Bila Kuli Jadi Artis

Da ayennn_99

10.3K 322 10

Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gad... Altro

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35

Bab 6

313 10 0
Da ayennn_99

Sudah sebulan Ervin menjadi pengurus di Pizza Star,Kota Tinggi.Sepanjang tempoh pemuda itu berkerja disitu,Yuri cuma arif mengenai satu hal saja tentang dirinya.Daniel Ervin,jejaka paling kacak dan menjadi kegilaan kebanyakkan staf dalam Pizza Star suka sangat cari pasal dengan Yuri!.Satu hari kalau Ervin tidak menyakat atau membuat Yuri naik marah,itu maknanya dia buang tebiat.Yuri pulak memang tidak boleh buat tidak tahu dengan semua usikannya. Semakin galak dia mengusik,semakin cepat Yuri naik darah!.

“Yuri,jom teman saya kira stok dalam freezer.” Belum sempat Yuri memakai apron,suara Ervin menyapa pendengarannya.Yuri memandang Ervin yang sedang tersenyum lebar ke arahnya sekilas sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star.

Punyalah ramai staf Pizza Star,mengapa Yuri  yang menjadi mangsa untuk menemaninya mengira stok.Malas Yuri nak layan!.Yuri buat bodoh sebelum berlalu ke tandas sebaik  selesai punchcard.Sejak peristiwa ditegur oleh Ervin kali lepas,Yuri memakai atau menanggal apron dan vest dalam tandas.Takut juga jika pakaiannya terselak di khalayak umum seperti kata Farah.Selesai memperkemaskan diri,Yuri keluar daripada tandas.Satu keluhan besar terbit daripada bibirnya apabila terpandangkan seraut wajah tampan itu sedia menunggu di hadapan tandas.Dia ini tiada kerja hendak dibuat ke? Sampai hendak menunggu di hadapan tandas bagai.Hendak mengintai ke apa?.Sekali lagi Yuri buat muka selamba dan cuba melangkah menjauhinya.

“Hish,dia ni asyik buat tak nampak kita jelah.Geram betul!” Ervin membebel sambil mengekori langkah gadis itu.

Ervingeram dengan Yuri?.Lantaklah.Malas Yuri hendak layan.Baru saja Yuri ingin meneruskan langkah untuk membersihkan sebuah meja yang kotor dengan sisa makanan,Yuri terasa vestnya ditarik dari arah belakang.Langkahnya terhenti dan Yuri mendongkol geram. Ada juga yang kena flying kick kejap lagi ni!.

“Bos ni dah kenapa? Nak main tarik tarik vest saya pulak!” Suara Yuri meninggi dan dia bersemuka dengan Ervin.

Ervin langsung tidak takut dengan kemarahan gadis comel itu.Malahan dia boleh tergelak kecil.Yuri menahan sabar seraya membetulkan vest yang molek terletak pada badan.Mujurlah Ervin hanya menarik vest.Jika dia menarik kemeja atau apron hingga terlucut daripada tempat sepatutnya,memang Yuri bagi satu penampar percuma pada wajah kacak itu.

“Em,saya tarik vest awak sebab ada kelemumurlah.” Yuri terdiam dan terkedu.Ervin mendekati dan dengan selamba meletakkan tangan kanannya pada bahu Yuri ,menguis-nguis perlahan,seolah olah membuang habuk di situ.

Berderau darah Yuri bila Ervin berada begitu dekat.Bos dia ini meroyan ke apa? Dia ingat ini iklan syampu dalam televisyen ke? Segera saja Yuri menepis tangan majikannya itu dan dia sendiri membelek vest di kawasan bahunya.Tiada sebarang habuk pun.Biar betul rambutnya ada kelemumur?.Yuri menjaga rambut dengan baik selama ini.Beberapa ketika Ervin memandang Yuri pelik sebelum tawanya meletus membingitkan suasana.

“Alahai,awak ni Yuri.Percaya saja temberang saya.Muka tu blur je.Comel betullah.” Sakat Ervin tidak sudah.Naif betul gadis dihadapannya itu.

Blur?Comel?Tengkorak dia! Yuri hanya mampu menggigit bibir memerhatikan perilaku Ervin.Wajahnya yang putih bersih itu merona merah kerana gelak yang berlebihan. Beberapa pengunjung restoran yang duduk berdekatan dengan kawasan mereka berdiri turut sama tergelak melihat telatah Ervin.Memang tidak tahu malu betul!.

“Suka hati awaklah Encik Daniel Ervin nak cakap apa pun.Saya malas nak melayan.” Yuri terus menuju ke arah meja kotor tadi dan memulakan tugas.Meletakkan sisa makanan dalam satu bekas sebelum menyusunkan pinggan mangkuk agar bertingkat.Senang untuk diangkat.Kutleri diletakkan dalam satu mangkuk dan gelas disusun di atas satu dulang plastik hitam.

“Sukanya hati bila dengar awak panggil nama penuh saya.Tapi,panggilan encik tu buang sajalah.Nama saya memang sedap,Daniel Ervin.Saya lebih suka kalau awak panggil saya Ervin.” Ervin mula merepek bagai mak nenek seraya menolong Yuri mengangkat semua pinggan mangkuk yang Yuri susun untuk dihantar ke tempat membasuh pinggan.Yuri memekakkan telinga dan meneruskan kerja umpama Ervin tiada di sisi.

“Em,ke awak nak panggil saya abang dan saya panggil awak sayang?” Hampir terlepas dulang gelas dibawa menggunakan tangan itu ke lantai.Mujur,tidak terjatuh!.Bengong betullah Ervin ni!.

“Bos boleh tolong diam tak?.Ayik membebel,merepek dan meraban daripada tadi.Bos nak saya gunting mulut bos tu ke?!” Sekali lagi Yuri meninggikan suara sambil menghentakkan dulang gelas di atas bar,tempat membuat air dan membasuh gelas.Melampiaskan rasa marah.Yuri menatap Ervin dengan renungan maut dan pemuda itu buat muka selamba.Lagi Yuri marah,lagi Ervin suka! Hobinya sekarang hanya satu,menyakat Mayurie Rosella!

“Buat apa nak gunting mulut saya.Cacat saya nanti.Kalau awak nak cium,boleh je.Saya sudi hadiahkan mulut saya dengan senang hati.” Ervin tersenyum nakal seraya melayangkan jari telunjuknya pada bibirnya sendiri.Sengaja menggoda gadis dihadapannya.Yuri sekadar tersenyum jengkel.

“Gatal,miang,merenyam!.Benci betullah!” Yuri tidak dapat menahan geram.Selamba badak  Yuri mengata majikannya.

“Jangan benci,nanti jatuh hati.” Ervin tidak mahu kalah.

Ya Allah,dia ini kalau tidak menjawab tidak sah agaknya.Kalau Yuri pegang sebilah pisau saat itu,memang Yuri potong lidah dia.Biar dia bisu terus!.Yuri mengalah,malas bertekak lagi.Semua staf  Pizza Star yang melihat aksi Yuri dengan Ervin tersengih tidak tentu pasal.Jadi lebih baik Yuri mendiamkan diri.Kebelakangan ini,Kak Ima,Farah dan Ika sering mengusik dengan mengatakan yang Ervin ada hati dengan Yuri.Dia yang serba sempurna di mata Yuri kecuali kurang kerana otaknya yang agak biul itu boleh jatuh hati pada kuli sepertinya?. Mimpi sajalah.Yuri langsung tidak memasang impian seperti itu.Yuri sentiasa sedar diri dan tidak mahu berangan di siang hari.

Mereka semua beranggapan Ervin suka pada Yuri kerana majikan mereka sangat suka mengusik Yuri.Suka mengusik bukan bermakna pemuda itu cintakan dirinya.Kadang kala hubungan antara adik beradik dan kawan baik adalah seperti hubungan Yuri dengan Ervin.Selalu bergaduh,menyakat dan bermasam muka.Macam Yuri dengan Firdaus.Tapi,Yuri bukan adik Ervin pun!.Yuri rasa Ervin betul betul menganggap Yuri sebagai sahabatnya.Jadi,sebab itulah dia gemar benar menyakat.

“Ya Allah,sayang berangan apa ni?”  Hampir terlucut jantung Yuri apbila merasakan tangan Ervin melekap di atas kepala.Pemuda itu mengusap kepalanya lembut.Ervin memandang Yuri pelik dan senyumannya tidak seceria tadi.Apa yang difikirkan gadis itu? Sepanjang bekerja bersama Yuri,Ervin dapat menafsirkan yang Yuri seorang gadis yang banyak memendam rasa.

“Bos,boleh tak jangan sesuka hati nak sentuh saya? Saya potong tangan bos nanti!” Sekali lagi Yuri terjerit kemarahan dan kali ini dia tidak tergelak.Ervin mencebik bibir memandang Yuri sebelum menunjukkan tangan kanannya yang molek berbalut dengan sarung tangan plastik berwarna putih.

“Alah,saya sentuh guna sarung tangan.Berlapik.Jangan nak salahkan saya pulak.Siapa suruh awak diam bila saya panggil.Berangan je kerja dia.” Ervin menggumam kecil seraya memotong lemon dengan sebilah pisau menjadi hirisan kecil.Langsung dia tidak memandang Yuri.Macam marah saja.Yuri terpempam seketika.Betul ke Yuri berangan? Mengapa Yuri boleh tidak sedar yang dia memanggil Yuri atau dia sedang memotong lemom sedari tadi?.

“Amboi,ramai yang jadi bartender hari ini.Senanglah kerja akak.” Sapaan Kak Ifa atau nama sebenarnya SharIfah menyedarkan Yuri daripada terus mengelamun.Baru Yuri tersedar yang dia sudah habis membasuh semua gelas kotor dan Ervin selesai memotong lemon,limau nipis dan limau kasturi kepada hirisan kecil untuk digunakan sebagai hiasan minuman.Sepatutnya hari itu Yuri bertugas sebagai servis dan bukannya bartender.

Jadual Pizza Star membahagikan semua stafnya kepada tugas tertentu.Satu shift,akan melibatkan seorang pengurus bertugas,sama ada Ervin,Mak Ngah atau Kak Ayu.Bahagian depan atau dalam bahasa inggerisnya,Front of House (F.O.H) melibatkan empat orang staf servis yang berperanan mengambil oder pelanggan dan membersihkan meja.Seorang bartender yang bertugas menyediakan air dan membasuh gelas juga seorang penyambut tetamu yang berdiri di muka pintu menyambut tetamu yang hadir dan mempromosikan menu.

Sementara staf bahagian dapur atau Back Of House (B.O.H) melibatkan dua orang pembuat pizza.Seorang pembuat pasta dan makanan sampingan yang lain.Seorang pemotong pizza dan seorang pembasuh pinggan.Seorang rider yang bertugas selaku penghantar pizza juga bertugas di bahagian dapur.Shift pagi akan bermula pada pukul lapan pagi hingga empat petang manakala shift petang akan bermula daripada pukul empat hingga dua belas malam. Hari ini Yuri dan Ervin berkerja shift malam.Begitu juga dengan Kak Ifa.

“Takdelah kak.Pelanggan tak ramai hari ni.Sebab tu saya dengan Yuri tolong bersihkan apa yang patut dekat bar ini.” Ervin menjawab seraya melemparkan senyuman ikhlas pada Kak Ifa.Yuri yang melihat terpegun seketika.Suka sangat bila melihat Ervin tersenyum sebegitu. Bukan senyum untuk menyakat Yuri! Ervin baik hati dan hormat staf bawahannya yang lebih tua.

“Terima kasihlah Vin,Yuri.” Kak Ifa yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak itu menjawab lembut.Selang beberapa minit,Yuri dan Ervin keluar daripada bar untuk memberi ruang kepada Kak Ifa melakukan kerjanya.Yuri berdiri di satu sudut seraya menunggu mana mana pelanggan yang memerlukan khidmat.Ervin menghampiri dan berdiri di sisi Yuri.

“Yuri,jomlah...” Ervin merengek kecil.Suara manja yang sengaja dibuat buat.

“Nak pergi mana?” Yuri bertanya malas.Tiada hati untuk menguatkan suara lagi.

“Jom teman saya kira stok dalam freezer.Saya bukan sengaja nak ajak awak.Cuma awak jelah yang tahu bab kira mengira stok ni jika hendak dibandingkan dengan staf lain.Tolong saya ya?”

Alahai,suaranya seperti merayu.Macam tidak boleh kira stok bersendirian sahaja.Miss Fatin sebelum ini jarang sekali meminta pertolongan mana-mana staf untuk mengira barang dalam freezer walaupun Yuri pandai dalam hal tersebut.Terkebil kebil mata tajam Ervin memandang Yuri. Pandai betul minta simpati.Yuri hendak menolak pun tidak sampai hati.

“Yalah.Jom.” Jawapan Yuri jelas menyebabkan Ervin tersenyum hingga ke telinga.Godaannya berjaya!

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

60.5K 2.7K 30
Hantu itu adalah syaitan dan iblis. Ditugaskan untuk menakutkan manusia. Memesongkan akidah manusia. Supaya kita takut pada hantu dan bukan pada Alla...
5.8K 630 29
Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, mereka semua menikmati cuti selama tiga bulan...
6.9K 606 20
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
169K 2.9K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...