Bab 4

290 11 0
                                    


“Beb,jom lepak dekat Mac Donald dengan Kak Ima?” ajak Farah sebaik saja waktu berkerja tamat.Ketika itu Yuri berada di dapur Pizza Star,berdepan dengan tempat punch card.

“Okey.” Yuri menjawab ringkas sambil tangan sibuk membuka apron dan vest yang melekap pada badan.Setelah itu dia mengeluarkan baju kemeja yang terselit kemas di bahagian pinggang seluar agar terlepas keluar.Baru rasa selesa sedikit!.

“Mayurie Rosella,awak tak pandai nak masuk tandas ke untuk cabut apron dan vest awak? Tak sopan betul.”

Menyirap darah Yuri mendengar perlian daripada suara yang amat dia kenali itu.Ervin ni memang sengaja hendak mencari pasal dengan aku.Mengapalah Yuri boleh tidak perasan yang dia baru keluar daripada ofis tadinya.Jika tidak sudah lama Yuri keluar daripada dapur Pizza Star.Buat sakit hati,sakit mata dan sakit telinga saja bila berhadapan dengan pemuda itu.

“Tak payah nak sopan sangatlah setakat kerja dekat Pizza Star ni.Kuli batak je pon.” Yuri bersuara sinis sambil menjeling wajahnya.Jelas Ervin sedikit tersentak dan Yuri agak pelik apabila melihat pipi pemuda itu sedikit kemerahan.

“Dimana pun awak berada atau berkerja.Apa pun karier atau pangkat awak.Adab sopan dan tingkah laku itu perlu dijaga.”

Eh,dia ni dah kenapa? Nak bagi ceramah percuma pulak.Sakit hati betul!. Farah,Din,Aizul dan Kak Yah yang berada di dapur saat itu terkebil kebil melihat ikaln tidak berbayar itu. Jika diikutkan perasaan marah Yuri,memang kena maki pemuda itu.Namun,Yuri tahu yang dia hanyalah orang bawahan.Jadi bersabarlah selagi mampu.Jika tidak kena halau dengan penyapu!

“Terima kasih atas nasihat bos tu.” Yuri menghadiahkan Ervin sebuah senyuman meluat sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star diikuti oleh Farah.

“Mulut macam puaka.” Yuri mendongkol geram melepaskan kemarahan sebaik saja melepasi pintu masuk Pizza Star.

“Alah,cool lah beb.Dia nasihat kau je kut.” Farah cuba menenangkan kemarahan Yuri.

“Nasihat? Nak nasihat apa bendanya.Aku dah hampir setahun kerja kat sini.Memang setiap kali aku punch card pun aku akan tanggal vest dengan apron kat situ.Jadi apa masalah dia? Nak kata aku tak sopan bagai.Boleh jalanlah!” Kemarahan tidak dapat dibendung lagi.mulut Yuri seperti machine gun meluahkan peluru.Dia bengang betul dengan teguran Ervin sebentar tadi.

“Er...kalau aku cakap kau jangan marah ya?” Farah teragak-agak bersuara.

“Apa?”

“Mungkin tadi dia ternampak baju kau sedikit terselak masa kau tarik baju keluar daripada seluar.Mungkin sebab tu dia kata kau tak sopan dan suruh kau tanggalkan apron dengan vest dekat tandas.” Jelas Farah dengan suara mendatar.

Terlopong,terdiam dan terkedu.Biar betul Farah ni? Takkanlah Ervin ternampak hal yang macam tu.Kalau betul dia nampak pun,aku bukannya sengaja.Alamak,malunya! Yuri terasa dia memperbodohkan diri sendiri saat itu.Sibuk sangat marahkan orang yang memberi nasihat.Kesalahan sendiri langsung tidak dikaji.

“Gila kau beb.Betul ke?” Yuri bertanya.Takut jika hal yang diperkatakan Farah itu benar belaka.

“Entahlah.Aku memang nampak baju kau terselak tadi.Tapi aku tak pastilah bos nampak ke tak. Lagipun,perkara tu terjadi sepintas lalu.Tak sempat nak tenung lama-lama pun.” Sengal juga Farah ini.Jika benar Ervin merenung bajunya yang terselak lama lama,mungkin Yuri akan mencungkil biji mata pemuda itu.

“Huh,lantaklah.Terselak sikit je kut.Bukan luak pun orang tengok.” Akhirnya Yuri mengambil keputusan untuk membiarkan hal itu.Tidak ingin mengaku kalah.Egonya kadang kala tinggi melangit.Setakat baju terselak sepintas lalu,itu bukanlah satu perkara yang besar buat Yuri.Lainlah kalau Yuri terbogel di khalayak ramai.Barulah hal itu boleh dibesarkan dan mungkin Yuri tidak akan keluar daripada rumah sehingga mati akibat menanggung malu.Farah yang mendengar jawapan Yuri hanya tersenyum lebar.Mereka berdua berbual kosong di hadapan Pizza Star seraya menunggu Kak Ima yang masih belum keluar daripada hostel.

“Sorry girls,lambat sikit.Em..hari ini bos nak belanja kita makan.”

Baru selesai satu masalah,satu masalah lain datang.Baru Yuri hendak mengelak daripada bersua muka dengan wajah tampan bermulut jahat itu.Kak Ima boleh beriringan keluar daripada Pizza Star dengan dia pula.Wajah Ika yang muncul di belakang Ervin buat Yuri semakin bengang.Dia kelihatan tersenyum manis dan memandang Yuri selamba.Seolah olah tiada perkara yang menyakitkan hati berlaku tadinya.Mungkin bagi Ervin,hal itu adalah satu perkara kecil buat gadis seperti Yuri.Namun,dalam hati,hanya Allah yang tahu bertapa Yuri bengang dengan pemuda tampan di hadapannya itu.

Yuri menjeling sekilas.Ervin sudah mengeluarkan baju kemejanya daripada terus terselit pada seluar dan telah menanggalkan tali leher.Kebetulan hari itu,dia,Yuri,Farah,Kak Ima dan Ika berkerja shift pagi.Shift petang pula diruruskan oleh Mak Ngah.

“Baguslah kalau bos nak belanja.Jimat duit kita orang.” Farah menyeringai dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Namun senyumannya hilang begitu saja apabila terpandangkan jelingan maut Yuri.

“Yuri,tak kisah kan,makan sekali dengan bos?” Kak Ima yang dapat mengesan perubahan wajah Yuri segera bertanya.Kalau Yuri cakap memang Yuri kisah sangat,pasti Ervin akan menganggap Yuri ini jenis perempuan yang suka sentap tak tentu pasal.Jadi,sebelum dia berfikiran begitu lebih baik Yuri mengambil langkah berjaga jaga.

“Tak kisahlah.Rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.” Jawapan Yuri jelas menggembirakan wajah Ervin.Kenapa dia perlu gembira? Entahlah,mana Yuri tahu.Malas nak layan.

...............

Pertama kali dalam hidup Yuri menaiki sebuah kereta mewah jenama BMW.Kereta siapa lagi kalau bukan kereta Ervin.Sangat selesa apabila berada dalam kereta kepunyan bosnya itu. Namun,Yuri berasa sedikit gelabah apabila terpaksa duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan.Lebih tepat bersebelahan dengan Ervin.Tadinya,belum sempat Yuri ingin duduk di bahagian belakang,wajah tiga sahabatnya sudah berada di situ.Jadi,Yuri tiada pilihan lain . Dengan perasaan sebal terpaksa juga Yuri duduk di sisi Ervin.Dan sekali lagi,Yuri dapat melihat pemuda itu tersenyum senang hati.

“Kita nak makan kat mana ni?” Itu adalah soalan pertama yang keluar daripada bibir Ervin apabila kereta meluncur laju di jalanraya.Ervin menoleh ke sisi kirinya.Memandang wajah putih mulus yang dia yakin sedang marah akibat nasihatnya sebentar tadi.

“Kita orang rancang tadi nak makan dekat Mac Donald.Tapi kalau bos nak makan dekat tempat lain,kita orang ikut je.” Farah di belakang segera menjawab apabila Yuri buat bodoh.

“Asalkan bos belanja.Kita orang tak kisah.” Tambah Ika sebelum ketawa mengekek.Dasar Atikah,memang kaki gelak.Perkara tidak lawak pun tetap dia akan gelak sepanjang masa. Sebab itulah Yuri gemar berkawan dengan gadis itu.Ceria memanjang.

“Yuri,awak tak kisah ke kalau kita makan dekat Mac Donald?” Semua terdiam sejenak.Ervin tidak berpuas hati selagi bibir itu tidak menjawab soalannya.Dia mahu mendengar suara gadis itu.Besar sangat ke kesilapan dia menegur sebentar tadi hingga Yuri tidak mahu berbual dengannya? Perasanlah kau Ervin! Sejak bila pulak Yuri menunjukkan tanda yang dia berminat untuk berbual dengan kau?

“Mayurie Rosella,saya tak bertanya dengan pintu kereta.” Ervin tidak mengalah.Bertanya dengan nada menyindir apabila soalan pertamanya dibiarkan tidak berjawab.Kedengaran gadis disisinya merengus menahan geram.Ervin tersenyum kambing.

“Tak kisah.” Yuri jawab pendek dan perlahan.

“Ha,saya tak dengarlah?!” Sengaja dia mendekatkan telinganya ke wajah gadis itu.Yuri terkedu bila merasakan Ervin sangat dekat dengannya.Sudahlah bau wangian pemuda itu sentiasa menusuk hidung. Walaupun waktu berkerja sudah tamat,bau wangian itu masih belum hilang.

“Saya cakap tak kisahlah!” Yuri separa menjerit.Semua yang berada dalam kereta itu terdiam. Mata Ervin membulat memandang Yuri.Terkejut.Tidak menyangka suara Yuri begitu kuat.Padan muka! Siapa suruh cari pasal lagi!.Mujurlah kereta yang dipandu tidak terbabas akibat terkejut.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now