Bab 17

222 7 0
                                    


“Bagaimanalah awak boleh hidup bersama dengan pijat lebih daripada setahun Yuri? Saya tak faham betullah dengan awak ni.” Ervin bertanya dengan nada bimbang seraya membelek tangan Yuri lembut.Yuri tergelak kecil mendengar pertanyaannya itu.

“Alahai,bukan mati pun hidup dengan pijat.Saya cuma terpaksa menanggung rasa gatal dan kesan lebam saja.Yang lain takde hallah.” Jawapan selamba Yuri menyebabkan Ervin meluku lembut kepalanya.

“Banyaklah awak punya takde hal.Pijat tu membawa penyakit merbahaya.Awak tahu tak?!” Ervin terjerit kecil memarahi Yuri dengan wajah yang serius.Yuri hanya tersenyum senget.

Masih terbayang dalam fikiran Yuri peristiwa yang berlaku dalam 30 minit lepas.Selepas waktu kerja tamat,Kak Ima dan Farah menerpa masuk ke dalam bilik tidur mereka dan mengemas pakaian yang berselerak di sana sini.Apabila Yuri bertanya mengapa mereka berkelakuan begitu,Farah mengatakan yang Ervin ingin melihat bilik tidur mereka.Yuri yang ketika itu sedang melayari internet di atas tilam turut sama mengemaskan apa yang patut.

Ervin hanya melangkah masuk ke dalam bilik hostel mereka tidak sampai seminit.Namun,sebaik saja keluar dia mula membebel bagai bak nenek.Dia pelik bagaimana Yuri,Farah dan Kak Ima boleh tinggal dalam sebuah bilik yang sempit dan kotor.Kotor dengan najis kelawar yang jatuh  bertaburan daripada bahagian tepi siling.Siling sudah terkopak di sana sini.Lantai tidak berjubin dan kipas dalam bilik itu juga sudah rosak.Kelawar dapat masuk dengan bebas melalui kaca tingkap yang pecah dan tidak berpalang besi.Silap hari bulan,penjenayah pun boleh masuk sama!

Ervin mendapat tahu yang tangan Yuri lebam akibat gigitan pijat melalui Kak Ifa.Mengikut kata Farah,ketika bekerja,Ervin bertanya dengan Kak Ifa mengapa staf Pizza Star yang tinggal di hostel mempunyai lebam di bahagian lengan.Kak Ifa yang sudah lama mengetahui masalah mereka terus menceritakan perihal itu kepada Ervin.Sebab itulah Ervin beria mahu melihat keadaan hostel mereka dengan matanya sendiri.

Teruk juga Yuri,Kak Ima dan Farah menadah telinga mendengar bebelannya.Ervin memarahi mereka bertiga kerana tidak memberitahu keadaan hostel Pizza Star yang teruk kepadanya. Yuri bukan sengaja tidak ingin memberitahu hal itu.Sebenarnya,dia sudah malas mencuba.Sebelum ini sudah dua pengurus diberitahu tentang kepincangan keadaan dalam hostel.Namun,langsung tiada tindakan yang diambil.Mengenangkan tiada tempat lain yang mengizinkan mereka tinggal dengan percuma,jadi mereka terus bertahan tinggal di situ.

Pijat merupakan sejenis kutu yang hidup bersembunyi. Kawasan kegemaran pijat adalah di celah-celah tilam, bantal dan juga sofa. Ia hidup dengan menghisap darah manusia. Setelah digigit pijat, kita akan merasa gatal dan mengalami sedikit lebam di kawasan bekas yang digigit.Pijat juga merupakan pembawa penyakit merbahaya seperti wabak tifus dan demam berulang.Yuri tidak hairan dengan kesan lebam yang ditinggalkan pijat kerana ia bukanlah sebesar mana pun dan akan hilang selepas dibiarkan beberapa hari.

“Saya tak peduli.Mulai hari esok,saya nak kamu bertiga pindah daripada hostel.Saya akan panggil orang untuk perbaiki keadaan hostel tu.Balik daripada makan ni,terus kemas semua barang.”

Ervin berbicara tegas sebaik saja Kak Ima dan Farah meletakkan dulang makanan di atas meja.Tadinya,Ervin mengajak mereka makan bersama di KFC untuk membincangkan hal tersebut.Tidak sangka begitu cepat dia membuat keputusan.Senang hati Yuri jika hostel Pizza Star diperbaiki.Namun,dimana pula Yuri,Farah dan Kak Ima akan menginap buat sementara waktu.

“Kita orang bukan tak nak pindah bos.Tapi tak mampulah nak sewa rumah.Lepas tu bukan mudah nak cari rumah sewa yang berhampiran dengan Pizza Star.” Farah berkata jujur.

“Takpe.Saya ada tempat tinggal yang sesuai untuk kamu bertiga.Kemas apa yang patut.Esok petang saya bawa kamu bertiga ke rumah baru tu.” Jawab Ervin bersahaja.Yuri,Kak Ima dan Farah berpandangan sama sendiri.Biar betul bos kami ni?!

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now