Bab 20

251 7 0
                                    

Usai menunaikan solat subuh,Yuri cuba menyambung tidur.Jam henpon di set pada pukul 7.30 pagi.Yalah,tidur di rumah keluarga Ervin,tidak eloklah kalau Yuri bangun lewat.Nanti apa pula kata Datin Kasma.Jika tidur di hostel Pizza Star,tiada siapa pun yang boleh melarang Yuri untuk bangun lambat.Pernah sekali dia dan Farah bangun pada jam 12 tengahhari.Itu pun setelah dikejutkan oleh Kak Ima.Bunyi nada dering henpon membuatkan mata Yuri yang hampir terlelap terbuka luas.Yuri menggambil henpon yang diselitkan di bawah bantal dan menekan butang hijau. Nama yang tertera atas skrin membuatkan Yuri menghela nafas panjang.Apahal pulak mamat ini menelifonnya pagi-pagi buta.

“Selamat pagi sayangku.Dah solat subuh belum?”

Alahai,romantiknya cara dia bertanya.Macamlah aku ini orang rumah dia sahaja.Tolonglah Daniel Ervin.Jangan kau terus bermain dengan sekeping hati yang hampir cair ini. Kebelakangan ini perasaan aku pada dia rasa lain macam sangat.Sudahlah tidurku asyik disulami wajah dia.Boleh gila kalau setiap hari macam ni!.Gila bayang!. Bisik Yuri dalam hati.

“Sayang,dengar tak saya tanya ni? Tidur lagi ke tu?” Ervin bertanya lagi apabila Yuri mendiamkan diri.

“Dah solat.Saya nak sambung tidur ni.Bye.” Yuri cepat mematikan henpon.Tidak mahu suaranya mengejutkan Ima dan Farah yang sedang lena diulit mimpi.Belum sampai beberapa saat nada dering henponnya berbunyi lagi.

“Apa?” Suara Yuri naik seoktaf.

“Janganlah marah.Yuri,jom jogging.Ajak Ima dan Farah sekali.” Amboi,sesuka hati dia saja hendak mengajak aku berjoging.Ingat aku ini minat bersukan ke?.Bentak Yuri dalam diam.

“Saya malaslah.Saya nak tidur.Awak pergilah joging seorang diri.” Sekali lagi Yuri mematikan talian dan sekali lagi henponnya berbunyi. Yuri mendengus geram.

“Apa lagilah Daniel Ervin?!” Kali ini Yuri terjerit kecil akibat menahan geram mendapat panggilan daripada orang yang sama.

“Amboi,kuat betul suara kamu Yuri.” Yuri terkedu apabila mendengar suara itu.Takkan suara Ervin bertukar menjadi suara perempuan?.

“Makcik dan Ervin nak berjoging.Makcik nak kamu dengan kawan-kawan kamu temankan makcik.Berjoging baik untuk kesihatan.Walaupun kamu masih muda,kesihatan diri perlu dijaga.Jangan tunggu umur sudah lanjut macam makcik ni baru hendak berjoging.”Yuri melopong.Dahi mengalirkan peluh kebengangan.Pagi-pagi buta dapat ceramah kesihatan percuma daripada Datin Kasma.Ini semua Ervin punya pasal!

Kalau Ervin tidak menelifon Yuri pasti dia tidak kena bebel dengan Datin Kasma.Dengan perasaan sebal terpaksa juga Yuri menggerakkan Ima dan Farah bangun daripada tidur. Yalah,tuan rumah mahukan mereka bertiga menemani dia dan anaknya berjoging.Mereka bertiga terpaksalah mengikut arahan.

............................................

Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi tatkala Yuri,Farah dan Ima berlari anak melintasi beberapa buah banglo mewah yang terdapat di Taman Daiman Jaya .Ervin dan Datin Kasma berjoging jauh di hadapan mereka.Yuri memang tabik dengan mama Ervin.Santai saja dia berlari dengan pakaian sukan lengkap dan tudung sarung melekap di kepala.

Daripada jauh gaya Datin Kasma berjoging macam golongan remaja.Stamina dia kuat sungguh!.Yuri,Kak Ima dan Farah termengah-mengah.Tapi dua beranak itu masih berjoging dengan tenang.Yalah,Yuri rasa inilah kali pertama dia berjoging sejak meninggalkan zaman persekolahan.Jika tidak mengenangkan Yuri menumpang di rumah Datin Kasma,jangan haraplah dia hendak meninggalkan tempat tidur saat itu.

“Rasanya kali terakhir akak joging masa tahun terakhir dalam universiti dulu.”

Ima membuka cerita apabila mereka bertiga berpakat untuk berjalan sahaja.Kaki terasa terlalu lenguh untuk meneruskan larian.Azimah adalah pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris,UPSI.Dia bekerja di Pizza Star sementara menunggu panggilan untuk bertugas menjadi seorang guru.

Bila Kuli Jadi ArtisUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum