Bab 28

225 8 0
                                    

Luahan hati Daniel Ervin betul-betul buat Yuri mati kutu untuk satu tempoh masa yang agak panjang.Dia tidak menolak mahupun menerima luahan cinta pemuda  itu.Ini kerana dia masih tidak percaya dengan semua perkara yang telah berlaku.Walaupun begitu,Ervin tidak mendesak Yuri.Dia cuma tidak mahu Yuri menganggap yang dia sukakan gadis itu sebagai kawan.Ervin cintakan Yuri dan dia mahu Yuri tahu akan perasaannya itu.Datin Kasma jelas mengatakan yang Zaty adalah anak tirinya.Bermakna Ervin tidak menipu dengan mengatakan Zaty itu adik tirinya.

Dalam masa seminggu,Yuri banyak melarikan diri daripada Ervin.Rasa kekok bila terpaksa berdepan dengannya.Namun,Yuri menarik balik kata-katanya yang kononnya ingin berpindah keluar daripada rumah Ervin.Ervin sudah meminta maaf akan kesilapannya.Dan apa yang membuatkan Yuri gembira,Ervin jelas memberitahu yang dia marahkan Yuri malam itu kerana dia cemburu Yuri keluar dengan Aizul.Ya Allah,kini Yuri sendiri tidak berapa faham dengan perasaannya.Cintakah dia pada Daniel Ervin?.

“Yuri,termenung apa tu?”

Yuri terkejut kecil apabila sehelai kain basah dibaling tepat mengenai pipi kanannya.Apabila dia berpaling,Ervin sedang tersenyum ke arahnya.Walau sejauh mana pun Yuri cuba mengelak untuk berdekatan dengan pemuda itu,Ervin pasti akan mendekati Yuri tanpa dipinta.Jadi,bagaimana Yuri hendak melarikan diri?.

“Kotorlah Daniel Ervin!” Yuri mengambil kain basah pengelap meja Pizza Star itu dan membaling ke arah wajah Ervin kembali.Dia sempat mengelak dan tertawa nakal.Kain basah yang terjatuh di atas lantai diambilnya dan dia membantu Yuri mengelap meja yang kotor.Yuri mendongkol geram dengan semua kelakuan pemuda itu.

“Saya tak suka awak macam ni Yuri.” Ervin membuka mulut dengan satu helaan nafas panjang.Tangannya lincah mengelap meja walaupun dia sedar yang Yuri sedang memerhatikannya.Banyak kali dia berfikir adakah silap dia meluahkan perasaan yang terbuku dihati? Mengapa Yuri cuba menjauhkan diri daripadanya? Adakah Yuri tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya?

“Macam mana?” Yuri bertanya ringkas.

“Saya tak paksa awak untuk cintakan saya.Tapi janganlah anggap saya sebagai orang asing dalam kehidupan awak.Saya tak selesa kalau awak cuba menjauhkan diri daripada saya.Seolah-olah saya telah membuat kesilapan yang besar.” Sayu pula nada suara Ervin ketika itu.

“Awak bukan orang asing dalam hidup saya.” Yuri berbicara lambat-lambat dan dia sedang merenung Ervin.Mengumpul kekuatan untuk membicarakan hal sebenar.Terpamer senyuman kecil di bibir Ervin.

“Jadi saya seorang yang istimewa dalam hidup awak ke?”

“Istimewa apanya.Awak tu alien.Makhluk asing.Tak nak saya istimewa-istimewa dengan awak.”

Yuri segera melarikan diri dengan gelak besar apabila melihat Ervin menggigit bibir tanda geram.Sajaingin mengenakan pemuda itu.Sudah agak lama Ervin mogok untuk bergurau dengannya.Dan Yuri memang tidak selesa dengan keadaan itu.Biarlah hubungan dia dengan Ervin mesra seperti dulu.Moga hubungan mereka akan baik-baik saja selepas ini.

…………………………

“Yuri,kenapa awak suka dekat Ace?”

Itulah soalan pertama yang ditanya Ervin sebaik saja mereka berdua memasuki BMW 5 Seriesnya.Kebetulan Yuri dan Ervin kerja shift pagi.Jadi,mereka pulang bersama.Yuri mengerutkan dahi dan membiarkan tangan Ervin lincah memakaikan tali pinggang keselamatan untuk dirinya.Ervin memang selalu begitu.Setiap kali Yuri menaiki keretanya,jika Yuri terlupa atau terlambat memakai tali pinggang keselamatan,pasti dia yang berbaik hati memakaikannya untuk Yuri.

“Sudah tentulah sebab suara dia tu merdu.Lepas tu lagu-lagu dia pun best.” Yuri menjawab dan kereta Ervin mula menyusur jalan.

“Em,bukan sebab dia hensem ke?” Ervin bertanya lagi.

Bila Kuli Jadi ArtisHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin