Bab 24

228 9 0
                                    

Jam menunjukkan pukul lapan malam saat seseorang mengetuk pintu bilik Yuri.Tadinya selepas tamat menonton tiga episod Running Man berturutan,azan maghrib berkumandang. Jadi Yuri menunaikan solat sebelum makan malam bersama Farhanah dan Datin Kasma.Ervin masih belum keluar daripada biliknya.Yuri yang tidak tahu apa masalah pemuda itu,membiarkan saja perkara itu.Selepas makan dan membantu bibik membasuh pinggan mangkuk dia kembali memasuki bilik dan kini wajah Farhanah muncul di hadapan pintu biliknya.

“Kenapa kak?”

Yuri bertanya pelik apabila melihat Farhanah menggaru-garu kepalanya.Cantik betul rambut Kak Nana desis hati Yuri.Bewarna perang asli,lurus paras pinggang.Inilah kali pertama Yuri melihat Farhanah tidak bertudung.Itu pun kerana gadis itu bercuti daripada bekerja dan berada di banglo itu untuk dua hari.

“Yuri pergi jenguk Ervin sekejap.Kakak dengan mama bimbang sebab dia tak nak makan dan berkurung dalam bilik sejak tadi.” Farhanah memberitahu ringkas.Memerhatikan raut wajah manis gadis yang berjaya menambat hati adik kesayangannya.

“Saya takutlah kak.Nanti dia marah saya sebab menganggu dia pulak.” Yuri menjawab perlahan.Kak Nana tersenyum senget.

“Dia tak marahlah Yuri.Kamu pergilah pujuk dia.Dia merajuk tu.” Farhanah cuba memberi klu apabila Yuri kelihatan tidak faham akan apa yang berlaku.

“Merajuk? Kenapa dia merajuk?” Yuri bertanya dengan perasaan ingin tahu.

“Entahlah.Akak pun tak tahu.Kamu pergilah jenguk dia.Ini kunci penduanya.”

Farhanh menyerahkan Yuri sebatang kunci sebelum berlalu.Dia menahan gelak dalam hati.Mengapalah Yuri lurus sangat? Takkanlah tak tahu mengapa adiknya merajuk hati?

Dengan langkah yang malas Yuri bergerak menuju ke bilik Ervin yang terletak tidak jauh daripada biliknya.Pintu diketuk perlahan dan Yuri memanggil namanya.Namun,tiada sebarang jawapan diberikan.Bisu ke apa Daniel Ervin ni?!Mengenangkan yang Yuri menumpang di rumah itu,jadi dia berfikiran untuk mengikut saja arahan Kak Nana.Dia membuka pintu bilik Ervin dengan kunci pendua yang diberikan Farhanah.

Sebaik saja Yuri melangkah masuk ke dalam bilik itu,matanya membulat.Hampir melopong melihat kecantikan bilik itu.Seperti yang dikatakan Ervin kali lepas,bilik dia memang dua kali ganda besar berbanding bilik Yuri.Hiasan dalamannya sangat cantik dan memukau pandangan.Dengan tona warna emas,perak,putih dan hitam.Bilik Ervin kelihatan mewah dan elegan.Bilik tersebut mempunyai perabot yang lengkap.Semuanya kelihatan berkualiti dan baru.

Mata  Yuri tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang berselubung penuh dengan comforter di atas sebuah katil bersaiz King.Tak panas ke dia berselubung macam tu? Yuri mendekati katil itu dan berdiri disisinya.Langsung tidak kelihatan wajah atau tubuh Ervin.Macam hantu bungkus pulak gaya bos aku ni! Cemuh Yuri dalam hati.

“Ervin,awak tak panas ke berselubung macam tu?” Yuri memulakan pertanyaan apabila melihat tiada tanda-tanda si dia akan bersuara.Pertanyaan Yuri langsung tidak diendahkan.

“Ervin,mama awak suruh awak makan.Pergilah turun bawah,makanan dah tersedia.” Yuri menyambung lagi.Kali ini Yuri pasti yang Ervin tidak tidur kerana pemuda itu memusingkan badannya ,membelakangkan Yuri di bawah comforter itu.

“Ervin,awak dengar tak saya cakap apa? Jangan nak pura-pura tidur.”Yuri mula rasa meluat dengan tingkah pemuda itu.

“Jangan ganggu saya.Keluar.”

Akhirnya Ervin membuka mulut.Eh,tapi kenapa suara dia lain sangat?.Bunyi macam orang sakit tekak.Tiba-tiba hati Yuri berasa bimbang.Pantas saja tangannya bertindak menarik comforter yang membalut tubuh itu.Yuri tergamam saat mata Ervin bersabung dengan matanya.Renungan pemuda itu boleh menembusi kepala.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now