Bab 32

232 9 0
                                    


“Yuri,please nyanyikan satu lagu untuk saya?.Lagu yang khas untuk saya.” Ervin merengek manja di hadapan Yuri dengan mikrofon ditangannya.

“Nyanyi jelah Yuri lagu untuk bos kita tu.Naik pekak dah telinga akak dengar dia cakap benda yang sama dekat kamu.” Perlian Kak Ifa,Yuri buat tidak endah.

“Kau nyanyi lagu kumpulan Wali Yuri.Lagu Cari Jodoh.” Tokok Din pula.

“Sayang,janganlah diam je.Cepatlah nyanyi untuk saya.”

‘Woo!!!’

Agak bingit keadaan dalam bilik karaoke bersaiz besar itu dengan bunyi sorakan daripada staf-staf Pizza Star apabila mendengar Ervin memanggil Yuri sayang.Tadinya,sebaik tamat bekerja shift pagi,Ervin membelanja semua stafnya makan-makan.Bila malam menjelma dia mahu berkaraoke pula.Yuri ikutkan saja semua kehendaknya.Apa yang membuatkan Yuri bengang dia selamba saja membuat pengumuman kepada semua staf Pizza Star yang Yuri bakal menjadi isterinya tidak lama lagi.Sebab itulah semua sahabat baik Yuri galak menyakat.

“Nak tunggu kau nyanyi lambat sangatlah Yuri.Biar aku nyanyi dulu.” Akhirnya,Aizul mengambil mikrofon dan mula menyanyikan lagu Cari Jodoh yang dipilih Din.Suara Aizul bergema memenuhi ruang karaoke itu.

“Nak merajuklah macam ni.” Ervin mendengus kecil sebelum duduk di sisi Yuri dengan mempamerkan muncung sedepa.Hendak main paksa-paksa orang menyanyi pulak.Lagu khas apa yang sesuai aku nyanyikan untuknya?.Buat malu muka aku saja nanti.Cemuh Yuri dalam hati.

“Awak nak pergi mana?” Ervin menarik tangan Yuri apabila gadis itu bangun dari duduk.

“Nak pergi tandas kejap.” Yuri bergerak keluar daripada bilik itu apabila Ervin melepaskan tangannya.

Fikiran Yuri menerawang jauh memikirkan hal Ervin untuk seketika.Namun,langkahnya terhenti apabila terdengarkan satu suara lelaki yang sangat merdu sedang menyanyikan lagu As long as you love me nyanyian kumpulan Backstreet Boys.Meremang bulu roma Yuri mendengarnya.Pundi urin yang penuh menghalang niatnya untuk menghayati lebih lama suara merdu itu.Dia segera bergegas ke tandas.Selepas keluar daripada tandas dia cuba mengintai bilik karaoke yang digunakan oleh lelaki bersuara merdu sebentar tadi.Dia mengeluh hampa apabila mendapati bilik itu telah dikosongkan.Tidak sempat dia hendak melihat wajah orang yang menyanyi lagu tersebut.Secomel Ace atau sekacak Ervin?.

Dia berdiri di hadapan bilik karaoke itu seketika sebelum matanya tertumpu pada sebentuk objek kecil yang bersinar atas lantai tidak jauh di hadapan.Segera saja Yuri menapak dan mendapati objek itu ialah sebentuk cincin platinum kosong yang tersarung dengan seutas rantai perak.Dia mengutip objek tersebut dan membeleknya lama.Tiada sesiapa yang berada di ruang legar itu kecuali Yuri.Siapalah yang cuai sangat hingga tercicir barang sebegitu di tempat karaoke.Belek punya belek,dia mendapati dalam lengkungan cincin itu terukir satu nama dengan tulisan berangkai.Adam Carl Eman.

“Yuri?” Satu suara menyapa dari arah belakang.Yuri berpaling.

“Abang?” Wajah Amri menyapa pemandangan Yuri.Wajah yang agak suram dan tidak ceria.Mengapa dengan abang angkatnya itu?.

“Yuri buat apa dekat sini?” Soal Amri ingin tahu.

“Oh,datang karaoke dengan kawan-kawan.Abang?”

“Samalah.” Amri menjawab ringkas.

“Abang okey ke? Nampak macam ada masalah je?” Yuri bertanya seraya tangan memasukkan rantai dan cincin yang ditemui tadi ke dalam poket seluar.

“Takde apa-apalah Yuri.” Amri cuba menyembunyikan sesuatu daripada Yuri.Sinar matanya jelas menggambarkan keadaan itu.

“Abang jangan nak tipu Yuri.Yuri tahu abang ada masalah.Ceritalah.Mana tahu Yuri boleh tolong?”

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now