Bab 25

241 8 0
                                    

Akibat demam yang agak tinggi,Ervin mengambil cuti selama dua hari.Selama dua hari dia bercuti,Yurilah yang menjadi mangsa untuk menyediakan bubur dan menyuapkan dia makan sebaik pulang kerja.Datin Kasma dan Farhanah seolah-olah langsung tidak mempedulikan hal Ervin.Walhal saja ingin membiarkan pasangan itu menyemai kasih dalam pantauan mereka.

Ima dan Farah yang selalu terlihat kerenah nakal dan manja Ervin terhadap Yuri semakin kuat mengatakan  yang mereka berdua amat sesuai bersama.Dan Yuri terpaksalah menahan malu atas semua usikan dua sahabatnya itu.Kadang-kadang Yuri berasa senang hati dengan kata-kata mereka itu.Sesuai ke kalau dia jadi teman wanita Daniel Ervin?

Wajah comel Ace yang terpampang di kaca televisyen menarik perhatian Yuri.Dia sedang dikerumuni ribuan peminat yang menyambutnya di Lapangan Terbang Incheon Korea.Setahu Yuri,Ace dalam proses melangsungkan konsert jelajah Asia.Dia sentiasa mempamerkan senyuman manis dan melambai lambaikan tangan kepada para peminat yang terjerit-jerit melaungkan namanya.

Alangkah bagusnya kalau dia ada banyak duit.Bolehlah dia pergi ke konsert Ace.Yalah tiket konsert artis terkenal seperti Ace bukannya murah.Paling murah pun RM400.Hampir setengah bulan gaji Yuri.Jangan haraplah  Yuri akan menghabiskan duit sebanyak itu sekadar untuk membeli sekeping tiket konsert.Ace pernah beberapa kali berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan konsert.Namun,Yuri memang tidak pernah sekali pun menghadiri konsertnya.Memanglah dia tidak layak untuk digelar peminat fantatik Ace.

Sedang Yuri khusyuk mendengar butir bicara Ace yang sedang ditemu ramah oleh beberapa orang wartawan daripada pelbagai negara,dia terdengar bunyi seseorang memberi salam.Takkanlah Datin Kasma dan Nana sudah pulang.Baru sebentar tadi dua beranak itu keluar daripada rumah atas tugasan masing-masing.Ervin,Kak Ima dan Farah pula bekerja shift petang di Pizza Star.Tinggallah Yuri bersama bibik di banglo itu sebaik saja Ervin menghantar Yuri pulang daripada kerja shift pagi.Sekarang memang tabiat Ervin untuk menghantar dan menjemput dia pulang walaupun mereka bekerja berlainan shift.

Yuri sedikit melopong apabila melihat seorang gadis cantik lagi seksi menerobos masuk ke dalam banglo itu.Bibik yang tadinya membuka pintu kelihatan menggumam akan sesuatu sebelum berlalu ke dapur meninggalkan gadis itu.Yuri yang berdiri tidak jauh daripada pintu memerhatikan gadis cantik itu daripada atas hingga ke bawah.Dia hanya mengenakan  sehelai blouse gaya berkemban.Kulitnya kuning langsat,tinggi lampai dan mempunyai rambut lurus paras bahu.Yuri seperti mengenali gadis cantik itu.Siapa ya?

Beberapa ketika dia kelihatan mengelilingi ruang tamu banglo itu seperti mencari sesuatu.Apabila menyedari yang Yuri sedang memerhatikannya.Dia terus berhenti di hadapan Yuri.

“Ervin mana?” Amboi,tanpa memperkenalkan diri atau memberi salam terus saja dia bertanyakan kedudukan Ervin.Siapa perempuan yang tiada adab ini? Getus Yuri dalam hati.

“Ervin kerja.” Yuri menjawab ringkas.Gadis di hadapannya itu kelihatan mencebik bibir sebelum dengan selamba duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.

“Boleh saya tahu cik ini siapa?” Yuri bertanya lembut.Pasti dia mempunyai hubungan dengan Ervin.

“Oh,lupa pulak I nak perkenalkan diri.You ni pasti pembantu rumah baru Ervin. Sebab tu you tak kenal I.”

Sabar sajalah dengan perempuan ini.Rupa aku yang sebegini comel pun dia boleh anggap aku sebagai orang gaji Ervin?! Aku tahulah yang aku tidak memakai pakaian berjenama dan seksi macam dia.Tapi tidak perlulah dia memandang aku sebelah mata!

“Nama I,Zati Zamiera.Orang ramai kenal I sebagai Zaty.I seorang model dan merangkap duta Pizza Star.Em,kalau you ada tengok,I ada berlakon dalam sebuah drama melayu bertajuk Dia Di Hatiku.”

Gadis kerek itu memberikan penjelasan dan Yuri kembali melopong.Patutlah macam pernah nampak.Rupa-rupanya duta Pizza Star.Dia selalu muncul dalam iklan setiap produk baru Pizza Star.Jika Yuri tidak silap pandang,dia juga merupakan model iklan Ribbon.Satu jenama pakaian yang agak terkenal di Malaysia.Drama yang dilakonkannya itu Yuri kurang tahu pulak.Al maklumlah Yuri lebih menggemari drama Korea berbanding drama-drama lain.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now