? Dengan kaum sejenis." Sinis Fahmi membalas kata-kata adiknya. Gilakah manusia boleh hidup bahagia dalam perhubungan songsang.

"Why not. Abang jangan sesekali nak masuk campur dalam hidup Farisya. Sya dah besar  dan ada hala tuju hidup sendiri bukannya terus hidup dalam kepompong abang atau nenda." Farisya meluahkan isi hatinya yang cukup lama dia pendam. Dia tidak mahu menjadi dirinya yang dahulu. Dibuang orang malah orang mahu ambil kesempatan dalam dirinya sahaja.

Lantas Farisya keluar dari kolam dan masuk kedalam villa. Dirinya tak betah duduk dengan abangnya lama-lama.

Johan yang baru turun dari atas menegur Farisya yang raut wajahnya tegang apabila berselisih

"Hey Farisya dah lama tak nampak kau.." Sapaan Johan bagaikan angin yang lalu.

Bumm!

'Gaduh lagi. Nasiblah nenda ada cucu perempuan seorang je.' Getus hati Johan.

"Wey Fahmi, aku gerak dulu ar. Apa-apa perkembangan tentang nenda jangan lupa inform dekat aku." Pesan Johan kepada Fahmi. Memandangkan sudah seminggu dia berkampung di Kuala Lumpur sebelum dia kembali ke Melaka untuk bertugas.

"Baik, nanti apa-apa aku inform balik dekat kau." Bahu Johan Fahmi tepuk perlahan.

2048 Words

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

42.4K 2.9K 55
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
818K 84.1K 71
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
1.1M 39.6K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...
235K 12.2K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...