Bab 22

229 8 0
                                    

Setelah puas membasahkan diri di bawah aliran air terjun,Yuri dan Ervin naik ke atas dan mendapatkan sahabat mereka yang sedang makan-makan.Semua staf Pizza Star yang berkunjung ke air terjun Kota Tinggi bersama Farhanah sedang enak menjamu selera.Kak Ifa sempat menyediakan semangkuk besar mi goreng daripada rumahnya.Farhanah pula membeli makanan dan minuman daripada KFC yang terdapat dalam kawasan air terjun itu.Yuri dan Ervin turut sama mengisi perut yang sedang kelaparan sebelum meneruskan aktiviti mandian mereka.

Kali ini Yuri tidak lagi mandi di kawasan air terjun mengalir deras tetapi dia mengikut Ika,Farah dan Ima pergi ke kawasan kolam air yang agak dalam.Kolam air itu mengalir dengan air terjun yang tenang daripada puncak gunung.Dia membasahkan diri yang hampir kering tadinya,dengan cara menyelam,berenang dan mengapungkan diri.Beberapa orang sahabat lelakinya bermain air tidak jauh daripada kawasan kami mandi manda.

“Kak Yuri,jom kita selamkan Aizul nak?”

Emir Hood,staf Pizza Star yang bertugas sebagai pembuat pizza tiba-tiba saja berbisik di telinga Yuri.Emir sebaya dengan Ika.Jadi dia memanggil Yuri kakak.Yuri mengerling ke arah Aizul yang sedang belajar berenang gaya kuak lentang dengan Din.Dia menahan gelak melihat gaya renangan yang entah apa-apa itu.

“Okey.” Yuri mengangkat ibu jari sebelum membisikkan rancangan mengena itu kepada Ika,Farah dan Ima.Mereka semua bersetuju dan dengan perlahan mula mengelilingi kawasan Aizul berenang.

Aizul yang sedang asyik dengan aktiviti renangannya langsung tidak perasan akan kehadiran mereka.Apabila Yuri berdiri di belakangnya yang sedang menghadap ke arah lain,segera saja gadis itu menekan bahu Aizul dengan kedua tangan agar pemuda itu masuk ke dalam air.Ketika Aizul sedar yang Yuri sedang berusaha menyelamkan dia,Emir,Din dan yang lainnya mula menarik segenap tubuh Aizul agar tenggelam dalam air.

Yuri menjauhkan diri apabila Aizul mula meronta ingin melepaskan diri daripada orang yang cuba menyelamkannya.Selepas bergelut dengan Emir dan Din,Aizul terlepas.Mereka semua tergelak besar apabila melihat wajah Aizul yang merah padam dibasahi air kerana tidak cukup oksigen untuk bernafas.Yuri cepat melarikan diri apabila Aizul mula berenang ke arahnya.Pasti dia ingin membalas dendam!

“Ish,dia ni.Selamkan orang lain dia pandai.Bila orang lain nak selamkan dia,dia takut pulak.”

Ervin membebel apabila Yuri bersembunyi di belakang tubuhnya.Kebetulan sewaktu gadis itu cuba melarikan diri dalam air tadi,Ervin berada di hadapan.Jadi,lebih baik Yuri menjadikan bosnya sebagai tembok penghadang sebelum Aizul melemaskannya.Gerenti Aizul tidak berani!.Yuri ketawa mengekek apabila Aizul membatalkan niat membalas dendam apabila melihat dia bersama Ervin dan Aizul berenang ke arah Emir pula.

“Vin,ambil ni!”

Jeritan kecil Farhanah daripada arah tembok batu yang memisahkan kawasan air terjun dan kawasan rehat membuatkan Yuri berpaling ke atas.Farhanah melemparkan sebuah pelampung besar bewarna oren kepada adiknya.Kemudian dia melemparkan beberapa buah pelampung lagi kepada staf Pizza Star yang lain.Pelampung itu di sewa dengan harga sebuah sepuluh ringgit oleh perkhidmatan air terjun tersebut.

“Nana,terima kasih sewakan kami semua pelampung.Sayang awaklah!.” Din yang umurnya sebaya Ervin menjerit ke arah Farhanah.Farhanah yang berada di atas tersipu malu dan Yuri tersenyum lebar.Alahai Kak Nana,dengan Din pun boleh terpikat ke?.

Farhanah mempunyai sikap yang peramah.Walaupun Ervin baru saja memperkenalkan dia kepada semua staf Pizza Star,dia dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka. Perangainya itu lebih kurang sama sahaja dengan Ervin.Selang seminit,Farhanah kembali masuk ke dalam air bersama sebuah pelampung bewarna biru.Dia menuju ke arah Ika dan Mak Ngah yang sedang cuba menaiki gelongsor air dengan sebuah pelampung.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now